RSS

PAS dan DAP bersetuju MB Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim

09 May


Isu MB Selangor menjadi satu daripada isu yang hangat diperkatakan selain “Tsunami Cina”. Dalam mengulas isu banyak yang tersasur dan tak kurang pula yang suka membuat tuduhan melulu. Ulama PAS menjadi mangsa, sebab lidah tak bertulang.

Saya sebelum ini ada menyebut PAS akan menyerahkan kepada Tan Sri Khalid, bila mengulas kenyataan Dr Hassan Ali (ruj. di sini). Hanya saya sebut masa di ambil 1 atau 2 minggu kerana ada beberapa perkara dibincangkan terutama posisi penting di Selangor perlu di sepakatkan di antara komponen Pakatan Rakyat. Panjang masa antara sebabnya nak wujud atau tidak jawatan Timbalan Menteri Besar misalnya…

Tapi malang ada blogger telah mengulas lebih laju daripada kepimpinan.

Dr Abd. Rani dalam kenyataannya mengatakan PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun.

Kerjasaman erat antara ketiga-tiga parti merupakan rencah utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor selain dari gerak kerja jentera yang kuat dan bersistematik, tambah beliau.


“Kunci utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah jalinan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti, perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada ketegangan.
 
“Selain itu gerak kerja jentera ketiga-tiga parti berada dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersistematik sehinggakan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas negeri ini,” sambung beliau lagi.

Manakala Setiusaha Agong PAS dalam kenyataannya menyebut ““Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” “

…..
Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: