Syamsul Iskandar sudah senyap dan sampai hari ini tiada respond tentang ajakan . Sehingga sekarang saya masih belum menerima jawapan sama ada ia menyahut pelawaan saya untuk turun ke grassroot atau tidak. Saya malas nak panjangkan, sekadar untuk memberikan hint kepada orang ramai bahawa ‘tembakan iskandar’ terhadap …kepimpinan PAS adalah tidak berasas, hanya tunjuk hero, tetapi tidak bersedia untuk turun ke padang sebenar. Insyaallah, itu tutup fail.
Saya cukup sedih apabila melihat perilaku YB Khalid Samad (TBKS) tentang isu Kota Damansara. Pihak PKR dan termasuk juga PSM tidak berapa kelihatan membangkitkan isu KD tetapi YBKS masih terus menerus membangkitkan isu ini tanpa kelihatan noktahnya. Bukan setakat itu, bahkan menggunakan lidah rasmi parti menyiarkan artikel tentang KD.
Perilaku yang tiada kelihatan noktah ini sepatutnya cukup dibincangkan diperingkat AJK PAS Pusat. Bila YBKS kelihatan terus menghangatkannya, saya terfikir adakah agenda lama KS masih berjalan aktif? Iaitu agenda satu kumpulan ‘bawah tanah’ yang mencaturkan kepimpinan parti melalui memburukkan imej orang-orang yang hendak dijatuhkan di dalam muktamar? Atau dengan kata lain, kumpulan yang YBKS sendiri pernah terlibat menjatuhkan Ustaz Hassan Syukri di dalam muktamar 2002? Mesyuarat demi mesyuarat bagi mencapai tujuan itu?
Atau dengna kata lain, adakah KS seumpama ais yang timbul dipermukaan laut, sekalipun nampak kecil tetapi kewujudannya menunjukkan terdapat bongkah yang besar di bawahnya. Tanpa bongkah itu, nescaya ais akan tercair oleh air laut. Itulah ibaratnya.
Bongkah ini perlu saya timbulkan dahulu sebelum saya menjawab isu KD. Apa yagn tersurat dan apa yang tersirat. Ibarat kusutnya tali, tanpa mencari punca asal, maka sampai kiamat ia tidak akan dapat dirungkaikan.
Orang yagn tidak menyelami dan tidak mengenal bongkah, memang akan hairan bagaimana ais yang kecil seperti YBKS boleh muncul dipermukaan laut menjadi hero. Sebagaimana ada sesetengah pihak yang hairan bagaimana tulisan YBKS mengkritik kepimpinan parti boleh tersiar di dalam Harakahdaily Memang itu pelik bagi mereka yang hanya melihat ais, tapi tidak bagi mereka yang meyelami lautan glasia.
Lama saya buat pertimbangan untuk respond kepada tulisah KS kerana bimbang kesan negatif kepada parti dan kepimpinan tertingginya. Tetapi apabila ternyata tindakan YBKS telah memburukkan imej Presiden khususnya apabila menyokong tuduhan YB Syamsul Iskandar, diparahkan lagi dengan penyiaran di Harakahdaily, di tambah lagi dengan artikel hari ini. Maka Al-Quran ada mengajar “sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu” – (Al-Baqarah: 194). Pertimbangan untuk menjawab balik demi membaik pulih imej yang telah dirosakkan oleh YBKS wajar dibuat.
Sejak kepimpinan ulama daripada awal 80an, kepimpinan parti tidak pernah dilihat bergoyang melainkan selepas kewujudan mesyuarat-mesyuarat sulit yang dilibati oleh YBKS pada awal 2000. Walau bagaimanapun, angina ini perlahan justeru kebanyakan ahli mesyuarat YBKS tidak banyak berada di dalam posisi penting parti melainkan hanya di pinggiran tanpa portfolio utama.
Tetapi sejak akhir-akhirnya ini, ahli-ahli mesyuarat KS yang dulunya berada dipinggiran sekarang sudah berada di posisi-posisi penting. Hasilnya kelihatan sekarang setelah bekerja keras menjatuhkan si fulan dan si fulan, dulunya ialah Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri yang merupakan benteng jati diri PAS, yang juga senior parti. Pelbagai saraf dijalankan bagi menjatuhkan Al-Marhum, sehingga beliau digelar sebagai ‘kuda tua’ dan lain-lain gelaran yang disebarkan melalui saraf-saraf mereka. Antara ahli mesyuarat tersebut ialah KS sendiri.
Kenapa dulunya mereka hanya di pinggiran, tetapi sekarang sudah berkuasa? Poinnya jelas, iaitu mereka yang menghentam presiden sekarang supaya menyerahkan kerusi kepada PKR ialah mereka-mereka yang sama yang menjadi ahli mesyuarat yang telah terlibat menjatuhkan Al-Marhum ustaz Hassan Syukri. Saya tidak bermaksud PKR yang rancang, tetapi mereka yang membuat pakatan sulit ini. Siapa mereka? Tidak semestinya PKR, boleh jadi UMNO, boleh jadi macam-macam. Yang penting perkara ini tidak patut berlaku.
KENAPA SAYA ANGGAP IA BONGKAH AIS YANG BESAR?
Isu PAS dan PKR bukan hanya berlaku di 7 kerusi yang dianggap tempat bertindan. Krisis kerusi sememangnya perkara biasa bukan sahaja berlaku antara Pakatan Rakyat, tetapi ia juga di dalam UMNO. Bagi saya, isu demand kerusi PRU adalah perkara biasa dalam parti politik. Saya juga pernah dalam PRU 12 ditawarkan oleh Melayu UMNO untuk memberikan bantuan kepada PAS kerana Melayu UMNO tidak berpuas hati dengan MIC yang bertanding di kerusi majoriti Melayu Muslim.
