RSS

Author Archives: dupahang

About dupahang

Saya seorang hamba Allah S.W.T

10 Exco Angkat Sumpah

adnanmbPEKAN – Sepuluh anggota Dewan Undangan Negeri hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Exco Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan.

Lima daripada mereka ialah muka baharu dan seorang bekas Exco tahun 2004, Datuk Shahiruddin Ab Moin, yang dilantik semula.

Majlis angkat sumpah diadakan bermula pukul 11 pagi tadi di Istana Abu Bakar, Pekan di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, seminggu selepas Datuk Seri Adnan Yaakob, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4 pada 9 Mei.

Muka baru Exco negeri ialah Datuk Abu Bakar Harun (Adun Chini), Datuk Mohd Johari Hussain (Tioman), Norul Azali Sulaiman (Guai), Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala  Sentul) dan Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau). Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in BERITA PAHANG

 

PAS Kedah mampu bangkit!

Oleh: notan

bendera pakatan RAKYAT“Assalamualaikum.,, Ekoran kekalahan PR di Kedah, rata rata orang orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pemerhati politik yang cenderung dengan politik Islam  serta tidak kurang juga ahli ahli jemaah PAS menyalahkan pemimpin PAS Kedah dengan berbagai bagai alasan.

Paling menarik apabila ada yang menyamakan kekalahan Kedah dengan sejarah kekalahan Terengganu yang menurut mereka akan memerlukan masa yang panjang untuk bangkit kembali.

Nampak macam benar pendapat ini yang berfaktakan sejarah kekalahan Terengganu.Akan tetapi setelah diteliti ada bezanya kekalahan Kedah dengan kekalahan Terengganu yang boleh dijadikan asas untuk PAS bersama PR bangkit kembali di Kedah dalam masa terdekat, tetapi ianya perlukan kerjasama semua ahli jemaah tanpa mengambil kira apa jua kata pemerhati dan kritik dari  luar.

Ahli jemaah harus terlebih dahulu memahami  apa yang berlaku untuk mengambil pengajaran dan merancang tindakan seterusnya.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in POLITIK

 

BN DIJANGKA GUNA ‘SENJATA’ BARU UNTUK PILIHANRAYA


Persempadanan: Pengundi Cina dalam satu kelompok

KAJANG: Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman (gambar) menjangkakan BN akan memastikan pengundi-pengundi Cina dikelompokkan kepada satu kelompok dalam persempadan semula kawasan pilihan raya yang akan dibuat akhir tahun ini.

Ini kerana katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan senjata yang terbukti memberi kemenangan besar kepada BN.

Misalnya kata beliau, persempadanan semula pada tahun 2003 telah dibuat untuk mewujudkan kerusi campuran kerana selama ini pengundi Cina dan India adalah simpanan tetap kepada BN.

Namun, pada tahun 2008 berlaku tsunami politik yang memberi undi kepada Barisan Alternatif akhirnya usaha itu dilihat umpama ‘senjata makan tuan’. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2013 in POLITIK

 

‘Six Million Dollar Man’ Umno dapat jawatan Timbalan Menteri


KUALA LUMPUR, 15 Mei — ‘Six Million Dollar Man’ Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang dianugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion walaupun tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan untuk membina kampus Tapah Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah dilantik sebagai timbalan menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dipecat dari Umno pada tahun 1995 berikutan dengan tuduhan membayar RM 6juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2013 in POLITIK

 
Imej

Selamat hari Guru – Warga Pendidik

SELAMAT HARI GURU

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2013 in BERITA PAHANG

 

Gambar ini Macai-macai UMNO Meroyan Giler!!

Oleh TKOOffline

Dulu semasa berada dalam gerakerja PAS, paling pening bagaimana nak menarik masyarakat Cina untuk memahami PAS. Memang kita ‘skip’ Cina dalam culaan.. Kita kira tak ada harapan kerana orang cina cukup ‘fobia’ dengan PAS, malah kalau tengok orang pas pakai lebai mereka sudang mula curiga.

Allah Maha Kuasa ungkapan selalu disebut tapi untuk di”percaya”i sebenarnya tak ramai. Akhirnya Allah sekelip mata mengubah perkara ini, seperti juga Allah ubah masyarakat bukan Islam di setelah peristiwa 9 September yang menimpa New York.

Saya pasti Gambar ini ,mmbuatkan Macai-macai Meroyan !! Apa tak nya penyokong giler PAS pun belum pernah buat macam ini!!

..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2013 in PRU 13

 
Imej

Ceramah PASCA PRU 13

ceramah 19.5.2013

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2013 in PRU 13

 

Foto Nasir Bilal Khan Kempen PAS Tersebar !!

[Kini heboh diperkatakan tentang golongan artis yang berbondong-bondong menyertai PAS dan PKR. Terkini, tersebar pula foto artis Nasir Bilal Khan sedang berada bersama-sama petugas PAS. Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berkempen atau sekadar melalui jalan tersebut. Namun, kemungkinan besar beliau juga seperti artis-artis yang lain sedang bersiap sedia untuk bersama PAS dalam masa terdekat ini. Apapun, gambar ini tidak melambangkan pendirian dirinya. Oleh itu, diharapk semua pihak tidak membuat hukuman terhadap beliau dengan hanya berpandukan gambar yang sedang diperdebatkan di laman sembang sosial facebook sekarang ini. Apapun, jika “Tok Adi” yang cukup popular dalam drama “Tanah Kubur” sertai PAS, maka sudah pasti ia bertambah panas]. sumber
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2013 in PRU 13

 

Mykad Siapakah Ini, Nama Cina Muka Bangla !!

