RSS

Category Archives: ISU FELDA

WASIAT TUN RAZAK: PENEROKA itu TUAN, FELDA itu HAMBA

Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud, @29012013

Razali terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00 selepas 8 tahun ladangnya ditanam semulaAlmarhum Tun Razak memberitahu saya sejak 27/4/1960, bahawa Kerajaan berhasrat memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah (giving land to the landless). Menginsafi kemelaratan dan kemiskinan hidup rakyat 3 tahun selepas merdeka, Tun Razak memberitahu saya bahawa tanah-tanah tersebut akan diberikan secara sistem “hire-purchase”. Dengan kata lain secara sewa-milik. Pada akhirnya, mengikut wasiat Tun Razak, selepas membayar keseluruhan hutang dalam sistem sewa-milik, maka tanah-tanah itu hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh peneroka. Dimiliki secara mutlak oleh peneroka. Sebab itu Seksyen 47 Akta GSA dimasukkan dalam Akta itu. S. 47 GSA terang dan jelas, untuk membebaskan tanah itu dari kongkongan Akta GSA. Tanah yang diberi Geran Hakmilik tidak lagi tertakluk kepada Akta GSA. Tanah itu sama dengan tanah-tanah lain diluar kawasan Rancangan Felda, yang dikawalselia oleh Kanun Tanah Negara 1965. Segala sekatan kepentingan (restriction in interest) ke atas tanah itu juga hendaklah dianggap sekatan kepentingan di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Dalam keadaan sedemikian, kuasa eksekutif ke atas tanah-tanah yang telah diberi hakmilik adalah terletakhak kepada Kerajaan Negeri. Ya. Kerajaan Negeri, melalui Pejabat Tanah. Bukan Felda. Itulah wasiat Tun Razak, yang dimaklumkan kepada saya pada 27/4/1960 – melalui Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat.

Seksyen 47 (d) Akta GSA menyatakan:-

(a) Express condition and restrictions in interest endorsed on the document of title shall continue to run with the land until amended or rescinded pursuant to subsection (4) and shall be deemed to be expressed conditions and restrictions in interest imposed under the National Land Code.

Ini selaras dengan penegasan Tun Razak di Dewan Rakyat pada 27/4/1960:-

“Once title has been granted, the land ceases to be State Land……………..”

Setiap peneroka yang menyertai Rancangan Felda akan menandatangani 2 set perjanjian – Surat Perjanjian Peneroka dan Perjanjian Tambahan. Adalah diperhatikan bahawa kedua-dua perjanjian tersebut merujuk kepada hal keadaan penyertaan awal peneroka “sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan surat Hakmilik”. Surat Perjanjian Peneroka, adalah perjanjian asas untuk diterima sebagai peneroka. Peneroka akan hanya didaftarkan sebagai “seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan Surat Hakmilik”, selepas satu Perjanjian Tambahan ditandatangani oleh peneroka. Ini selaras dengan Fasal 15 Perjanjian Peneroka yang memperuntukkan seperti berikut:-

“15. Apabila Perjanjian Tambahan ditandatangani, Lembaga akan mendaftarkan Peneroka sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan Surat Hakmilik bagi satu kawasan yang tidak dibelah bahagi seluas lebih kurang 14 ekar daripada Kawasan Rancangan yang ditanam dengan sawit dan lebih kurang ¼ ekar daripada Kawasan Rancangan untuk Lot Rumah”.

Selanjutnya, Frasa “sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan surat Hakmilik” ada terkandung pada 12 tempat dalam Perjanjian Tambahan iaitu pada baris 6, Fasal 1, 2, 3, 5, 6, 9, 11, 17, 21, 22 dan 23.

Berdasarkan Perjanjian Tambahan, adalah jelas diperuntukkan seperti berikut:-

2. Tertakluk kepada pertimbangan cara-cara dan syarat-syarat yang ternyata dalam Perjanjian Tambahan, FELDA akan mendaftarkan Peneroka sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan Surat Hakmilik mengikut Seksyen 12(1) dalam Akta mengenai Tanah itu;

4. Perjanjian Tambahan hendaklah disifatkan sebagai dipinda seperti berikut:-

[c] Perkataan “Seksyen 35(4)” dibaris 3 dalam Fasal 1 hendaklah disifatkan sebagai telah dipotong dan digantikan dengan perkataan “Seksyen 12(1)”.