Begitu juga di dalam PRU13, isu kerusi bukan sahaja berlaku antara PKR dan PAS, tetapi ia juga berlaku antara DAP dan PKR. Apa yang menarik, tiada Jawatankuasa Pusat DAP marahkan kepimpinan tertinggi mereka tentang kerusi yang direbuti dengan PKR seperti kerusi Gelang Patah dan lain-lain.
Apa yang pelik dan ajaib, ada sekitar 6 orang AJK PAS Pusat beriya-iya membiarkan kerusi PAS diambil dengan selesa oleh PKR dengan pengisytiharan di sana sini tanpa mendapat persetujuan lebih awal daripada PAS. Bahkan lebih teruk daripada itu ialah apabila PKR mula mengambil orang-orang PAS masuk PKR (keluar PAS) di beberapa kerusi, terakhir ialah kerusi di Lumut.
Pencerobohan PKR terhadap kerusi PAS dan ‘menculik’ orang PAS bukan satu perkara yang kecil. Tetapi 6 orang AJK PAS Pusat mempertahankan tindakan PKR dan mengkritik Presiden dengan kasar dan biadap akibat Presiden mempertahankan kerusi-kerusi PAS daripada terus diambil dengan cara sedemikian. Antara yang memperjuangkan PKR di dalam PAS ialah termasuk YBKS sendiri.
Sebab itu, bagi mereka yang menyelami dasar lautan, mereka akan tahu adakah bongkah itu kecil atau besar? Sebab itu, bagi saya, episod KS dengan sandiwara ciptaannya berkaitan isu KD yang sebenarnya sudah selesai, adalah ketulan ais yang kecil dipermukaan lautan yang luas.
Apapun, ada yang melihat kemunculan ais yang kecil dipermukaan laut adalah kecil, mereka terus berlayar dengan selesa tiada hati-hati seolah tiada apa-apa bahaya disebaliknya. Ada pula yang menganggapnya besar dan berhati-hati sehingga seolah-olah ingin berhenti daripada berlayar akibat ketakutan. Tetapi orang yang menyelaminya lebih memahami besar dan kecil serta mengetahui selok belok yang selamat dalam melayari bahtera.
Sebenarnya mereka tidak ramai, hanya bebarapa orang sahaja, atau lebih tepat ada 6 orang di dalam AJK PAS Pusat, tetapi mereka sedang memegang portfolio-portfolio penting yang akhirnya parti dilihat lari dari landasan asal akibat penangan 6 individu ini.
Ini baru mukaddimah kecil. Kalau memadai, cukup dengan mukadimah ini, tidak perlu diteruskan dengan pendedahan penyelewengan mereka terhadap arahan pemimpin tertinggi parti, iaitu Majlis Syura Ulama.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya sebutkan “YBKS terlibat dengan gerakan pencaturan ini”.
– Zaharudin MUhammad.
amalis24
20 Jun 2013 at 7:43 AM
Asssalam,
Saya setuju dengan cara dan hujah YBKS dan saya boleh faham bagaimana sukar untuk seseorang yang bergelar ustaz mengakui kesilapan malah boleh sahaja berhujah berjela- jela bagi menegakkannya.
Wassalam.
amalis24
20 Jun 2013 at 1:32 PM
Assalam,
PKR adalah sekutu PAS. Saya tidak nampak di mana salahnya bila PAS berkorban menyerahkan kerusi untuk ditandingi sekutunya. Pertindihan kerusi hanya berlaku antara PAS dan PKR tidak pula PAS-DAP atau PKR- DAP. Kalaulah ulamak tidak mampu menahan diri dari sama berebut habuan, apakah tauladan yang dapat diberi kepada umum? Tiada sesiapa pun patut immune dari kritikan, termasuk presiden mana-mana parti politik.
Satu lagi, memang benar ulamak adalah warisan ambiya’ namun itu tidak wajar dijadikan slogan atau mantra kerana bunyinya mengundang rasa jelek bila yang melaungkannya seorang ulamak sendiri.
Berbanding dengan Malaysia, Pakistan mempunyai bilangan ulamak yang lebih ramai, tapi lihatlah sendiri keaadan negara itu..
Wassalam.
amalis24
21 Jun 2013 at 9:12 AM
Assalam,
Sudah dua komen saya kirimkan namun tidak disiarkan. Tak mengapa, tapi adakah pembaca lain pun hanya membisu atau komen mereka turut digam? Banyak blog lain yang terbuka nenerima pujian, kritikan dan kadangkala cacian. Saya hanya dapat berdoa semoga Allah s.w.t lindungi kita semua dari segala bentuk kepalsuan. Amin.
Wassalam
Mat Gelap
26 September 2013 at 8:58 PM
ulamak bukan maksum,sedang para sahabat nabi yg hidup dan berjuang bersama2 dgn nabi pun berperang sesama sendiri berbunuhan dlm perang siffin,semata2 untuk memuaskan nafsu muawiyah untuk merampas kuasa khalifaf dari saydina ali,apa cerita yg membunuh dan di bunuh,apa ulak yg nak di herankan dgn ulamak mentah zaman sekarang,ilmu cuma setitik air di lautan,manusia akan rosak sekiran ya ulamak jahat