RSS

Category Archives: 5 NEGERI PR

Antara Haji dan Pilihanraya, antara jenazah Nabi dan melantik Khalifah

http://albangi.wordpress.com

Dalam sejarah pilihanraya umum (PRU) di Malaysia, Tun Mahathir pernah mengadakan PRU bagi memastikan BN menang mudah kerana orang Melayu Islam, samada penyokong PAS atau BN, tiada di Malaysia untuk menunaikan haji.

Pada ketika itu suasana politik di zaman Tun M memang memihak kepada BN-UMNO. Maka BN-UMNO tidak perlu kepada undi Melayu dari UMNO untuk menang dan memadai mendapat undi dari bukan Melayu untuk BN. Manakala di pihak PAS pula, bilangan pengundi Melayu Islam yang sokong PAS pastinya amat berkurangan. Akhirnya keputusan PRU memihak kepada BN dengan majoriti besar.

Walaubagaimana pun suasana politik hari ini agak berbeza  dengan zaman Tun M sebagai PM. BN-UMNO belum tentu boleh menang jika tektik yang sama dilakukan kali ini oleh PM Najib kerana trend pengundi Cina dan India sudah amat berubah. Kalau PRU dibuat musim haji sekalipun, belum tentu pengundi bukan Melayu akan mengundi BN. Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan undi Cina sudah beralih kepada PR, suatu kejutan yang luar biasa.

Foto dibawah menunjukkan belum pernah dalam sejarah politik tanahair, orang Cina, India, Punjabi dan bumiputera bukan Islam menghadiri ceramah dan program PAS secara terbuka, beramai-ramai, dan membawa bendera PAS di sana sini. Jelas bahawa fenomena ini tidak wujud di zaman Tun M dan Pak Lah tetapi wujud di zaman PM Najib. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

UMNO Terkangkang dalam Isu Karpal Singh

“UMNO menjadikan isu ucapan Karpal Singh, iaitu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sebagai satu tangkal untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP.

Ucapan ini telah disalahtasfirkan oleh Utusan Malaysia dan melaporkan dalam akhbarnya “MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM – LANGKAH MAYAT KAMI DULU –  Karpal Singh.

Sepertimana biasa, lain yang disebut oleh Karpal, lain pula yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang sahamnya dimiliki oleh UMNO-BN. Inilah fitnah Utusan Malaysia, salah satu akhbar UMNO. Karpal menyebut perkara lain tetapi dilaporkan dengan tidak jujur untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.

 Bagi PAS, ucapan Karpal Singh ini adalah pandangan peribadi. Apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990, PAS telah menubuhkan Panel Deraf Hudud yang diketuai oleh Yang Ariff Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara bersama bekas Mufti Kelantan dan ulamak muktabar negara. Akhirnya pada tahun 1993, undang-undang hudud dikanunkan (didokumenkan) dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Ribuan iringi perjalanan akhir Ustaz Yahya

MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan mengiringi perjalanan akhir bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73 di Kampung Labok pagi tadi.

Sejak pagi lagi orang ramai datang bagi merakamkan ucapan takziah sambil menunggu menunaikan solat jenazah. Di kiri kanan jalan sesak dengan kenderaan.

Turut hadir Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan, Datuk Abu Bakar Chik dan wakil-wakil rakyat serta pegawai kerajaan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Kemewahan Rumah Pemimpin PAS.. Umno Pun Kalah

Posted by Addin
Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.
Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar . Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Mei 2012 in 5 NEGERI PR

 

Penjelasan Isu Hassan Ali, Tabung Haji, Felda – Dato’ KJ

Penjelasan Isu Hassan Ali, Tabung Haji, Felda dsb oleh YB Dato’ Kamarudin Jaffar di Surau Nur Al Muttaqin Kg Belukar-Kubang Batang, Wakaf Bharu pada 7 April 2012

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mei 2012 in 5 NEGERI PR, VIDEO/TV

 

PANAS!!! Samseng dikehendaki ditemui di belakang Hishamuddin

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/576627_432673763412170_100000086506684_1736949_1684809422_n.jpg
Masih ingat wajah mamat ni?
 masih ingat mamat samseng yang buat kecoh?
 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Mei 2012 in 5 NEGERI PR

 

Rahim Noor dakwa Nik Aziz ‘bapa kafir’

KOTA BHARU – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggambarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’ mempunyai unsur dendam.

Malahan kata Husam, Rahim tidak layak mengeluarkan pendapat tentang Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal agama.

“Kita dalam Pakatan Rakyat lebih berpegang kepada konsep kesopanan dan akhlak. Cara kita bertindak balas adalah dengan cara yang boleh diterima masyarakat,” kata beliau pada sidang media di JKR 10 di sini, semalam.

Rahim dalam sebuah akhbar semalam menuduh Nik Abdul Aziz sebagai ‘bapa kafir’ apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0.

Husam turut kesal terhadap fenomena politik negara yang dilihat berkembang di luar batas-batas agama dan moral.

“Hampir setiap hari ada sahaja caci maki dan kata nista yang tidak bertanggungjawab serta tuduhan liar berunsur seks keterlaluan selain gambar tidak munasabah disiarkan sejak Mac 2008 oleh media utama negara,” katanya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2012 in 5 NEGERI PR

 

MAUT SEMASA GANTUNG BENDERA BN!!!! 2 Petugas UMNO maut terkena renjatan elektrik

“Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 April 2012 in 5 NEGERI PR

 

10 ribu hadir ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang

Mimpi Senja,

Gua tak sangka bahawa rakyat selangor amnya dan penduduk kampung melayu subang khususnya begitu tertarik untuk datang ke majlis ceramah akidah Hasan Ali..

Dengan itu gua pun tidak teragak agak menyatakan bahawa sebentar tadi seramai 10 ribu org hadir mendengar ceramah beliau mengenai isu akidah, melayu dan raja.. kah kah kah
Selamat melihat foto foto menarik ini kah kah kah
 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Mac 2012 in 5 NEGERI PR

 

Cerita Disebalik Penglibatan Zizan Bersama Ustaz Azhar Idrus

 

Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah,  juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Dipetik dari status founder wootmedia.my

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Januari 2012 in 5 NEGERI PR, ISU SEMASA

 

Thiqah, Wala’ dan Road-Show

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

Bersihkan Malaysia. Konvensyen PR Ke-3 ,Datang Beramai-ramai

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

Ayah Pin muncul lagi. UMNO-BN takut.

Pemimpin kumpulan ajaran sesat Kerajaan Langit, Ariffin Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, kini muncul di laman Facebook. Dengan menggunakan nama ‘Arifin Muhamad’ profil itu menyebut alamat penulis di Sungai Padi, Thailand. Pandangan politiknya dinyatakan sebagai ‘Kerajaan Langit’ dan pandangan agamanya ‘sangat liberal’. Dia menyifatkan Islam sebagai ‘mempunyai nilai moral rendah’ dan menggesa orang ramai supaya keluar dari agama Islam. Bersama lampiran perakuan sumpah murtadnya ia menyesatkan orang lain dengan ajaran karutnya.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran supaya tidak mendahului parti berhubung soal pencalonan dalam parti.

Amaran itu diberikan dalam satu pertemuan dengan beliau semalam.

Saari (gambar) telah dipanggil untuk bertemu dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia ekoran kenyataan beliau berhubung soal percalonan bekas ahli PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang dianggap mendahului parti.

“Beliau juga diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada parti pada masa akan datang,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Januari 2012 in 5 NEGERI PR

 

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat  yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali  sebagai ahli PAS berkuatkuasa  serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Januari 2012 in 5 NEGERI PR, VIDEO/TV