RSS

Category Archives: BERITA PAHANG

Orang Pahang pun dah Mula Menyampah Dengan Najib – Ni Dia Bukti

KUANTAN, 6 Mei – Orang ramai yang hadir ke program “Bersantai Di Taman Gelora Bersama YAB Perdana Menteri” di Taman Gelora dekat sini pagi tadi kecewa dengan sambutan orang ramai terhadap program tersebut. Program yang bermula jam 9.15 pagi itu hanya dipenuhi dengan para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikerah hadir untuk meramaikan hadirin yang hadir, namun ianya masih gagal membuktikan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak (foto) itu telah mendapat sokongan padu dikalangan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Tinjauan krew PDO ke lokasi itu pagi tadi mendapati kehadiran orang ramai amatlah hambar dan memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Malah, ketika beliau berucap pun hanya kerusi kosong yang memenuhi setiap ruang dibawah kanopi yang disediakan. “Mujurlah ada budak-budak PLKN, kalau tidak sudah pasti Najib akan mendapat malu yang lebih besar. Sepatutnya kehadiran seorang Perdana Menteri wajar disambut dengan ribuan rakyat.. Namun ini tidak berlaku kepada Najib. Mungkin ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menangani para peserta Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini agaknya”, kata seorang pengunjung. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2012 in BERITA PAHANG

 

Felda Minta Geran Tanah:Lapan Report Polis di IPD Temerloh

Salah satu pekeliling Felda yang diedarkan kepada peneroka turut meminta status bank samada disenarai hitam atau tidak.

Berikutan tindakan pihak pengurusan Felda yang telah mengarahkan peneroka menyerahkan beberapa dokumen peribadi termasuk salinan I.C dan geran tanah,lapan report polis telah dibuat peneroka dari kawasan Jengka jam 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Berikut ialah kandungan report polis tersebut.

 

LAPORAN POLIS KE ATAS Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Mac 2012 in BERITA PAHANG, ISU FELDA

 

Boikot PSC tepat – PAS Indera Mahkota

KUANTAN: PAS Kawasan Indera Mahkota menganggap tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot dan tidak menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas adalah tepat kerana tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Yang Dipertuanya Nasrun Amir Abdullah berkata, lagipun badan tersebut hanya bersifat pelapor dan ditubuhkan sebagai gimik bagi mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

“Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan PSC tidak boleh mengubah atau membatalkan projek jadi apa guna kita sertai sedangkan rakyat mahukan projek Lynas dibatalkan kerana malapetaka mungkin boleh berlaku akibat kelemahan undang-undang alam sekitar, selain kemungkinan wujudnya amalan rasuah.

“PSC dilihat seperti ‘rubber stamp’ saja jadi boleh dianggap satu gimik untuk mengheret isu itu sehingga selesai pilihan raya,” katanya Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mac 2012 in BERITA PAHANG

 

Hampir 10 ribu hadir hipunan Lynas

Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan bermula pada jam 10 pagi ini. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Februari 2012 in BERITA PAHANG

 

SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL

KENYATAAN MEDIA PAS PAHANG

Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong.

Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan Perhutanan masih gah terpacak di puncak bukit berkenaan. Kewujudan papan tanda rasmi ini mengundang tanda tanya rakyat mengenai status hutan tersebut adakah sudah dilupuskan untuk tujuan pembalakan dan pertanian berikutan terdapatnya tiga kawasan matau pembalakan di sekitarnya yang siap tertera nombor lesen dan maklumat pembalakan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2012 in BERITA PAHANG

 

Ulamak Komited Pada Posisinya

Pahang,2hb Jan 2012.Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik menegaskan bahawa ulamak akan terus komited dengan posisinya sebagai pembawa risalah dan kefahaman Islam untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia sehinggalah tercapainya matlamat perjuangan PAS.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki yang diadakan di Temerloh baru-baru ini. Ijtimak tersebut telah diadakan di Markaz Tarbiah PAS Temerloh, Sungai Gau. Ianya telah berjaya mendapat sambutan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada pelbagai peserta yang datang dari seluruh pelusuk urusan ulamak kawasan seluruh Pahang khususnya para ulamak pelapis.

“Tugasan utama para ulamak ialah menyampaikan risalah Islam kepada ahli masyarakat melalui medium kuliah, ceramah di masjid-masjid, surau-surau,markaz-markaz dan di mana sahaja kita berada, ini adalah tugasan utama kita,”kata beliau.

“Dewan Pemuda dan Muslimat ada tugas dan posisi masing-masing, begitu juga para ulamak mempunyai tugas dan posisinya yang tersendiri” tegas beliau.

“Tugas dan posisi ini  diumpamakan seperti sebuah pasukan bola sepak, striker dengan strikernya, midfield dengan tugasan midfieldnya dan penjaga gol dengan tugasan dan posisinya yang tersendiri, kalau penjaga gol sendiri yang naik ke atas maka akan timbul masalah, dia pegang bola tengah padang nanti satu pasukan akan tanggung akibatnya,” ujar beliau lagi ketika mengulas tentang tugasan ulamak yang berperanan menyampaikan kefahaman tentang Islam kepada masyarakat.

Ijtimak ini telah menampilkan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama berkisar berkenaan dengan Ar-Ribat dan kaitannya dengan peranan para ulamak dalam pilihanraya. Manakala kertas kerja kedua pula ialah berkenaan dengan isu-isu semasa serta pendirian dan penyelesaiannya dalam Islam.Kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Januari 2012 in BERITA PAHANG

 

LYNAS: MB PAHANG FITNAH ADUN PAS PAHANG

Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 14 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad hari ini tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini.Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas.

Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar harian berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Disember 2011 in BERITA PAHANG

 

CUCU MAT KILAU : Blogger Pahang yang Cari Makan Kot ……?

PDO atau Cucu Mat Kilau (CMK) adalah antara blogger terkenal dan mendapat perhatian media. Beliau sering menjadi ‘rujukan’ kumpulan dalaman Umno bagi ‘membelasah’ mendedah dan men..men yang lain.

 Pendekata dia seorang blogger yang cari makan. itu sahaja.
Kami dan saya sebagai orang yang berada di belakang YB Sted Hamid kenal siapa YB Syed Hamid. walaupun beliau sedikit kontroversi tetapi tidak sesekali mahu menjual perjuangan. Dan diakui sememangnya beliau dulu berada dalam Umno. Dan beliau sendiri kenal siapa Umno dan isi Umno.
Usahlah PDO buatlah lerja-kerja yang molek jika mahu naikkan rating blog anda ?

KUANTAN, 9 Dis – Perbahasan mengenai pembentanganBajet 2012 bagi Dewan Undangan Negeri Pahangditeruskan lagi semalam dimana wakil ADUN PAS Kuala Semantan turut diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan bagi sesi kali ini. YB Syed Hamid Syed Muhamad (foto) didalam perbahasannya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan bajet berimbang pada tahun ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai pembangunan sukan dan menyeru agar pihak Kerajaan menumpukan usaha bagi membantu menaikkan mutu sukan diperingkat Negeri. Kata beliau, sukan juga mampu membantu menaikkan nama baik Negeri selain memberi manfaat kepada atlet Negeri secara tidak langsung. Beliau juga turut menyentuh mengenai prestasi pasukan Bolasepak Negeri yang dilihat semakin hari semakin merudum sejak kebelakangan ini. Dalam aspek ekonomi, YB Syed Hamid turut mencadangkan agar Negeri Pahang gigih mengusahakan sektor penternakan Lembu dan menjadi contoh kepada negeri – negeri lain.”Pahang mampu menjadi contoh dan menjadi pembekal daging lembu yang baik kepada seluruh Negara. Sektor ini juga boleh membantu rakyat dalam meningkatkan ekonomi mereka dan pihak veterina boleh turut serta membantu,”katanya. Dalam sesi perbahasan itu juga, ADUN terbabit turut merakamkan ucapan terima kasih bagi pihak PAS Temerloh kepada Perdana Menteri atas keprihatinan yang telah diberikan. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Disember 2011 in BERITA PAHANG

 

Cucu Mat Kilau meninggal dunia

Satu-satunya cucu pahlawan terkenal Pahang Mat Kilau dari isteri pertamanya yang masih hidup, Ibrahim Omar, 77, meninggal dunia pagi ini di rumahnya di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut.