Oleh itu, jelas sekali keseluruhan 2 set perjanjian antara Peneroka dan Felda adalah HANYA berkaitan dengan penyertaan awal sebagai peneroka, sebelum Surat Hakmilik dikeluarkan.

Perjanjian-perjanjian tersebut dengan jelas merujuk kepada perjanjian di bawa Seksyen 12(1) Akta GSA yang merujuk kepada “Occupation In Expectation Of Title”, iaitu kependudukan sebelum mendapat hakmilik dan dalam jangkaan untuk mendapatkan hakmilik.

Oleh itu, selepas Surat Hakmilik dikeluarkan kepada Peneroka, maka perjanjian-perjanjian tersebut telah terhenti berkuatkuasa atau discharged by performance atas alasan-alasan berikut:-

1. Asas kepada kedua-dua perjanjian tersebut adalah sebagai instrumen mengawal selia kemasukan peneroka “sebagai seorang penduduk yang kelak akan dikurniakan surat Hakmilik”;

2. Perjanjian-perjanjian tersebut dibuat/sandarkan kepada Seksyen 12(1) Akta GSA iaitu “Occupation In Expectation Of Title”, – pendudukan sebelum mendapat hakmilik dan dalam jangkaan untuk mendapatkan hakmilik;

3. Selepas Surat Hakmilik dikeluarkan, dengan sendiri substance atau pati kepada perjanjian tersebut telah dipenuhi dan oleh itu perjanjian tersebut telah berakhir/dan tidak lagi berkuatkuasa – discharged by performance;

4. Selepas maksud kepada S.12(1) Akta GSA dipenuhi dengan pemberian Surat Hakmilik, maka S. 12(1) sudah tidak lagi terpakai dan menjadi akademik;

5. Seksyen 47 Akta GSA dengan jelas memperuntukkan bahawa tanah-tanah tersebut adalah milik individu Plaintif-Plaintif yang dikawal selia oleh Kanun Tanah Negara 1965;

6. Seksyen 47 juga memperuntukkan bahawa apa-apa sekatan kepentingan atas Surat Hakmilik hendaklah dianggap sebagai sekatan kepentingan di bawah Kanun Tanah Negara 1965;

Analogi Mudah – bagi sesuatu Perjanjian Sewa Milik (Hire Purchase), contohnya membeli kereta, maka selepas selesai keseluruhan urusan dibawah perjanjian tersebut – selepas pembayaran penuh harga beli termasuk faedah bank, maka dengan sendirinya sesuatu Perjanjian Sewa Milik tersebut akan berakhir/terhenti berkuatkuasa – discharged by performance. Ini adalah kerana objektifnya telah dicapai dan tanggungjawab pihak-pihak kepada perjanjian telah dipenuhi.

Hal yang sama berlaku dalam konteks perjanjian peneroka dan Felda. Jelas sekali perjanjian dibuat di bawah Seksyen 12(1) Akta GSA iaitu pemilikan sebelum mendapat hakmilik. Selepas hakmilik diberikan, sudah tentu Seksyen 12(1) tidak lagi terpakai. Keseluruhan terma-terma perjanjian juga (yang banyak menekankan kepada “penduduk yang kelak dikurniakan hakmilik”) telah tidak lagi terpakai. Maka dengan sendirinya perjanjian tersebut berakhir dan tidak lagi berkuatkuasa.

Tun Razak juga memberi pesan bahawa dalam usaha memberikan tanah-tanah itu kepada rakyat yang tiada bertanah, Felda dan Kerajaan boleh berniaga. Felda ditubuhkan pada 1/7/1956, setahun sebelum Merdeka, dan hampir 4 tahun sebelum Akta GSA digubal. Benar. Felda telah berniaga untuk satu pusingan. Bermodalkan dana dari Bank Dunia, Felda dilantik menjadi Pengurus, mendahulukan modal untuk membangunkan tanah-tanah peneroka, dan mengenakan caj perkhidmatan, upah dan kadar faedah yang tinggi. Untuk satu pusingan hutang BK (Bayaran Kembali), peneroka mengambil masa selama 20 – 25 tahun untuk menyelesaikannya.

