RSS

Category Archives: 5 NEGERI PR

Berhati-Hati, Sindiket Peluk Islam Terbongkar

Satu sindiket penipuan dengan cara ‘memeluk Islam’ oleh sebuah keluarga kaum India yang diketuai seorang wanita, dipercayai ibu kepada keluarga tersebut, Paravathiam A/P Mayavan K/P 64073-02-5484, kini sudah terbongkar!

Tujuan mereka melafazkan syahadah berkali-kali adalah untuk mendapatkan simpati, bantuan kewangan dan sumbangan orang ramai terutamanya dari penganut Islam di negara ini.

Kronologi sindiket : Mula dapat dikesan pada 16/12/12 di Surau Taman Seroja, Salak Tinggi, Selangor.

Kali kedua pada 25/12/12 di Masjid Istiqamah, Puchong, Selangor.

Kali Ketiga pada 26/12/12 di Surau Madaniah USJ 18, Selangor.

Kali Keempat di Masjid Al Ekhsan Sek 24, Shah Alam, Selangor.

Terakhir kali kelima di Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 4/01/13.

Caranya: Ibu kepada keluarga ini akan berjumpa dengan Imam masjid/surau yang menjadi sasaran dan memberitahu bahawa satu keluarganya berhajat nak memeluk agama Islam. Sudah pasti sebaik saja selesai upacara melafazkan kalimah syahadah dilakukan maka orang ramai yang hadir akan memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada keluarga ini.

Harap perkara ini dapat pemerhatian serius oleh pihak berwajib. Sekiranya anda terserempak dengan mereka, mohon laporkan segera kepada pihak masjid/surau atau pihak yang berkaitan. Sebarkan..

.  sumber

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Doa hadapi ribut Sonamu

 Slide1

(Gambaran serangan Ribut Tropika Sonamu ke arah pantai timur Malaysia)

Jabatan Meterologi Malaysia (MMD) dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Situasi ini dijangka berlaku pada 8 Januari, mulai jam dua petang dan berterusan sehingga Jumaat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah

JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak?

Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong “survivalUtusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.

Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan berlaku pengedaran Utusan Malaysia di Kedah secara percuma termasuk di kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Rupanya Ini Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan KL

at 1/04/2013

Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS.“Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Negeri Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklah Rumah Pam Wangsa Maju.

Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri, “ kata Menteri Besar. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam

(Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini – Foto Busuk.org)

SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.

Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.

Berikut adalah gambar-gambar menarik malam tadi.

(Banner yang memanggil ke sambutan ambang 2013 anjuran kerajaan negeri Selangor) Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2013 in 5 NEGERI PR

 

Sultan Selangor benci dituduh orang Umno

Sultan diiringi Menter Besar dan Speaker Dewan Negeri.

Kepimpinan PAS Selangor menyambut baik dan amat menghargai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa baginda bukan Umno, tidak menyokong Umno dan sangat benci mendengar tuduhan bahawa baginda merupakan orang Umno.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sewaktu berbicara dengan penulis berkata, beliau menjunjung kasih terhadap baginda dan mahu hasrat Sultan dipatuhi semua pihak.

Titah tersebut dibuat dalam wawancara Mingguan Malaysia, yang menurut baginda, tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

“Malangnya terdapat mereka yang salah faham apabila saya menegur tentang Melayu bersatu, maka ada pihak yang kata saya orang Umno.

“Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya. Pihak ini ikut sedap mulut bercakap tetapi tidak mahu memahami nasihat saya yang ikhlas,” titah baginda. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Disember 2012 in 5 NEGERI PR

 

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

http://syahrilkadir.wordpress.com

“Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.” Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 4 November 2012 in 5 NEGERI PR

 

RM2 juta – DAP Kafir Harbi

Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta

Harakahdaily, 15 Ogs 2012

KOTA BHARU: Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad.

Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka ‘kafir harbi’.

Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa’amah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai “kafir harbi”.

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa’amah itu juga merupakan pendapat “ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan”

Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu.

(Mustapa menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Pondok Geting) Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 15 Ogos 2012 in 5 NEGERI PR

 

Siapa Sebenarnya Abdullah Saamah?

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Ogos 2012 in 5 NEGERI PR, VIDEO/TV

 

IJTIMA’ PONDOK NUSANTARA IHYA’ RAMADHAN 1433H/2012M

Suatu Ijtima’ besar-besaran yang bakal dihadiri oleh Ulama’ seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand akan diadakan pada 15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M bertempat di Qaryah ramadhan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Semua pencinta Islam dijemput hadir beramai-ramai dalam memeriahkan majlis ini

15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Julai 2012 in 5 NEGERI PR

 

Abby Abadi Serah Borang Jadi Ahli PAS Seumur Hidup

http://greenboc.blogspot.com,


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan baru sahaja mengisytihar kemasukan ke dalam PAS dan telah menyerahkan borang keahlian seumur hidup sebentar tadi di dalam satu majlis ceramah bersama YAB Tuan Guru dan Exco kanan kerajaan negeri, YB Dato Husam di Padang YIK Nilam Puri. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Julai 2012 in 5 NEGERI PR, POLITIK

 

Himpunan R: Gambar ‘tukang pukul’ diedarkan

Harakahdaily, 27 Jun 2012

KOTA BHARU: Ekoran tragedi berdarah dalam perhimpunan aman ‘R’ di depan Kota Darul Naim baru-baru ini, para penyokong ‘R’ mula mengedar foto pihak yang memukul.

(Penyokong R dipukul)

Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages,” tulis mesej yang dihantar melalui Facebook itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Inilah hebatnya Tok Guru Nik Aziz (gambar)

Harakahdaily, 22 Jun 2012
KOTA BHARU: Tidak ada Menteri Besar di mana-mana negeri di negara ini yang melakukan tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang seorang ini.

Pagi tadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya.

Tindakan beliau ini kemudiannya dirakamkan oleh seorang jurugambar dan gambarnya dimasukkan ke dalam Facebook beliau oleh ‘pentadbir’ (admin) Facebook itu.

Sehingga kini, selepas setengah jam ia disiarkan, 10,395 orang sudah menyatakan ‘like’ kepada gambar ini dan 1,347 pengguna Facebook sudah berkongsi gambar ini di laman mereka.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Umno Pun Tak Sanggup Buat Macam Nih..

Posted by Addin
Gambar nih membuatkan Umno kecut perut.. Apa tidaknya seorang ahli DAP, cina lagi tuh nii boleh duduk depan TGNA dengar kuliah agama.. DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat jauh memahami Islam dari MCA.

Ini kerana UMNO melontarkan imej buruk Islam kepada MCA. MCA tak faham Islam kerana UMNO sendiri telah menyelewengkan Islam yang sebenar. UMNO sendiri sebenarnya jauh dari cahaya Islam..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Artis Hairie Othman berceramah di pentas PAS

http://ajijoi.blogspot.com/
Dunia kini semakin terang. Segala fitnah yang dulunya berselindung disebalik bayang-bayang, kini terserlah disuluh sinar kebenaran.

Sedikit masa dahulu, amatlah payah untuk kita mendengar berita mengenai para artis mendekati satu jemaah yang mengangkat Islam sebagai perjuangannya. Artis dan pembawa obor agama, bagaikan magnet yang berlainan kuasa, saling tolak menolak. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Jun 2012 in 5 NEGERI PR