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) digesa bertindak tegas untuk menyiasat dakwaan begitu banyak Mykad (IC) warganegara Malaysia yang cukup mengelirukan terutamanya menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. JPN perlu mencari jawapan kenapa kesilapan yang begitu mudah ini boleh berlaku. Gambar diatas adalah contoh MyKad milik seorang lelaki berbangsa Cina dari Klang, Selangor. Amat mengejutkan apabila jelas dapat dilihat gambar pada IC itu memaparkan wajar seorang lelaki mirip warga Bangladesh dan bukannya Cina seperti nama yang tercatat di situ. Malah paling mengejutkan lelaki ini juga adalah pemilih berdaftar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jika ini keadaannya, mana satu yang boleh rakyat pegang sekarang. Nama Cina tapi muka Bangla?. Rasanya pegawai SPR dan JPN sendiri pasti pening memikirkan keadaan ini. Ia merupakan salah satu senario kecelaruan MyKad seperti yang pernah dilaporkan.
 
 
[Kerajaan dan SPR sendiri tidak boleh marah jika rakyat curiga melihat apa yang berlaku ini. Sebelum ini SPR Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2013 in PRU 13

 

Apabila Nafsu mengatasi akal

Oleh TKOOffline

Berita ini sudah berlaku beberapa minggu lalu, tapi atas rasa kesedaran tentang anak muda sekarang terutama bila muda mudi begitu bebas bergaul, rasanya saya nak paparkan untuk melihat tindakan bodoh, serta tidak berakal akan berlaku bila kesalahan yang dibuat disebabkan nafsu.

Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mei 2013 in ISU SEMASA

 

Perak bakal kembali ke tangan Pakatan Rakyat melalui mahkamah?

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.
Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti. – Hrkh. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Mei 2013 in PRU 13

 

Khalid Samad menegaskankan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor

b0cec_khalid+samadKetika berucap pada majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini, Haji Khalid Abdul Samad menegaskankan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor. Ambik sebijik, Azmin!Khalid juga menegaskankan bahawa hasutan syaitan menyebabkan kita kalah di Kota Damansara dan Semenyih. Kerana ego dan besar kepala kita kalah, katanya.Mengenai jawatan Menteri Besar Selangor pula, dia kata, bila dah menang bola dan jadi juara, amat tak bijak tukar pengurus.

Jawatan Menteri Besar, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, bukan piala untuk direbut untuk puaskan hati masing2. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Hj.Hadi Sokong Tan Sri Khalid Kekal Jadi MB Selangor

 

hj-hadi-2[PAS mahu anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP (masing-masing 15 kerusi), PAS membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor. “Saya dah berbincang dengan PAS Selangor supaya MB dari PKR dikekalkan di Selangor

. “Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif,” katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam. Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mengenai pelantikan wakil rakyat PAS dalam barisan exco Selangor, beliau menyerahkan kepada PAS Selangor bagi berbincang dengan parti sekutunya tentang perkara itu].

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in PRU 13

 

PAS dan DAP bersetuju MB Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim


Isu MB Selangor menjadi satu daripada isu yang hangat diperkatakan selain “Tsunami Cina”. Dalam mengulas isu banyak yang tersasur dan tak kurang pula yang suka membuat tuduhan melulu. Ulama PAS menjadi mangsa, sebab lidah tak bertulang.

Saya sebelum ini ada menyebut PAS akan menyerahkan kepada Tan Sri Khalid, bila mengulas kenyataan Dr Hassan Ali (ruj. di sini). Hanya saya sebut masa di ambil 1 atau 2 minggu kerana ada beberapa perkara dibincangkan terutama posisi penting di Selangor perlu di sepakatkan di antara komponen Pakatan Rakyat. Panjang masa antara sebabnya nak wujud atau tidak jawatan Timbalan Menteri Besar misalnya…

Tapi malang ada blogger telah mengulas lebih laju daripada kepimpinan.

Dr Abd. Rani dalam kenyataannya mengatakan PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Kenapa boleh jadi begini di Dun Damak Pahang??

Oleh TKOOffline

Calon bebas Cikgu Koh Boon Heng Naib Pengerusi DAP Pahang selaku Pengerusi DAP Jerantut bertanding atas tiket BEBAS. Manakan Dr Jamaluddin pula atas tiket PKR.

Gaduh PKR-DAP yang jadi mangsanya adalah PAS. Calon PAS Parlimen Jerantut iaitu Dr.Hamzah Jaafar. Calon terbabit adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang juga Yang DiPertua PAS Jerantut.

Akibat daripada pengeseran ini, Parlimen Jerantut kalah “sipi” (kecil)

Lagi pening kempen BEBAS melibatkan DAP dan PAS. Mesti PKR bengang! Lihat poster.

Nak kata PAS setuju seorang lagi BEBAS Mohd Nor Jaafar tu adik kepada Calon PAS Parlimen Jerantut. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in BERITA PAHANG