RSS

Category Archives: FIQAH ISLAM

Kad kredit adalah riba!

Menurut web terbabit, sebagaimana pernah disebut Profesor Undang-Undang, Universiti Havard, Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Warren, kad kredit adalah sama seperti ah long (loan shark).

Mungkin sudah ramai mengetahui dan mengakui bahawa kad kredit adalah sejenis riba. Namun, tidak ramai mempunyai kekuatan untuk mengelak daripada terus menggunakannya.

Zaharuddin.net dalam posting terbaharunya sekali lagi menegaskan dan mengingatkan bahawa kad kredit adalah riba!

Menurut web itu, kedudukan kad kredit sebagai riba sudah diputuskan menerusi fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

“Hubungan di antara pengguna dan pengeluar kad adalah hutang. Pihak pengeluar akan membayar jumlah pembelian yang dibuat kepada penjual (peniaga).

“Kemudian, sebagai balasan, pihak peniaga perlu membayar kepada pengeluar kad sebanyak satu peratus hingga tiga peratus dari jumlah barang yang dibeli sebagai komisyen, manakala pengguna pula perlu membayar semula hutang tadi berserta caj riba yang mahal, iaitu 17.5 peratus setiap tahun,” catat zaharuddin.net. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Piala Dunia – Mempercayai Ramlan Sotong adalah Syirik (menyesatkan)

Oleh: ustnik


“Peribahasa Melayu lama sebut otak udang untuk menggambarkan kebodohan seorang atau cara berfikirnya. Ada peribahasa baharu semenjak dua menjak ni iaitu otak sotong. Mungkin Kamus Dewan boleh membuat tafsirannya iaitu seorang yang sentiasa tepat meramalkan sesuatu. Nama Paul tiba-tiba muncul dalam arena bolasepak dunia. Entah bila si sotong kurita ini minat dengan bola.

Manusia yang diberi akal menjadi lebih bodoh dari seekor sotong tidak berakal. Para jurugambar berebut-rebut merakamkan si sotong Paul memilih pasukan favouritenya. Kalau hanya bodoh boleh tahan lagi. Yang tak boleh tahan dan membahayakan aqidah ialah apabila ada orang Islam yang terpengaruh dengan kebodohan dan syirik ala World Cup ini.

Bukan sahaja sotong, burung merpati di Singapura dan para dukun di benua Amerika Selatan turut meramalkan samada Sepanyol atau Belanda yang akan menjadi johan Piala Dunia. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Betapa ramainya lelaki menjadi DAYUS

Secara mudahnya cuba kita lihat apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Zakat pendapatan@gaji, wajibkah?

Apakah Zakat pendapatan?

Antara perkara baru berkaitan dengan zakat yang sering dipersoalkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia pada hari ini ialah tentang zakat pendapatan. Ada sebahagian yang mempersoalkannya dan enggan mengeluarkan zakat pendapatan dengan cara potongan gaji setiap bulan kerana mendakwa bahawa ia tiada di dalam hukum syarak dengan merujuk kepada syarat ‘haul’ dalam zakat.

Manakala sebahagian yang lain menerimanya dengan alasan, lebih baik mengeluarkan zakat daripada membayar cukai.

Secara umumnya pada hari ini sumber pendapatan seseorang adalah dalam bentuk gaji bulanan atau upah kerja harian hasil dari kerja atau titik peluhnya. Ia merangkumi elaun, bonus, wang pencen, graduiti dan lain-lain.

Hasil yang diperolehi dari perladangan seperti getah dan sawit juga turut termasuk di bawah pengertian pendapatan. Ia turut merangkumi berbagai bidang pekerjaan samada di bawah institusi kerajaan mahupun swasta seperti guru, pensyarah, doktor, peguam, hakim dan sebagainya. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di 7 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Fatwa – Kewajipan mengundi dalam Pilihanraya

Askum warahmatuLlah
Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi): “ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya…” (Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”. (Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”. (Surah al-Ma’idah: Ayat 51) Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Hukuman Berzina dengan Isteri Orang

Assalamu’alaikum ustadz

saya ingin bertanya apa hukumnya bila seseorang berzina dengan seorang wanita yang bukan istrinya dan apakah dosanya akan diampuni oleh allah ?

terima kasih ustadz atas pencerahannya.

Zina termasuk diantara dosa-dosa besar yang diharamkan Allah swt baik dilakukan oleh seorang yang belum menikah maupun yang sudah menikah, sebagaimana firman Allah swt :

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra : 32)

Imam Bukhori meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda: “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu? Beliau bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, memakan riba, makan harta anak yatim, kabur dari medan peperangan dan menuduh seorang wanita mu’min yang suci berbuat zina”. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Julai 2010 in FIQAH ISLAM, SOAL JAWAB AGAMA

 

Piala Dunia: Antara Konspirasi dan Sportifitas Olahraga

Diskusi Akbar Nasional
Kajian Zionisme Internasional (KaZI)

Medio tahun 2010 ini jutaan pemirsa dan penggemar sepakbola di seluruh penjuru dunia akan dimanjakan dengan tayangan spesial kesayangan mereka yaitu Piala Dunia 2010 yang rencananya akan digelar di Afrika Selatan. Ajang pertandingan sepakbola paling bergengsi di dunia ini akan berlangsung dari tanggal 11 Juni hingga 11 Juli 2010 mendatang. Setiap negara akan menampilkan tim terbaik mereka dengan harapan dapat mengharumkan nama negara masing-masing.

Ajang Piala Dunia adalah ladang bisnis luar biasa besarnya dengan keuntungan yang juga luar biasa besar. Terlebih bagi negara tuan rumah, hajatan akbar ini akan menghasilkan devisa negara melimpah dari perusahaan-perusahaan sponsor tingkat dunia, pariwisata, layanan jasa transportasi dan lain-lain. Namun, di balik gemerlapnya lampu-lampu stadion dan riuh-rendahnya sorak-sorai penonton, ada sisi-sisi kelam Piala Dunia khususnya dan Dunia Perspakbolaan pada umumnya, yang tak kasat mata atau minimal tak disadari oleh khalayak pemirsa. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Julai 2010 in FIQAH ISLAM

 

Hukum Menonton Bola Sepak

[ Dr.Haji M.Taufiq Q. Hulaimi, MA Med – Direktor Ma’ahad Aly An-Nuaimy, Jakarta ditanya oleh seorang pembaca pada ruangan Konsultasi Agama di Majalah Sabili mengenai hukum menonton bola sepak khasnya sempena perlawanan Piala Dunia sekarang. Berikut adalah jawapan beliau yang disiarkan pada ruangan tersebut di Sabili edisi 8 Julai 2010 / 25 Rejab 1431 ]

Sepak bola tidak pernah dibicarakan dalam buku-buku fiqh klasik. Olahraga ini termasuk nawazil (hal-hal baru). Berdasarkan kaedah fiqh iaitu ‘al-aslu fil asyyaa al-ibahah’, maka hukum menonton sepak bola adalah harus. Adapun sebahagian ulama’ yang mengharamkannya lebih disebabkan kerana ada hal-hal lain yang mengiringi sepak bola. Antaranya adalah: Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Jun 2010 in FIQAH ISLAM, SOAL JAWAB AGAMA

 

Siapa Ulama` yang Jahat

http://arruhuljadid86.blogspot.com/

Dalam pengajian mingguan tanggal 7 Jan lalu, kami sama-sama berdiskusi mengenai ayat 27-28 dari Surah Fathir. Pada ayat 28 dinyatakan oleh Allah bahawa:

“Sesungguhnya manusia yang paling takut kepada Allah di kalangan hambaNya adalah para ulama”.

Kami saling berkongsi pandangan mengenai ta’arif ulama’. Ianya perlu diteliti dengan baik berikutan berlakunya fenomena pada hari ini adanya orang yang baru memahami sebuah dua kitab atau ilmu, lalu sudah mengaku sebagai ulama’ atau berlagak seperti ulama’ dalam berkomentar atau mengemukakan pandangan.

Kedua, munculnya manusia yang memang dikenali sebagai ulama’, namun gerak langkahnya tidak menggambarkan langsung beliau adalah ulama’.

