RSS

Category Archives: 5 NEGERI PR

Tok Siak Surau Al- Mujaahideen, Desa Surada, Bangi Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Zohor!!!!

Segalanya atas ketentuan Yang Maha Esa.

Sahabat ini, seorang petugas PAS yg gigih, menghembuskan nafas terakhirnya dalam husnul khatimah insyaAllah.

Beliau ketika ada hayatnya juga telah banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan Surau Al-Mujaahideen, Desa Surada, Bangi. Orang panggil ‘Abang Lan’.

4 sebab zahiriah kita percaya dia mendapat Husnul Khatimah, meninggal dunia;

1. Ketika sujud solat sunat ba’diah zohor
2. Sedang berpuasa
3. Petang khamis
4. Di dalam rumah Allah.

Ya, Allah, tamatkan riwayat kami nanti dengan Husnul Khatimah juga ya Allah, dan masukkan kami ke syurga-Mu tanpa hisaab.

omakkau.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Ogos 2013 in 5 NEGERI PR

 

gambar terbaik Black 505 di Padang Merbok

http://omakkau.blogspot.com, 22 Jun 2013

KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR YANG DIANGGAP TERBAIK SEPANJANG HIMPUNAN BLACK 505 PADANG MERBOK 22HB JUN 2013.

 
1 Komen

Posted by di 22 Jun 2013 in 5 NEGERI PR

 

ADAKAH KHALID SAMAD SEBAGAI KEMUNCULAN BONGKAH AIS: KECIL DI ATAS BESAR DI DALAM?

Syamsul Iskandar sudah senyap dan sampai hari ini tiada respond tentang ajakan . Sehingga sekarang saya masih belum menerima jawapan sama ada ia menyahut pelawaan saya untuk turun ke grassroot atau tidak. Saya malas nak panjangkan, sekadar untuk memberikan hint kepada orang ramai bahawa ‘tembakan iskandar’ terhadap kepimpinan PAS adalah tidak berasas, hanya tunjuk hero, tetapi tidak bersedia untuk turun ke padang sebenar. Insyaallah, itu tutup fail.

Saya cukup sedih apabila melihat perilaku YB Khalid Samad (TBKS) tentang isu Kota Damansara. Pihak PKR dan termasuk juga PSM tidak berapa kelihatan membangkitkan isu KD tetapi YBKS masih terus menerus membangkitkan isu ini tanpa kelihatan noktahnya. Bukan setakat itu, bahkan menggunakan lidah rasmi parti menyiarkan artikel tentang KD.

Perilaku yang tiada kelihatan noktah ini sepatutnya cukup dibincangkan diperingkat AJK PAS Pusat. Bila YBKS kelihatan terus menghangatkannya, saya terfikir adakah agenda lama KS masih berjalan aktif? Iaitu agenda satu kumpulan ‘bawah tanah’ yang mencaturkan kepimpinan parti melalui memburukkan imej orang-orang yang hendak dijatuhkan di dalam muktamar? Atau dengan kata lain, kumpulan yang YBKS sendiri pernah terlibat menjatuhkan Ustaz Hassan Syukri di dalam muktamar 2002? Mesyuarat demi mesyuarat bagi mencapai tujuan itu? Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 5 Jun 2013 in 5 NEGERI PR

 

PESTA RAKYAT TUNTUT KEMBALIKAN DEMOKRASI 505 – 25 Mei 2013


Hampir 50 pertubuhan bukan kerajaan (non-government organization) telah mengambil ketetapan bagi penubuhan sebuah gabungan yang mewakili suara seluruh rakyat Malaysia yang membantah penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu. Gabungan NGO-NGO ini dinamakan sebagai “Suara Rakyat 505” sebagai wadah perjuangan bagi membangkitkan segala isu yang berlaku dalam PRU13 lalu. Dipercayai lebih banyak NGO akan menyertai gabungan ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Cahaya Islam Bercahaya Di Selangor


Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.

Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi lagi menjadikan lima belas berbanding lapan kerusi DUN sahaja pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.

Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Khalid Samad menegaskankan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor

b0cec_khalid+samadKetika berucap pada majlis kesyukuran atas kemenangan Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam ini, Haji Khalid Abdul Samad menegaskankan Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadi Menteri Besar Selangor. Ambik sebijik, Azmin!Khalid juga menegaskankan bahawa hasutan syaitan menyebabkan kita kalah di Kota Damansara dan Semenyih. Kerana ego dan besar kepala kita kalah, katanya.Mengenai jawatan Menteri Besar Selangor pula, dia kata, bila dah menang bola dan jadi juara, amat tak bijak tukar pengurus.

Jawatan Menteri Besar, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, bukan piala untuk direbut untuk puaskan hati masing2. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

PAS dan DAP bersetuju MB Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim


Isu MB Selangor menjadi satu daripada isu yang hangat diperkatakan selain “Tsunami Cina”. Dalam mengulas isu banyak yang tersasur dan tak kurang pula yang suka membuat tuduhan melulu. Ulama PAS menjadi mangsa, sebab lidah tak bertulang.

Saya sebelum ini ada menyebut PAS akan menyerahkan kepada Tan Sri Khalid, bila mengulas kenyataan Dr Hassan Ali (ruj. di sini). Hanya saya sebut masa di ambil 1 atau 2 minggu kerana ada beberapa perkara dibincangkan terutama posisi penting di Selangor perlu di sepakatkan di antara komponen Pakatan Rakyat. Panjang masa antara sebabnya nak wujud atau tidak jawatan Timbalan Menteri Besar misalnya…

Tapi malang ada blogger telah mengulas lebih laju daripada kepimpinan.

Dr Abd. Rani dalam kenyataannya mengatakan PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2013 in 5 NEGERI PR