RSS

PAS Kedah mampu bangkit!

18 May

Oleh: notan

bendera pakatan RAKYAT“Assalamualaikum.,, Ekoran kekalahan PR di Kedah, rata rata orang orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pemerhati politik yang cenderung dengan politik Islam  serta tidak kurang juga ahli ahli jemaah PAS menyalahkan pemimpin PAS Kedah dengan berbagai bagai alasan.

Paling menarik apabila ada yang menyamakan kekalahan Kedah dengan sejarah kekalahan Terengganu yang menurut mereka akan memerlukan masa yang panjang untuk bangkit kembali.

Nampak macam benar pendapat ini yang berfaktakan sejarah kekalahan Terengganu.Akan tetapi setelah diteliti ada bezanya kekalahan Kedah dengan kekalahan Terengganu yang boleh dijadikan asas untuk PAS bersama PR bangkit kembali di Kedah dalam masa terdekat, tetapi ianya perlukan kerjasama semua ahli jemaah tanpa mengambil kira apa jua kata pemerhati dan kritik dari  luar.

Ahli jemaah harus terlebih dahulu memahami  apa yang berlaku untuk mengambil pengajaran dan merancang tindakan seterusnya.

Berdasarkan jumlah kerusi yang PAS Kedah tewas, terdapat perbezaan yang jelas dengan cara kekalahan Terengganu pada 2004 dulu.Di DUN, PR cuma tewas 7 kerusi berbanding 28 kerusi di Terengganu dulu.Ini bermakna BN melalui jalan yang lebih sukar untuk mengambil kembali Kedah berbanding Terengganu.BN gagal meraih majoriti 2/3 di Kedah yang menunjukkan sokongan terhadap PAS masih lagi kuat di Kedah berbanding dengan situasi di Terengganu pada tahun 2004 dulu.

Sementara bagi kerusi Parlimen, PR masih menang 3 kerusi sedangkan di Terengganu dulu, PAS tewas semua kerusi Parlimen. Tetapi persamaannya pula, pola pengundi yang sama dengan pola pengundi di Terengganu.

Pertambahan jumlah pengundi berlaku seperti di Terengganu tetapi BN masih gagal menguasai Kedah sepenuhnya berbanding Terengganu di mana pertambahan jumlah pengundi menyebabkan BN merayakan kemenangan mereka pada pukul 3 petang, sebelum pusat mengundi ditutup sedangkan di Kedah, BN hanya mengesahkan kemenangan mereka hampir pukul 11 malam(kalau tak silap).

Perbezaan situasi antara kekalahan Kedah dan Terengganu menunjukkan tidaklah sukar bagi PAS bangkit kembali di Kedah.Kalau di Terengganu, kekalahan tahun 2004 menjadi pukulan hebat bagi PAS Terengganu sehingga ada ahli yang keluar parti , ada yang berpaling tadah menyertai UMNO atau menjadi pembodek UMNO.PAS Terengganu memerlukan masa yang panjang untuk kembali merapatkan barisan dan memerlukan barisan pemimpin dan penyokong yang sanggup bersekang mata setiap malam untuk menghidupkan gerak kerja dan dakwah.hasilnya setelah gagal pada PRU 12, akhirnya sinar kemenangan kembali menyinar bumi Terengganu.Saya melihat PAS Kedah tidak perlu melalui semua yang dilalui oleh PAS Terengganu.Apa yang perlu dilakukan oleh PAS Kedah ialah merapatkan  segera saf dan segera menghidu tindakan pragmatis  UMNO.

aya pernah menulis mengenai Mukhris yang jadi imam solat dan ada segelintir tidak besetuju dengan saya sambil melemparkan berbagai bagai kencaman pada saya.Apa yang saya mahu tunjukkan ialah dasar pragmatis UMNO, bukan  serangan peribadi saya terhadap Mukhris.Apabila gambar dia memakai jubah dan kopiah putih dan menjadi imam solat tersebar sudah tentu ada sesuatu yang hendak dipublisitikan mengambil kira dia berada dalam jemaah yang pragmatis dan nasionalist. Inilah yang perlu dihidu oleh PAS  Kedah tak kira apa orang kata, kerana perkara ini boleh menyebabkan orang kampung yang tidak tahu dasar UMNO terpegun dan terpesona dengan Mukhris , Dalam jangka panjang ianya boleh merugikan perjuangan PAS.

Satu lagi faktor yang memudahkan Kedah bangkit ialah kesatuan teguh dalam PR.Maklumat disebarkan mengenai penipuan PRU dengan lebih cepat dan  PAS Kedah mesti mengambil peluang ini untuk menyedarkan rakyat mengenai penipuan UMNO.PAS Kedah tidak perlu memikirkan mengenai PACA atau MTD dengan serius sebaliknya menghantar dan mentarbiyahkan seluruh sukarelawan yang ada untuk menjadi agen penyampai maklumat yang benar kepada rakyat.

Saya yakin kalau PAS Kedah mampu mendapat 80% sokongan pengundi yang terdiri dari rakyat, kelibat pengundi hantu tidak akan memberi kesan.Pengalaman di Selangor, Kelantan dan Penang membuktikannya.Malah di Terengganu sendiri, kalaulah PAS mampu memperolehi sokongan sebanyak 80% diseluruh negeri pasti UMNO akan tumbang. tetapi malangnya PAS Terengganu masih gagal menembusi daerah seperti Besut dan Setiu serta beberapa kawasan pendalaman di Hulu Terenggnau, Dungun dan Kemaman.Malah di kawasan Kijal, DUN Mat Said MB, penguasaan Mat Said terlalu besar sehingga tidak dicapai oleh PAS sehingga setakat ini.

Inilah hujah saya yang menyakinkan bahawa PAS Kedah mampu bangkit, asalkan ahli jemaah bersedia melakukan beberapa tajdid kemasyarakat seperti pernah berlaku di Terengganu.Percayalah masalah PAS Kedah tidaklah terlalu sukar seperti Terengganu, Ingatlah dalam politik Islam sandaran utama kita ialah ALLAH.Wirid solat subuh menceritakan segalanya.

Oleh itu kalau kita bermasalah untuk menghidupkan PACA yang terlatih maka jangan buang masa, kalau kita berdepan dengan maslaah untuk memastikan daftar undi itu bersih maka jangan buang masa dengannya tetapi yang lebih penting ialah solat hajat dan doa kepada ALLAH, kita mengadu kepada ALLAH dengan kekurangan yang ada pada kita, itu lebih baik dari melayan kritikan pemerhati luar, tak kiralah apa bukti yang mereka kemukakan.Ingatlah kita berjuang dengan kekuatan yang ada pada kita setakat yang diizinkan ALLAH.Pemerhati boleh berkata apa saja tetapi bukan mereka yang turun bersekang mata untuk menghidupkan perjuangan ini.PAS Kedah mampu bangkit dalam masa terdekat, insyaallah!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: