RSS

Category Archives: ISU SEMASA

Ustaz Azhar Idrus ulas isu kalimah Allah

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Januari 2013 in ISU SEMASA, VIDEO/TV

 

Ustazah Mashitah jelaskan hukum beliau salam dan cium Tangan Pak Lah?

Oleh: AnakSgDerhaka

“Beberapa ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter.

Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh.


Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

Mufti Perlis sindir TV3

MuftiPerlis

“amanat hadi dibincang tanpa menjemput hadi sendiri,” tweet dari Juanda Jaya.

Juanda Jaya, Mufti Perlis sindir TV3 kerana hanya berani menjemput mereka yang menghentam TG Hadi tetapi tak berani menjemput TG Hadi mempertahankan diri dalam forum “Amanat Hadi.”

Masih ingat debat olok-olok UMNO-PAS yang dianjurkan UMno sendiri, samalah dengan forum di atas. Lihat video… Baca juga Amanat Mahathir lagi sesat!!

Read more: http://www.ekeleh.com/mufti-perlis-sindir-tv3/#ixzz2HIjtMpCd

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

Pak mufti, ulamak muda dan tua, Isma, Jati , perkasa dll, dengar ni!!!!!!!

Oleh: senik

“Assalamualaikum,,
Bukan amanat Hadi yang jadi pencetus perpecahan, bukan DSAI yang jadi negara musnah dan bukan DAP yang menyebabkan Islam mundur, tetapi beberapa kerakusan yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO yang menjadi punca segala kekalutan.Satu demi satu pendedahan kepada penyelewengan yang telah dibongkar oleh rakyat dan segala pembongkaran ini amat amat memerlukan respon segera dari kalangan umat Islam yang berilmu, takutkan ALLAH seperti para mufti, ulamak muda dan tua,

jemaah Islam dan seterusnya individu Islam yang patuh.Oleh itu, para mufti, Ulamak muda dan tua, ustaz, ISMA, JATI, PERKASA DLL seharusnya lebih peka dengan kebejatan yang berlaku dalam negara berbanding menghabiskan masa menuding jari kepada amanat Hadi yang tidak ada cacat celanya.

Pendedahan terbaru berhubung lesapnya wang pampasan berjumlah RM207 billion kepada mangsa buruh paksa zaman Jepun amat menyayatkan hati setelah pendedahan penjual karpet Deepak  masih berjalan.Di mana Mufti? Di mana Ulamak muda dan tua? di mana ISMA? Di mana JATI? Di mana PERKASA? Dan di mana yang lain lain yang kononnya menjadi pembela ugama, bangsa dan negara? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

Kematian Azrul: Sebuah Noktah Déjà vu

Oleh Edy Noor Reduan

Peristiwa kematian seorang remaja Mohd Azrul Zulkifli yang maut selepas motosikal yang dipandunya didakwa ditendang seorang anggota polis merupakan satu lagi detik hitam yang mencerminkan keganasan penguasa di dalam negara ini. Pihak polis tidak akan mengaku bersalah di atas motto ‘polis sentiasa betul’ yang diamalkan sejak sekian lama. Apa lagi yang boleh diharapkan, Mohd Azrul Zulkifli telah pun meninggal dunia dan polis yang bertanggungjawab akan akhirnya dilepaskan dari kandang pesalah. Ini hakikat dari pengalaman rakyat. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani – Siapa ?

Blog Manjung Mari

Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor…

Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury…

Baca sepenuhnya Di Sini Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

Kubur ‘menangis’: Mantap akan jumpa Mufti

 (Peserta sidang meja bulat isu Pengerang bergambar sebelum sidang media)

 JOHOR BAHRU : Badan Bertindak Penduduk Pengerang (Mantap) akan menyerahkan memorandum kepada Mufti negeri ini bagi mendesak supaya proses pemindahan perkuburan Islam yang terbabit dengan Projek Rapid Petronas di Pengerang, dihentikan serta merta.

Desakan ini dibuat berikutan dakwaan kegagalan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur ini mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa agama negeri ini sehingga menyedihkan waris terbabit.

Demikian dinyatakan Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman, pada sidang media selepas mempengerusikan Sidang Meja Bulat berkaitan isu Pengerang yang diadakan di sini, kelmarin. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

DAHSYATNYA! Puluhan Ribu Hadir ceramah Ustaz Fathul Bari.. gambar sebagai bukti!

Blog Anak Sungai Derhaka

30 Disember baru-baru ini satu ceramah umum oleh Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) yang tersohor iaitu Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya telah diadakan di Taman Mewah, Bandar Tun Razak.

Laporan dari berita antarabangsa tiewnama melaporkan puluhan ribu telah hadir, ini berikutan dengan promosi hebat yang dijalankan oleh petugas-petugas UMNO di kawasan tersebut.

Berikut adalah laporan dari tiewnama..

Kuala Lumpur, 31 Disember. Begitu menggemparkan Malaysia bilamana ulama muda umno yang mengadakan ceramah umum di bandar Tun Razak telah di hadiri hampir 30 ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk hadir sambil mendengar alunan suara merdu Ulama Muda UMNO ini.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, kehadiran fathulbari yang juga di kenali sebagai ulama tersohor mengkawarijkan Yusuf Al Qaradawi telah di sambut dengan sambutan yang sangat luar biasa, ternyata Ulama Muda UMNO ini memiliki karisma yang unik sehingga mampu menarik hampir 30 ribu orang yang hadir.

Setelah kami berfikir sebentar mendengar komen saksi yang hadir itu, kami terfikir sesuatu. begitu ramai yang hadir jika beginilah keadaannya, pasti Pakatan Rakyat bakal tumbang di Bandar Tun Razak ~ Tiewnama Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 1 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

lagi Seorang Ditangkap Hina Sultan Johor…Siapakah Dia??

Ahmad Abdul Jalil  yang berusia 27 tahun adalah mangsa terbaru tangkapan kononnya kes penghinaan kepada Sultan Johor pada hari jumaat 2/11/2012, Menurut keluarga Ahmad,tiada bukti, repot polis oleh pengadu, waran tangkap dan dakwaan dinyatakan oleh pihak polis semasa tangkapan dibuat.
Hari ini, mahkamah memutuskan tidak menyambung reman terhadap Ahmad Abdul Jalil keluar saja dari mahkamah, pihak polis telah menangkap kembali ahmad abdul jalil tanpa penjelasan apa apa seperti di culik dan mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat, tiada berita diketahui tentang nasib Ahmad setakat ini.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2012 in ISU SEMASA

 

31 Tahun Harussani Baca Kitab Bab Kafir Baru Selesai

Saya bukan sedih membaca laporan mengenai saranan Mufti Perak Harussani Zakaria yang menyuruh presiden Pas Abdul Hadi Awang menarik balik kata-kata yang dibuat Abdul Hadi 31 tahun yang  dikategorikan sebagai Amanat Haji Hadi tetapi nak tergelak dan nampak sangat mufti itu tidak ada modal bagi mengekalkan populariti beliau dalam Umno.

Kenapa Saya bukan sedih tetapi hendak tergelak dan merasa amat lucu sekali dengan telatah “sekor” Mufti ini (meminjam istilah Najib membahasakan ketiga-tiga naib presiden Umno) dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 31 tahun untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.

31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama.

Harussani: Jahil 31 tahun?

Kenapa begitu lama sekali Harussani untuk menyarankan perkara itu? Apakah selama ini, beliau sedang membuat kajian dan menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk kulit merah dan hijau) terhadap kata-kata Abdul Hadi itu sehingga hari ini baru terkeluar saranan itu. Apakah sebelum ini, 31 tahun lalu beliau masih belum khatam dan belum cukup ilmu untuk menyanggah Abdul Hadi Awang? Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 17 Disember 2012 in ISU SEMASA

 

Demonstrasi Pekerja CIMB Di Bangunan CIMB (Depan SOGO)

ami Boikot Buletin Utama TV3

Pekerja CIMB Berdemo Pagi Tadi Berhampiran Sogo, Di Hadapan Bangunan CIMB Membantah Pengurusan CIMB. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Disember 2012 in ISU SEMASA

 

Polis sokong PR ditukar ke Sarawak

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Disember 2012 in ISU SEMASA

 

Ahli Parlimen Jerantut tak keluar UMNO la..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 10 Dis 2012

Menurut sumber, cerita mengenai bermula Tengku Azlan keluar UMNO initelah bermula bila beliau ditemuramah oleh Makkal Osai beberapa hari yang lalu.

Dalam temuramah tersebut, dia tidak langsung menyentuh soal keluar parti atau menyertai parti Pakatan Rakyat.

Apa yang beliau nyatakan ialah dia akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding lagi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Hasratnya untuk bersara telah dinyatakan sebaik saja dia menolak jawatan Timbalan Menteri Luar semasa Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mahu melantiknya dahulu.

Beliau juga telah memaklumkan perkara ini  kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob sendiri. Maknanya tidak timbul soal “keluar parti” seperti yang dihebohkan sebenarnya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Disember 2012 in ISU SEMASA

 

Gambar penuh makna yang Utusan takkan siarkan…

Tengok sudah
Jangan dok kata apa-apa…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Disember 2012 in ISU SEMASA

 

UMNO DAH JADI UNNO ????

Tak tau la tang mana Mak Long hang dapat gambaq neh…

Dia la yang punya mau nih, Mak Long hang suruh jugak-jugak Pak Long boh gambaq yang kononnya lawak sangat bagi dia…

Dia punya gelak guling-guling, dari dapoq sampai ke serambi lepaih tengok gambaq nie… tak tau tang mana yang lawaknya… hangpa tengok lawak ka bila Nepal dah boleh join perhimpunan agung Umno…

 


Patut pun Pak Long tengok ramai dah Nepal la nie, ramai jugak depa yang meniaga… tak kurang yang jadi jaga… Memang pandai sungguh depa jaga, habih serba mak neneknya sampai kat anak dara bangsa kita pun depa pakat-pakat jaga… haha…

Patut la Nepal pakat mai buat ramai, rupa-rupanya depa nak tubuh UNNO… United Nepal Nasionalis Organization.

Wassalam…

http://paklongonline.blogspot.com/

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Disember 2012 in ISU SEMASA