RSS

Category Archives: Berita Sabah Serawak

Dasyat.! Senarai harta KM Sarawak [Kira la tengok..]

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK!!

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b H Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mac 2013 in Berita Sabah Serawak

 

1,365 Janji Kerajaan BN Di Kawasan Luar Bandar Di Sabah Tidak Ditepati

Oleh: setisab

kemiskinan di sabah. janji BN tidak ditepati

DONGONGAN, SABAH: Sukar untuk dipercayai! Jalan berlopak, projek naiktaraf yang tidak selesai-selesai, tanah runtuh dan keadan jambatan yang tidak memuaskan malah membahayakan pengguna merupakan antara dilema dan kesulitan yang dihadapi rakyat Sabah sejak sekian lama terutamanya di kawasan pinggir dan luar Bandar. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 September 2012 in Berita Sabah Serawak

 

Mana filem 8 orang askar mati pertahan kedaulatan Malaysia?

http://waghih.blogspot.com/

Sepatutnya sempena Hari Malaysia yang diperingati sempena pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 disiarkan filem sejarah keberanian Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia di Sabah. Dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah pada 29 Dis 1963 , seramai 8 orang anggota 3 RAMD telah terkorban mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru dibentuk.

Bagaimanakan nasib waris mangsa serangan Kem Kalabakan ketika ini? Tiada bajetkah untuk membuat filem Pertempuran Kalabakan agar generasi kini dapat menghargai pejuang negara khususnya Askar Melayu yang berkorban mempertahankan negara ini dari dijajah oleh komunis dan tentera asing? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 September 2011 in Berita Sabah Serawak

 

178 ahli PBB beralih menyertai PAS di DUN Tanjong Datu

Tanjung D atu, 15 April – Seramai 178 ahli Pesaka Bumipu tera Bersatu (PBB) menyertai PAS dalam satu majlis malam tadi di Tanah Hitam, Tanjung Datu.

PBB merupakan parti tunjang bagi BN Sarawak yang diketui oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Borang permohonan keahlian PAS telah diserahkan oleh Noraini Aban kepada Dr Hatta selaku Bendahari PAS Pusat di rumah Awang Marikan Awang Mos. Antara yang hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS YB Nasharudin Mat Isa, AJK Kerja PAS Pusat YB Dr Dzulkefly Ahmad, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Haji Idris Ahmad.

Turut kelihatan, calon PAS yang bertanding di PRK Tenang tempoh hari, Puan Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

341 ahli PBB sertai PAS di Sadong Jaya

SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS. Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.

Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.

Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.

PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi (gambar atas), 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun kalah.

-Harakahdaily

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Luahan hati petugas Pas di Sarawak?

http://penyokongpas.wordpress.com

Kecil hati kalangan penggerak PAS di seluruh Sarawak kerana TG Nik Aziz tidak membekalkan ‘cukup’ wang untuk kami di sini. Duit sendiri sudah banyak keluar. Janji bahawa Anwar akan memberikan dana khas kepada PAS juga tidak kedengaran. Malahan, waktu penggerak PAS menelefon Azmin Ali pun; dia hanya sebut ‘nanti; nanti’.

Ada yang hina kita, kenapa perlu melutut kepada PKR; soalnya – kedudukan dah teruk. Berapa lama nak makan maggi?

Perjuangan memang perjuangan. Tapi kalau dah kedudukan sesak. Terpaksa juga menelefon Azmin. Pun tidak mampu juga nak bantu.

Selepas daripada ini kita kena pilih kalangan pimpinan PAS yang teguh ekonomi. Macam Husam. Kalau tidak payah kita. Bayangkan kalau semua kena bergerak di atas diri sendiri. Melingkup lah jawabnya.

TG Nik Aziz hanya bergerak di atas pentas DAP. Kata para sahabat di sini; apa jadi dengan kerusi yang ditandingi parti PAS? Wang RM15,000 yang diberikan kepada calon tidak banyak mana; kalau kita ikutkan kepada jentera dan bayaran-bayaran lain. Jentera di bawah langsung tidak merasa. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Solat Hajat Seluruh Negara Malam ini

KUCHING, 14 April:  PAS mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di Sarawak.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ni adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon PAS dan petugas PAS di Sarawak.

“Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Alhamdulillah, petugas PAS dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak,” ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, Mursyidul Am dan Presiden PAS telah mengarahkan semua ahli agar menunaikan solat hajat di seluruh negara malam ini.

Idris dalam kenyataannya menambah, semua penyokong PAS di seluruh negara hendaklah bermohon kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas parti selamat menjalankan tugas sepanjang pilihan raya ini.

“Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya,” ujarnya.

Menurutnya, PAS sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

-Harakahdaily

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

 

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) – iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) – Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba’kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Pengundi Tanjong Datu alu-alukan kehadiran PAS

Hazayani Zakaria
 

SANTUBONG, 11 April: PAS tidak silap membuat keputusan bertanding di N03 Dun Tanjong Datu apabila ternyata mendapat sokongan masyarakat setempat.

 

Meskipun PAS baru pertama kali bertanding di kawasan majoriti Melayu yang merupakan 53 peratus pengundi di Dun ini, namun sambutan yang diterima oleh masyarakat di sini sangat memberangsangkan.

Setakat hari kelima berkempen semalam, calon PAS, program Nani Sahari berjalan lancar dengan mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah di setiap kampung termasuk masuk ke rumah panjang kaum Iban.

Sokongan masyarakat Cina juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang sudi menawarkan premis kedainya untuk program PAS.

Di kalangan masyarakat Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan, mereka tidak terlalu terdedah kepada dunia luar apatah lagi isu-isu semasa sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan taraf ekonomi.

Namun apabila dijelaskan mengenai pentingnya pilihan raya dan sebab PAS bertanding, mereka menerima secara positif asalkan dapat membantu mereka dari sudut ekonomi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

PRN Sarawak: PAS arah solat hajat Khamis ini

Harakahdaily

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar mengadakan solat hajat memohon agar kemenangan memihak kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mereka mengarahkan agar solat hajat ini didirikan secara berkelompok atau bersaorangan pada 14 April ini iaitu hari Khamis malam Jumaat.

“Semua ahli PAS diarah menunaikan solat hajat ini dan memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan kepada calon PAS dalam pilihan raya Sarawak ini. Sebaik-baiknya ia diadakan selepas solat Isyak,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Lima calon PAS bersama calon PKR dan DAP sedang menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sekarang.

Calon-calon PAS yang bertanding adalah Adam Ahid (Sebuyau), Abang Ahmad Kardee (Beting Maro), Abang Eddy (Sadong Jaya), Noraini Hamzah (Muara Tuang) dan Nani Shaari (Tanjung Datu).

PAS mensasarkan untuk membuat pencapaian terbaik dalam pilihan raya Sarawak kali ini iaitu sekurang-kurangnya menghantar seorang wakilnya ke DUN Sarawak.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Wamg Tunai RM21 Juta – Hasil Rampasan Tanah Terbaru Untuk Saudara Taib!

Oleh Sarawak Report

Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.

Pada 18hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh Taib Mahmud. Berdasarkan siasatan dan kajian yang kami jalankan, kami mendapati saham mewah itu telah dibayar dengan wang tunai untuk saudaranya, Ibrahim Mahmud!

Ibrahim yang miskin?

Ibrahim sering dikatakan sebagai saudara Taib yang paling miskin, kerana dia melakukan kerja seperti kebanyakan orang dan memasuki pasukan polis. Menurut sumber dalaman dari kalangan keluarga Mahmud, bahawa mereka bersimpati dengan hidup Ibrahim kerana dia tidak kaya seperti saudara-saudaranya yang lain yang bergantung hidup pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.

Namun, kami telah mendapati bahawa Ibrahim kini menjadi semakin kaya menerusi syarikat Masretus Plantation, iaitu dari Tanah Negeri yang diserahkan oleh Taib kepadanya, dan kini Ibrahim sudah lebih dari selesa! Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Tahukah anda kekayaan Sarawak telah dimiliki siapa ?

Senarai Hasil Rompakan Keluarga Taib Mahmud

  1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud)
  3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
  6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
  7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli dan diugut

harakahdaily.net/

Nazri Abddullah 

Calun PAS Puan Nani Shaari
 

SANTUBONG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Calon p’raya Sarawak

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099

1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,585
Majoriti: 2,183

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 3,203

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488 Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 April 2011 in Berita Sabah Serawak

 

Pilihanraya Serawak – PKR Jangan tamak.

Dalam mengulas isu mengenai pembahagian kerusi antara PKR dan SNAP di Sarawak Saudara Aspan Alias menulis “Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus dengan DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?”

Biarpun Saudara Aspan Alias itu adalah seorang yang menyokong UMNO rasanya memang ada kebenaran dari apa yang ditulisnya itu tentang PKR, satu pandangan yang wajar diberikan perhatian dan penilaian yang serius oleh pimpinan PKR.

Bagi aku pula.. Kenyataan itu hanya menunjukkan kepada rakyat Sarawak apa yang dimaksudkan oleh Kuasa Autonomi yang telah dijanjikan oleh pemimpin PKR kepada Sarawak jika Pakatan Rakyat Berjaya menguasai Putrajaya.

Dalam isu Pilihanraya Sarawak Mengapa PKR tidak boleh mencontohi DAP yang hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN dan begitu tamak hingga mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak.

Memang PKR perlu lebih banyak kerusi untuk membolehkan salah seorang pemimpinnya dinobatkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat Berjaya ke Putrajaya, tapi salahkah jika SNAP diberikan keutamaan di Sarawak dalam menentang Barisan Nasional Sarawak, sedangkan SNAP telah berada lama di bumi Sarawak dan SNAP sendiri telah berjuang untuk rakyat Sarawak lebih lama dari PKR. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mac 2011 in Berita Sabah Serawak