Kerajaan Negeri juga berniaga. Dengan cara mengenakan bayaran premium ke atas setiap inci tanah yang diberikan kepada peneroka. Selepas diberikan Hakmilik, Kerajaan Negeri mengutip hasil melalui cukai tanah. Itu perniagaan yang jelas. Yang nampak! Tetapi nun di sana sumbangan peneroka lebih besar. Kemasukan berbondong-bondong kumpulan peneroka untuk mendiami hutan belantara, yang sebelum itu didiami oleh binatang buas dan komunis, telah ternyata menjadi teras kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk memajukan sesebuah kawasan hutan belantara dengan pusat ekonomi dan dengan itu akan membiakkan industri hiliran. Maka tumbuhlah pekan-pekan kecil yang menjana ekonomi rakyat sehingga kini.

Pada pemerhatian saya, kumpulan peneroka adalah pejuang asal yang memajukan ekonomi negara ini sejak selepas merdeka. Negara kita tidak punyai hasil lain. Kecuali hasil pertanian. Justeru peneroka sepatutnya dilayan seperti TUAN, dan bukan sebagai HAMBA. Selepas tamat satu pusingan hutang-hutang BK dijelaskan sepenuhnya, dan Hakmilik diberikan, maka peneroka sepatutnya dibebaskan dari rejim GSA. Felda perlu berundur dari kawasan Rancangan. Isytiharkan kawasan Rancangan itu sebagai kawasan perkampungan. Kampung Kemahang. Kampung Aring. Kampung Jengka. Kampung Air Tawar. Kampung Bukit Ramun. Keluarlah Felda, keluarlah dari kawasan Rancangan itu sepenuhnya. Berikan kebebasan kepada peneroka. Setiap inci bumi itu sudah menjadi milik mereka. Mereka Tuan, kepada harta mereka. Usahlah lagi mencari helah untuk terus berlagak sebagai Tuan kepada peneroka sehingga kiamat!

Pelik bukan. Selepas peneroka diberikan geran tanah, mendapat hakmilik mutlak, Felda masih bertenggek di situ. Memaksa peneroka untuk menerimanya mereka sebagai Tokey, sebagai Tuan. Mengaut untung dan menghisap darah peneroka atas hasil ladang mereka. Benar. Dalam mana-mana sistem perniagaan, khidmat orang tengah, broker, peraih, selalunya akan menyedut hasil dan pendapatan petani-petani dengan rakusnya.

Kedudukan Felda dalam kawasan Rancangan tidak lebih daripada orang tengah, peraih dan broker, untuk mengaut hasil sawit peneroka. Peneroka menjual sawit secara paksa. Mereka tidak diberi pilihan, untuk memilih kilang mana yang harganya lebih tinggi. Mereka dipaksa hantarkan buah sawit ke kilang Felda, dan tunggulah bayaran pada hujung bulan. Bila dilihat “paysheet” bulanan, berbelas-belas potongan dibuat oleh Felda.

Cuba bayangkan senario ini. Tiada orang tengah yang mengaut hasil jualan sawit. Peneroka potong buah. Peneroka angkut buah ke kilang. Peneroka jual. Dapat duit, cash lagi. Peneroka boleh pilih kilang mana yang dia suka, yang pastinya lebih mahal. Pulangan hasil lebih lumayan. Peneroka selenggara sendiri ladang mereka, tidak perlu upah kontraktor yang dilantik Felda. Peneroka tanam sendiri ladang mereka (untuk pusing kedua). Pilih sendiri kontraktor, atau pilih untuk tanam sendiri. Beli baja sendiri. Racun tikus sendiri. Bela burung hantu sendiri. Tentunya mereka lebih bermotivasi, kerana kemalasan mereka akan diterjemah dalam bentuk pengusutan hasil bulanan. Paling penting, setiap sen hasil sawit yang dijual, semuanya milik mereka. Sudah tentu mereka akan kaya raya. Bila peneroka kaya raya, kuasa beli meningkat. Ekonomi negara pastinya lebih mansang! Perlu diingat, anak-anak peneroka ini ramai. 7 – 10 orang anak satu keluarga adalah perkara biasa. Maklum sajalah, balik dari ladang, apa lagi kerja mereka. Selain mengoles isteri tercinta!!!

Tapi kini dunia terbalik, yang diperkasakan oleh pembesar negeri ini, ialah Felda. Sedang Felda itu sifatnya hanya broker dan peraih. Orang tengah. Sesudah hutangnya bersama untung dibayar sepenuhnya oleh peneroka, mereka masih bertenggek di situ. Mengaut untung atas angin hasil keringat dan peluh mereka. Pendapatan peneroka hanya RM1,500 – RM2,000-00 sebulan. Anak 10. Akhirnya walau memiliki ladang sawit seluas 10 ekar, peneroka tidak ubah kais pagi makan pagi, kais petang untuk malamnya. Sejak merdeka hinggi kini, peneroka masih miskin tegar.

Sedang Felda itu kaya raya. Pengerusinya dibayar elaun puluhan ribu setiap bulan. Pembesar-pembesarnya lena diulit kerusi empuk di pejabat, dengan elaun bulanan belasan ribu. Duit Felda berbillion-billion (dulu la…..). Ramai Tuan-tuan politik melobi sana sini nak jaga Felda. Nak jadi Menteri yang jaga Felda. Nak jadi lembaga pengarah kepada anak syarikat Felda. Anak syarikat lingkup tidak mengapa, janji pengarah dapat elaun yang lumayan. Kemewahan dan pembaziran merebak ke serata alam. Namun peneroka, kelam dan terus kelam!!!

Kini tiba musim pilihanraya. Maka ramailah tuan-tuan politik yang suka mengungkit. Dipaksa dan diugutnya peneroka untuk ucap terima kasih kepada tuan-tuan politik. Sudah tentu ucapan terima kasih itu membawa maksud sokongan terbuka kepada pemerintah, dan mengundi parti pemerintah. Jelek kita melihatnya. Diungkit ke serata alam kononnya tanpa mereka, siapalah peneroka. Tanpa pembesar itu dan ini, peneroka tak dapat kemewahan seperti hari ini. Mewah ke peneroka??? Padahal peneroka dapat apa yang mereka dapat bukan percuma. Sama macam membeli kereta secara sewa milik, lepas habis hutang, baru jadi pemilik mutlak. Peneroka pun begitu, semua proses pembangunan ladang dan kemudahan infrastruktur dibayar peneroka, termasuk faedah, upah, caj perkhidmatan bahkan ketirisan dan pembaziran yang dilakukan oleh tuan-tuan politik. Semua gaji Pak-pak Menteri Felda dibayar oleh peneroka. Gaji pengerusi dibayar oleh peluh peneroka. Gaji keseluruhan kakitangan Felda dan para pengampu tuan-tuan politik, juga disara oleh peneroka. Apalagi yang perlu diucapkan terima kasih? Siapa yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada siapa? Sememangnya ucap terima kasih itu baik! Menghargai pertolongan sesama insan juga baik. Orang berbudi, kita berbahasa!! Tetapi usahlah dipaksa dan diugut, agar semua peneroka berterima kasih kepada Ketua Peraih, yang mengaut keuntungan atas keringat peneroka.

Bertentangan dengan Wasiat Tun Razak, selamanya peneroka dilayan seumpama Hamba!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Januari 2013 in ISU FELDA

 

Bayar balik saham FGVH: Felda tipu peneroka?

http://selamatkanpahang.blogspot.com/

TEMERLOH: Surat perjanjian pinjaman Bank yang ditandatangani sebagai jaminan membayar semula pinjaman saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) sebanyak RM50 sebulan kepada Felda, mula menimbulkan keraguan kepada peneroka.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, terdapat beberapa keraguan dalam perjanjian setebal 27 muka surat itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan aset peneroka terpaksa digadaikan jika saham FGVH terus menanggung kerugian.

“Satu surat telah dikeluarkan kepada peneroka meminta mereka membayar semula wang pinjaman sebanyak RM3,812.23. Ini adalah pinjaman pokok yang perlu dibayar untuk 800 unit saham FGVH yang belum diambil kira bunganya lagi. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 29 Januari 2013 in ISU FELDA

 

Himpunan Oren Dari Ibu Pejabat FELDA

 
1 Komen

Posted by di 29 Disember 2012 in ISU FELDA

 

KPF BAKAL LINGKUP?

Oleh MAZLAN ALIMAN

Isa Samad semakin terdesak. Saham FGVH berada dalam keadaan yang tidak stabil.
PRU 13 makin dekat. Peneroka Felda marah kena bayar pinjaman
saham FGVH. Kakitangan Felda yang buat loan puluh ribu lagi marah. Tanggung rugi dan kena bayar pinjaman kpd Bank tiap bulan. harga sawit jatuh teruk, penoreh getah pun merungut juga.

Tiada pilihan lain, KPF mesti diambilalih sebelum pilihanraya. Harapnya, jika FGVH kuasai KPF, harga saham FGVH akan naik semula. Pengundi Felda akan kekal setia bersama BN.

Konspirasi tertinggi dengan restu PM dimulakan. Ismail Sabri Yaakob, Menteri yang jaga Koperasi hantar sms kpd Datuk Hj Md Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM; agar keluar surat kepada KPF, Mesyuarat Agung Perwakilan KPF pada 20 Jun 2012 lalu tidak sah.

Alasannya, Mesyuarat Agung 20 Jun ada pertikaian oleh perwakilan mengenai isu laporan kewangan. Alasan tidak masuk aqal, semata2 atas kehendak Ismail Sabri dan Isa Samad. SKM keluarkan surat kepada Pengerusi dan ALP KPF bertarikh 4 Dis, perintah mengadakan semula Mesyuarat Agung KPF pada 27 Dis 2012. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 10 Disember 2012 in ISU FELDA

 

Bergaduh kerana RM5000 yang diperoleh oleh anak peneroka

Oleh: Dukunpasir

Seminggu dua ni, dimana mana rancangan Felda yang berhampiran dengan bank pasti penuh sesak dengan anak anak peneroka yang mahu mengeluarkan atau menyimpan duit durian runtuh RM5000.

Tadi pun penulis terpaksa membatalkan hajat di bank kerana keadaannya amat sesak. Walaupun begitu Penulis Lega kerana dapat melepaskan HAJAT DI tandas bank saja tadi ………Miahahaha.

WANG RM5000 yang diperoleh oleh anak peneroka membawa kita kepada beberapa adegan dan ayat yang sedang dan pasti berlaku. Bukan bermakna tidak BERSYUKUR tetapi sekadar ingatan buat kita DUIT MERUBAH SEGALANYA.

KERANA RM5000 MEREKA INI…..

“Ramli… Aku sesat ni…. mana simpang jalan nak masuk rumah MAK?. Tanya seorang anak pada adiknya setelah hampir 20 tahun tidak pulang ke Felda tempat dia dibesarkan oleh emak dan ayahnya.

” Along dah ambil cek belum? Minggu depan aku nak cuti nak balik sana”. Tanya seorang lagi anak pada kakaknya yang sebelum ni SUSAH NAK BALIK ATAS ALASAN sibuk dan SUSAH NAK DAPAT CUTI Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 November 2012 in ISU FELDA

 

Saham FVGH – KWSP Dan KWAP Spekulator Pasaran

Oleh R.C.

Salam. Saya mengunjungi laman Web Bursa Saham. Amat terkejut didapati KWSP dan KWAP menjadi spekulator dan support bagi menjaga nilai saham FVGH dipasaran terbuka.

Saya mohon pihak tuan mengunjugi laman [sila_klik] dan lihatlah satu persatu diruangan view. saya juga mohon save dan print dokument sebelum dihilangkan.

Sila ke http://feldaglobal.com/bursa_announce.php

Sekian. Terimakasih

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 November 2012 in ISU FELDA

 

Gambar-gambar kecoh Kembara Oren di Felda Lawin Selatan, Gerik

Blog Ajijoi

Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.

Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.


Haji Razman (berbaju dan berkopiah putih) sedang berbincang dengan anggota Rela dan peneroka Felda yang menghalang kemasukan peserta Konvoi Kembara Oren Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2012 in ISU FELDA

 

Anak Peneroka mengamuk

Oleh: DukunPasir

“Isu Peneroka Felda biarlah anak peneroka sendiri yang mengulas kerana anak Penerokalah yang melihat segalanya.

Bukan anak Peneroka yang balik sekali sekala bila Raya atau cuti bekerja DAN TIDAK MUNGKIN akan menjenguk Ladang Sawit atau Getah MAK AYAH MEREKA …..Lebih teruk lagi anak Peneroka ini tidak pernah bertanya ibu bapa mereka tentang hal ehwal Ladang…

Mereka cuma bertanya bila Kerajaan melalui agensi Felda umumkan ADA BONUS untuk anak Peneroka ….barulah mula bertanya!! Tetapi IANYA ADALAH anak Peneroka yang tinggal dan menguruskan hal ehwal Ladang dari kedua orang tua….Inilah sebenarnya Anak Peneroka yang tahu segalanya, bukan tahu DARI PEMBANGKANG, bukan juga menerima BULAT BULAT APA YANG DIKATAKAN FELDA .

INGATLAH ANAK PERENOKA BUKAN LAH MUDAH LAGI UNTUK DITEROKA MINDA DAN FIKIRAN MEREKA BAIK DARI PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN , Kami juga boleh BERFIKIR KERANA kami yang merasai dan melihat semuanya . Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 23 Oktober 2012 in ISU FELDA

 

Saham FGVB apa sudah maaa…!!!

Oleh: rondo75

Nampak menjunam aje..

Link
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/plc-profile.html?stock_code=5222

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Pendedahan Bajet Felda 2012

Dokumen ini adalah dari Bajet Felda 2012. Ia lanjutan pendedahan saya mengenai defisit yg bakal ditanggung oleh Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Msia 28 jun lalu. Sekaligus menjawab kesangsian sesetengah pihak fakta yg dikemukakan.

Bajet ini dikemukakan dalam Seminar Pengurusan Tertinggi Felda dan merumuskan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahun 2012. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Kebijaksaan Dr.Mursi, Ustaz Azizan dan Felda Venture!

Oleh: dewa

“Al-kisah, maka mengadulah sahabat saya dengan resah-gelisahnya bertanyakan isu pembelian saham Felda Venture sebanyak 500 ribu unit oleh kerajaan Kedah sedangkan dasar Pakatan jelas dalam membantahnya. ‘Apa rasional tindakan ustaz Azizan tu Prof?’, dia bertanya. Ada 3 rahsia dalam hal ini.

Terlebih dahulu, perlu kita selidik asal usul berita ini, selaras dengan ayat Quran yang menyuruh kita menyelidiki sesuatu berita itu terlebih dahulu. Sumbernya ialah tweeter KJ yang bersorak sakan dalam isu ini, lalu di re-tweet oleh Ustaz Asri yang turut kehairanan. Untuk menjimatkan masa, kita kira berita itu betul sahajalah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Himpunan Oren berjaya capai sasaran

Basiron Abd Wahab, 16 Jul 2012

(Himpunan Oren yang dikatakan hanya disertai 1,000 oleh pemimpin Umno)

 TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan himpunan Oren 14 Jun lalu berjaya mencapai matlamatnya.

Katanya, sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorendum kepada kepada Yang DiPertuan Agong dan hasrat itu telah diberjaya dilakukan.

Beliau menolak tanggapan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan hmpunan Oren gagal mencapai sasaran 20,000 orang dan berniat jahat.

“Pihak Umno ni tidak akan bergembira dengan apa yang PAS buat, jika sasaran 20,000 orang berjaya dikumpulkan mereka tetap mengatakan gagal. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai 2012

http://ajijoi.blogspot.com/

KUALA LUMPUR (14.7.12): Hanya 10 orang wakil-wakil daripada ANAK dan NGO-NGO yang pergi menyerahkan memorandum kepada pihak istana dengan diiringi oleh pihak polis. Manakala pimpinan yang lain, meneruskan ucapan-ucapan mereka buat hadirin yang dianggarkan sebanyak hampir 10 ribu orang itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Julai 2012 in ISU FELDA

 

Utusan lapor saham FGV melonjak.. Reuters lapor saham bakal merudum..

Khamis lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings melonjak ketika ianya mula didagangkan.

Antara yang dilaporkan pihak mereka.. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Jun 2012 in ISU FELDA

 

Saham FGVH : Isa Samad Dapat 180,000 Saham. Peneroka dapat 800 unit sahaja.

Oleh: imamsurau

Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada “pasaran terbuka” semalam.

Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperolehi dikalangan pemburu-pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Jun 2012 in ISU FELDA