Giliran saya memberi pandangan, saya katakan bahawa ayat 28 Surah Fathir ini sebenarnya sudah cukup untuk kita jadikan asas dalam membuat penilaian siapakah itu ulama’. Ada dua hal penting dari ayat ini yang bisa kita dapatkan.

Pertama, kalimah ‘ulama’ telah memberi pengertian ‘seorang yang berilmu’ dalam bidang agama. Bahagian-bahagian agama itu sangat banyak seperti Tafsir, Hadith dan seumpamanya. Jika kealimannya khusus dalam bidang Tafsir, maka ia disebut sebagai ulama’ Tafsir. Begitulah pada ilmu-ilmu lain. Memanglah jelas perbezaan antara para ulama’ yang hidup hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan ulama’ yang hidup pada zaman ini. Semakin dekat mereka dengan zaman Nabi, maka semakin pakarlah mereka dalam semua hal-hal keagamaan. Tidak hairanlah jika seorang ulama pada saat itu bukan hanya alim dalam satu bidang, tetapi juga dalam bidang-bidang lain. Merekalah ahli Ushuluddin, mereka jugalah ahli Tafsir, ahli Fiqh dan sebagainya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Jun 2010 in FIQAH ISLAM

 

Zakat dibayar Bulanan dan dibayar Tahunan?

Diwajibkan bagi setiap muslim untuk mengeluarkan zakat bagi hartanya berdasarkan firman Allah swt :

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ

Artinya : “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka.” (QS. At Taubah : 103)

Serta sabda Rasulullah saw kepada Muadz bin Jabal tatkala dikirim ke Yaman,”Jika mereka menaatimu maka beritahukan mereka bahwa Allah swt telah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan kepada orang-orang miskin diantara mereka.” (Muttafaq Alaih) Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 18 Jun 2010 in FIQAH ISLAM

 

Sedekah Yang Paling Afdhol

oleh P Ust. Ihsan Tandjung

Dalam sebuah hadits terdapat penjelasan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengenai aktifitas bersedekah yang paling utama alias afdhol.

Tidak semua bentuk bersedekah bernilai afdhol. Bagi orang yang berusia muda dan sedang energik tentunya bersedekah memiliki nilai lebih tinggi di sisi Allah daripada bersedekahnya seorang yang telah lanjut usia, sakit-sakitan, dan sudah menjelang meninggal dunia.

Untuk itulah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memberikan gambaran kepada ummatnya mengenai sedekah yang paling afdhol.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَجُلٌ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ حَرِيصٌ

تَأْمُلُ الْغِنَى وَتَخْشَى الْفَقْرَ وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ

قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَانٍ

“Seseorang bertanya kepada Nabi shollallahu ’alaih wa sallam: “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling afdhol?” Beliau menjawab: “Kau bersedekah ketika kau masih dalam keadaan sehat lagi loba, kau sangat ingin menjadi kaya, dan khawatir miskin. Jangan kau tunda hingga ruh sudah sampai di kerongkongan, kau baru berpesan :”Untuk si fulan sekian, dan untuk si fulan sekian.” Padahal harta itu sudah menjadi hak si fulan (ahli waris).” (HR Bukhary) Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Mei 2010 in FIQAH ISLAM, TAFSIR HADITS

 

Menghalang fungsi masjid bererti meruntuh masjid

Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 Surah Al-Baqarah bermaksud:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.”

Para mufassirun atau ulama-ulama tafsir khilaf (berselisih pendapat) dalam menyatakan sebab nuzulnya atau sebab turunnya ayat 114 surah al-Baqarah di atas.

Mengikut riwayat al-Kalbi daripada Ibnu Abbas katanya, ayat ini bersempena dengan serangan Putlos iaitu seorang Maharaja Rom ke atas Masjid Al-Aqsa, lalu masjid itu dirobohkan.

Mengikut satu riwayat yang lain daripada Qatadah, sebab turun ayat ini bersempena dengan serangan Bakhtanuso ke atas masjid tersebut di mana rumah Allah itu dibakar hangus. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Mei 2010 in FIQAH ISLAM, MINDA PEMIMPIN

 

6 Ulama’ Hadith Terkemuka

Berikut adalah biografi singkat 6 ulama’ hadith terkemuka yang kitab-kitab hadith mereka disebut sebagai Sunan Sittah ( 6 Sunan). Dalam ilmu Hadith, dinyatakan bahawa, hadith yang paling sohih adalah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

1) Imam Bukhari

Nama asalnya adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah Al-Bukhari. Lahir di Bukhara pada tahun 194 Hijrah / 810 Masihi. Lokasi sekarang iaitu Uzbekistan. Beliau meninggal dunia di Hartank (salah satu kawasan desa di Samarkhand) pada tahun 256 Hijrah / 870 Masihi.

Imam Bukhari adalah ilmuan Islam dan penghafaz hadith Rasulullah s.a.w. Antara kitab-kitabnya adalah Jami’ As-Sohih (Sohih Al-Bukhari), At-Tarikh dan Ad-Dhuafa’. Pada tahun 210 Hijrah, dia bermusafir jauh untuk mencari Hadith. Beliau mengunjungi Khurasan, Iraq, Mesir dan Syria. Dia belajar Hadith dari 1000 orang guru dan mengumpulkan sekitar 600,000 hadith. Dari jumlah tersebut, dia memilih perawinya yang thiqah sahaja untuk ditulis dalam kitab Sohihnya. Di dalam kitab tersebut terdapat 7562 buah hadith. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Mei 2010 in FIQAH ISLAM

 

Penjelasan tentang Khawarij

Ustadz Sigit Pranowo, Lc. al-Hafidz

Gambar hiasan YB Zul

Khawarij adalah kelompok yang muncul pada waktu Perang Shiffin ketika Ali dan Muawiyah menyetujui penunjukan dua orang hakim penengah guna menyelesaikan pertikaian diantara keduanya.

Sebenarnya sampai saat itu mereka adalah para pendukung Ali namun kemudian secara tiba-tiba mereka berbalik ketika berlangsungnya tahkim, dan berkata kepada kedua kelompok tersebut,”Kalian semuanya telah menjadi kafir dengan memperhakimkan manusia sebagai ganti memperhakimkan Allah diantara kalian.”

Beberapa waktu kemudian mereka makin menjadi orang-orang yang sangat ekstrim dalam pendapat-pendapat mereka dan sangat jauh melewati batas. Dan karena watak mereka itu lebih cenderung kepada kekerasan, maka mereka menyerukan memerangi setiap orang yang berlawanan dengan mereka dan melakukan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan yang zhalim (tidak sah).

Oleh sebab itu, untuk waktu yang lama sekali mereka telah membangkitkan keonaran dimana-mana dan lebih cenderung membunuh dan menumpahkan darah sampai saat mereka dapat dimusnahkan di zaman kekuasaan Bani Abbas. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 April 2010 in FIQAH ISLAM

 

Hukum di pecat dalam Harakah Dakwah

Jama’ah memiliki dua pemahaman yaitu dari aspek itiqodiy (aqidah) dan dari aspek siyasi (politik). Dari aspek itiqody berarti bahwa jama’ah itu diharuskan mengikuti manhaj ahlus sunnah wal jamaah.

Sedangkan dari aspek siyasi bahwa keikutserataan mereka didalam jama’ah tersebut berada dibawah sebuah aturan atau sistem yang ditetapkan oleh jama’ah tersebut serta berkomitmen dengan prinsip-prinsipnya didalam perkara-perkara yang tidak maksiat kepada Allah swt dan tidaklah keluar darinya kecuali dikarenakan adanya kekufuran yang nyata demi menjaga keberlangsungan jamaah.

Sebagaimana diketahui bahwa setiap jama’ah atau harokah da’wah yang ada hari ini hanyalah satu diantara sekian banyak jama’ah atau harokah da’wah yang bertujuan membentengi kaum muslimin dari serangan musuh-musuhnya serta mengembalikan kejayaan kaum muslimin kedalam satu pemerintahan islam (khilafah islamiyah). Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mac 2010 in FIQAH ISLAM