Ibrahim yang dikenali masyarakat tempatan sebagai “Aki Aek, tidak pernah berumah tangga dan tinggal berseorangan di rumah PPRT kerajaan itu.

Beliau merupakan anak kepada Omar, anak lelaki Mat Kilau yang bertanggungjawab mengisytihar pahlawan yang digeruni penjajah Inggeris itu masih hidup pada tahun 1969, sehingga menggemparkan dunia kerana sebelum itu Mat Kilau pernah diisytiharkan mati.

Sedikit tentang Mat Kilau Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di 13 Disember 2011 in BERITA PAHANG

 

Taniah adek – Pelajar OKU dapat 4 A UPSR

Muhammad Syakib Arsalan (gambar kanan) hanya seorang kanak-kanak dalam Darjah 6 yang menderita sakit mascular distrophy.
Doktor pakar HKL memberitahu nama ppenuh penyakit tersebut ialah Congenital Fibertype Dispropotion Off Myopathy.

Oleh kerana kecacatan fizikalnya, dia tidak mampu untuk mengikuti kelas tuisyen sebagaimana rakan-rakannya yang lain, selain daripada apa yang hanya diikutinya dalam kelas biasa.

Di sekolah juga dia tidak berupaya untuk aktif kerana mudah jatuh jika terlanggar oleh pelajar lain.

Barangkali keputusan UPSR hari ini memberikan sedikit hiburan kepadanya apabila diumumkan mendapat 4 A 1 B.

Tahniah abah ucapkan, hanya kita yang memahami kegembiraan sesama kita. Abah tidak punyai apa untuk diberikan melainkan berkongsi kegembiraan yang tidak difahami oleh orang lain ini…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 November 2011 in BERITA PAHANG

 

50 tahun guna air sungai


Rahman Musa, membetulkan pam bagi mengepam air dari Sungai Panching ke rumahnya di Kuantan, semalam.

KUANTAN  Ketika sebahagian besar masyarakat hidup selesa dengan pembangunan dan kemudahan yang disediakan, terdapat segelintir penduduk luar bandar yang tersisih daripada menikmati kemajuan tersebut.

Keadaan itu berlaku kepada penduduk Kampung Machang, Panching dekat sini yang tidak mendapat bekalan air paip selama lebih 50 tahun lalu.

Penduduk kampung tersebut masih menggunakan air Sungai Panching sebagai bekalan utama untuk melakukan kerja-kerja harian terutama membasuh pakaian, memasak dan mandi.

Tinjauan Utusan Malaysia di kampung itu hari ini mendapati penduduk terpaksa mengangkut air dengan baldi dari sungai itu ke rumah masing-masing setiap hari.

Ada juga yang membeli alat pengepam untuk mengepam air ke rumah masing-masing.

Sungai itu juga berisiko kerana ia agak dalam dan deras ketika musim hujan.

Seorang penduduk, Rahman Musa, 64, berkata, dia dan lapan keluarga lagi di kampung itu terpaksa menggunakan air sungai bagi melakukan rutin harian seperti membasuh dan memasak. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Oktober 2011 in BERITA PAHANG

 

PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG

Kesian betul ya rakyat Pahang ni. Selalu betul buat aduan dalam akhbar penderitaan mereka. Kenapa sampai jadi begini, nak ganti jambatan gantung yang agaknya tak sampai RM1 juta pun kena masuk akhbar. Mana pergi wakil rakyat atau ahli parlimen di Pahang ni?

PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG

TEMERLOH  – Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Arifin Singah, 75, berkata, jambatan gantung yang berusia separuh abad itu sudah tidak lagi sesuai kerana faktor pertambahan penduduk dan kenderaan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Oktober 2011 in BERITA PAHANG

 

Tiada alasan untuk tidak solat

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.
Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.
Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Ogos 2011 in BERITA PAHANG

 

Ramadhan yang Sekular?

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.

“Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. “Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. Read the rest of this entry »

 
 

DATO’ TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

Untuk makluman kepada semua, Dato’ Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan.

Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini, terpaksa ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan semula.

Sama-samalah kita memanjatkan doa agar beliau diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Julai 2011 in BERITA PAHANG