RSS

PRK Kuala Besut: Fakta Azmin tak betul – Mustafa

01 Jul
Harakahdaily, 01 Jul 2013

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa isu parti mana dari Pakatan Rakyat yang lebih layak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu.

“Parti mana yang bertanding pada PRK Kuala Besut tak sepatutnya menjadi polemik.

“Mengikut amalan yang difahami semua, calon yang akan bertanding adalah dari parti yang bertanding pada PRU sebelumnya, iaitu calon dari PAS,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut.

Azan juga berkata, beliau yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu.

Kenyataan Azan itu turut disokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mendakwa bahawa, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, fakta yang dikemukakan Azmin itu adalah tidak benar kerana PKR tidak pernah bertanding bagi kerusi Kuala Besut.

“Fakta Azmin tu tidak betul, PKR tidak pernah bertanding di Kuala Besut bila-bila sebelum ini.

“Pada tahun 1999 yang menang adalah calon PAS iaitu (Datuk) Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura PAS),” katanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Julai 2013 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: