RSS

Category Archives: ISU SEMASA

keajaiban Tuhan – Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Jun 2013 in Uncategorized

 

Benarkah harga kereta telah turun?

 

Ramai yang teruja apabila membaca laporan daripada akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lalu mengenai  penurunan harga kereta. 10 buah model kereta keluaran tempatan dan antarabangsa diperagakan dengan harga beserta peratus penurunannya dipamerkan. Ramai juga yang terliur dibuatnya. Ada pula yang mula memasang angan-angan untuk menukar kereta baru.

Inilah usaha kerajaan BN dalam menunaikan janji pilihanraya untuk menurunkan harga kereta, menurut laporan tersebut.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Jun 2013 in ISU SEMASA

 

Hasil “tarbiyyah” 55 tahun dari UMNO…apa nak hairan !

Oleh: tokpepijat

Hinaan MCA Segamat melalui mulut jahat Ketuanya Dr Lee Hong Tee terhadap PAS sebagai ultra konservatif tidak menghairankan.

MCA yang di“tarbiyyah” selama 55 tahun oleh UMNO dan berketuakan seorang yang terlibat dengan skandal sex tentunya jahil tentang ilmu adab dan akhlak kemanusiawi.

Bagi MCA tentunya segala yang terdedah itu baik untuk anak-anak mereka.

Barangkali di setiap rumah ahli MCA ada tape lucah  adalah kewajipan untuk tontonan keluarga.

Barangkali di setiap rumah ahli MCA, setiap bapanya sudah biasa berlanggan GRO dari China untuk ditiduri. Dan sang isteri sekadar senyum-senyum melihat “kehebatan” suami mereka.

Inilah ajaran MCA yang dipelajari dari Presidennya yang takut bertanding dalam PRU 13! Takut kalah !

Cumanya, sebenarnya MCA tidak tahu bahawa antara sebab orang Cina mengundi PAS dan tidak memangkah calon sebangsa dengan mereka dari MCA adalah kerana orang Cina sokong cara PAS membentuk peribadi mulia rakyat Malaysia.

Orang Cina mahu jadi seperti Cina di Kelantan yang selamat dari gejala sosial seperti judi dan arak serta pelacuran.

Ini yang MCA masih tidak faham-faham. Dan inilah hasil kesan “tarbiyyah” dari UMNO.

Hasil “tarbiyyah” 55 tahun dari UMNO… apa nak hairan!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Jun 2013 in ISU SEMASA

 

Hadiah BN untuk rakyat –


Nasibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah

Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja Pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.

Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat!

Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD 60500.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in ISU SEMASA

 

Ustaz Kazim Elias Merajuk, Mahu Berhenti Berceramah!

Dari tahun lepas aku dengar citer neh. Konon nak berhenti berceramah la apa la. Tapi tak berhenti2 juga. Still berceramah ke sana ke mari juga. Still mengutuk dan mencerca pakatan rakyat gak. 

Actually kalau kandungan isi ceramah tue lebih kepada kritikan membina dan lantang aku tak fikir ia menjadi isu kepada sesiapa. Juanda Jaya dan Asri Zainal Abidin juga lantang kepada pembangkang. Sejujurnya aku respect pendapat2 dari dua tokoh ini  meskipun aku tengok ada yang tidak berlapang dada. Hak masing2. Tapi still bukan di kelompok yang majoriti. Minoriti je yang naik angin tak tentu pasal.

Majoriti biasanya membalas hujah dengan hujah. Orang kata hasilkan perbincangan yang sihat sesama kita. Usah kata dengan Maza dan Juanda Jaya bahkan dengan UFB pun ramai yang memilih untuk membalas hujah meskipun kadang2 terbukti UFB menjaja tohmahan. Takpela. Begini lebih baik. At least tohmahan UFB tidak la sedasat fitnah Mashitah. 

Hehe.

Tadi aku baca di Metro. Antara petikan berita ;
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in ISU SEMASA

 

Zahid Hamidi Yang Sombong Dan Angkuh

NAJIB BNLuahan kemarahan Menteri Dalam Negeri Negeri yang baru Ahmad Zahid Hamidi kepada tindakan anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya lalu agar keluar dari negara ini dan mencari negara yang sesuai yang mengamalkan sisitem pilihan raya seperti mereka gemari adalah satu tindakan yang tidak bijak, bersifat sombong dan angkuh.

Sebagai seorang menteri Zahid seharusnya memahami jiwa anak muda yang memberontak kerana sebab-sebab yang mereka yakini benar. Anak muda walaupun emosi tetapi tindakan mereka berdasarkan fata yang rasional. Zahid sebagai orang separuh tua (kerana belum bongkok tiga) sepatut melayani anak muda dengan berhemah dan sopan bukannya dengan mengherdik penuh emosi.

Tidak perlu Zahid menunjuk bengkeng mentang-mentang dia baru dilantik menjadi menteri yang menjaga polis dan FRU. Sebengkeng Zahid pun mustahil taring akan tumbuh di mulutnya seperti kera atau singa.


Kita sebagai menteri adalah pemimpin untuk semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat. Seorang menteri walaupun dia dari Umno tidak perlu bersifat seperti orang Umno semasa berdepan dengan pembangkang yang hilang kewarasan dan kesopanan adat. Zahid harus membezakan dia sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat dengan dia sebagai seorang Naib Presiden Umno. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in ISU SEMASA

 

Jangan Marah Rakyat Benci Kamu ? –

dacingsenget1Bagaimana pemikiran seorang menteri kabinet MInda Kelas Pertama, boleh bercakap semacam itu dan nampak macam orang yg bebal dan putus asa.
 
Menyuruh rakyat yg tidak bersetuju dengannya dan kerajaan dokonganya ‘nyah’ atau berpindah ke negara lain, adalah lebih rasis daripada rasis sendiri.
 
Kenapa menteri ini bengap dan singkat pemikirannya. Ini lah menteri kabinet yang menambahkan masalah. 
 
Dalam semua rakyat berdukacita dengan keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada pilihan mereka. Dan mereka merasakan kemenangan UmnoBn adalah kemenangan ‘jalan yang menipu’ . Timbul kesedaran rakyat yang bangkit dan zahirkan sokongan kepada kumpulan yang rasa mereka ditipu dan tertipu pada PRU13 yg lepas.
 
Adakah dengan hanya rakyat berkenaan berhimpun semacam itu, menteri 1hari dilantik itu sudah panik dan rasa tercabar kementeriannya. Beliau terasa kredibilitinya sebagai seorang menteri baru dilantik telah dicabar dan tercabar.
 
Malah dengan ‘gertakan’ , ugutan sedemikian menyebabkan rakyat jadi semakin marah. Api kemarahan dan kebencian rakyat, bukannya dibuat oleh pembangkang tetapi oleh puak menteri yg berkenaan.
 
Jadi, jangan marah jika rakyat membenci kamu ?
 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Mei 2013 in ISU SEMASA