RSS

Perak bakal kembali ke tangan Pakatan Rakyat melalui mahkamah?

10 May

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.
Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti. – Hrkh.

 

Sejak selepas habih waktu mengundi hari Ahad lepas, aku takdak jumpa sapa-sapa orang kuat PAS diperingkat akarumbi. Semalam masa nak edarkan handbill majlis meraikan petugas untuk UPU aku, aku jumpa dengan sorang member pemuda yang cukup kerja keras untuk PRU13 ni.

Baru aku sedar yang di peringkat akar umbi sangat terkesan dengan kegagalan Pakatan Rakyat rampas balik negeri Perak. Aku dok ingat semua orang macam aku, rileks ja walaupun PR tak berjaya tumbangkan Umno, rupa-rupanya diperingkat akar umbi ada yang sampai menitiskan air mata.

Dan bila depa tersedar yang semua tu hasil kerja celaka penchachai Umno BN yang main kecoh, main tipu dan sebagainya memang makin meluap-luap la kemarahan depa kat Umno.

Jadinya memang sesuai sangat PAS Perak buat petition tu, yang pertama tentunya mungkin pasai nak tegakkan keadilan mana tau kut-kut kalau boleh menang 3 dari 6 kes tu, boleh la Pakatan Rakyat pulak rampas Perak melalui mahkamah.

Yang keduanya, dengan adanya petition tu mungkin cerita pasai penyelewengan pilihanraya oleh Umno BN akan lebih ramai yang akan dapat maklumat dan akan lebih ramai yang akan bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Dan yang ketiga, sikit sebanyak petisyen ni boleh sejukkan sikit hati ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang memang panas hati sangat kat Umno BN sekarang ni.

Jom kita tengok apa rupa keputusan untuk 6 kerusi tu.

N.23 : Manjoi
Mohamad Ziad Mohamed (BN) – 21,511
Asmuni Awi (Pas) – 21, 379
Majoriti – 132

N.35 : Manong
Mohamad Kamil Shafie (BN) – 7,405
Jamil Dzulkarnain (Pas) – 7,174
Majoriti – 231

N.20 : Lubuk Merbau
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) – 6,261
Mohd Zainudin Mohd Yusof (Pas) – 6,208
Majoriti – 53

N.16 : Kamunting
Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid (BN) – 11,784
Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz (Pas) – 10,897
Majoriti – 887

N.51 Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (BN) – 15,153
Rohawati Abidin (Pas) – 14,849
Vijayan Subramaniam (Bebas) – 245
Majoriti – 304

N.05 : Selama
Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN) – 6,854
Mohd Akmal Kamarudin (Pas) – 6,235
Majoriti – 619

Aku taktau sangat apa detail kes yang sebenarnya, jadi kita sama-sama tunggu proses perbicaraan untuk 6 petisyen ni.

Apa pun, aku sangat yakin keputusan takkan menyebelahi Pakatan Rakyat. Tara masa rampasan kuasa tahun 2009 dulu yang memang nampak jelas undang-undang disebelah Pakatan Rakyat pun akhirnya ada tok hakim yang sanggup beraksi macam ‘si anjing Umno’ melantik Zambry melalui kuasa mahkamah. Inikan pulak lepas Najib Rosmah berjaya kekalkan kuasa di Putrajaya…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Mei 2013 in PRU 13

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: