RSS

Apabila Nafsu mengatasi akal

13 May

Oleh TKOOffline

Berita ini sudah berlaku beberapa minggu lalu, tapi atas rasa kesedaran tentang anak muda sekarang terutama bila muda mudi begitu bebas bergaul, rasanya saya nak paparkan untuk melihat tindakan bodoh, serta tidak berakal akan berlaku bila kesalahan yang dibuat disebabkan nafsu.

Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak.

Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!

Banyak kali apabila berlaku keterlanjuran, perempuan menjadi mangsa keadaan. Sebelum ini seorang wanita di penjara 10 tahun kerana membunuh anaknya.

Tapi banyak kali berita tentang hukuman dan tangkapan tidak juga menginsafi muda mudi sekarang kerana KERAJAAN yang memerintah masih lagi membuka ruang maksiat ini bermaharaja lela.

TUKAR UMNO
BINA KERAJAAN BARU YANG MAHU ISLAM

….

Sila layari
http://tranungkiteoffline.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2013 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: