RSS

Category Archives: BERITA DEWAN ULAMAK

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

Khutbah Raya DUP Negeri Kelantan

Kutbah Raya 2013 – Pertama

Kutbah Raya 2013 – Kedua

http://ekhutbah.wordpress.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Ogos 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

KHUTBAH JUMAAT

Khutbah Jumaat DUPNP PRU13

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Jihad Politik Adalah Lebih Afdal

Oleh: Dr. Yusuf al-Qardhawi

Rasulullah s.a.w. menyeru umat Islam untuk memerangi kerosakan di dalam negara dan menganggapnya adalah lebih afdal daripada menentang serangan dari luar. Baginda menyatakan sewaktu ditanyakan tentang jihad yang paling afdal:

Jihad yang paling afdal ialah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim.” (hadith)

Ini disebabkan kerosakan dalaman menyediakan jalan bagi serangan dari luar. Syahadah di sini dianggap sebagai jenis yang paling tinggi pada jalan Allah. Sabda Nabi s.a.w.:

“Pemimpin para syuhada’ ialah Hamzah, kemudian lelaki yang berdiri di hadapan pemerintah yang zalim, lalu dia menyuruhnya menjalankan kebenaran dan menegahnya daripada kemungkaran lalu beliau dibunuh.”

Ditanamkan dalam jiwa seorang muslim untuk menolak kezaliman dan menentang mereka yang zalim sehinggakan dibaca dalam doa Qunut yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud yang diamalkan oleh Mazhab Hanafi dan selainnya: Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 April 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Al-Fatihah , Ketua Ulama PAS Kedah kembali ke Rahmatullah

Anis Nazri,
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhammad Abdullah (gambar) meninggal dunia kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun memang diketahui mengidap masalah jantung sebelum ini.

Beliau yang sempat menziarahi Allahyarham pada minggu lepas, berkata ketika ziarah itu, Allahyarham masih dalam keadaan baik dan sihat, biarpun mengadu tangan sebelah kanannya agak sukar untuk diangkat.

Bagaimanapun, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam, dan ditempatkan di wad kecemasan bahagian kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mahfuz turut berada di hospital ketika itu, biarpun Allahyarham sudah berada dalam keadaan tidak sedar.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Pondok Makaribul Akhlak, di Langgar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Sementara itu, Mahfuz merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta mereka untuk bersabar dengan ujian tersebut.

Sambil menyifatkan kehilangan allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada sebuah gerakan Islam,dan juga PAS Kedah, Mahfuz mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.

“Sesungguhnya PAS Kedah kehilangan seorang tokoh ulama yang begitu berilmu.  Kehilangannya seperti hilangnya sebutir permata ilmu yang begitu berharga,” kata beliau kepada Harakadaily.

Allahyarham pernah menjadi Adun Langgar sekitar tahun 90-an, selain pernah menjadi Yang DiPertua PAS Pokok Sena.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 Mac 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Hormati Pendirian dan Prinsip PAS

tn_haruntaib_05PAS tetap mempertahankan Prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak samasekali akan berubah untuk mempertahankan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS.

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP,Yb. Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu sepertimana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Februari 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Jaminan Islam, Melayu dipertahan dalam Pakatan

usnikzawawi_mt03KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini adalah jaminan bahawa Islam dan Melayu dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

Dan pihak yang akan mempastikan ianya dipertahankan adalah PAS.

 Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus pada hari sabtu yang lalu.

Tuan Guru Abdul Hadi dipetik sebagai  berkata “PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

“Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.”

Sebelum ini, Presiden PAS menegaskan, konsep utama dalam Pakatan Rakyat adalah pakatan antara parti-parti di dalamnya iaitu PAS, PKD dan DAP. Read the rest of this entry »

 
 

Boleh Undi Calon Bukan Islam Untuk Tumbang Kezaliman

drkhairudinamanrazaliKUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

 Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.    “Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.   Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Februari 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK