RSS

Category Archives: Uncategorized

keajaiban Tuhan – Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Jun 2013 in Uncategorized

 

Artis KL Gangster hadir ke-kuliah Timbalan Mursyidul Am PAS

Oleh Orang Ni

10 Feb 2013: Kuliah Perdana Bukit Gantang — Alhamdullilah, dalam ribuan hadirin di surau Ma’arof Taman Simpang Bukit Gantang rupa-rupanya terdapat seorang artis yang popular ditanahair ini berada sama dalam majlis ilmu tersebut.

Majlis ilmu tersebut ialah Kuliah Perdana dengan tajuk “Menjawap: Persoalan isu Pengunaan Kalimah Allah” yang berlangsung disurau ini di sampai oleh YBhg Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS.

Artis yang dimaksudkan ialah Adam Corrie Lee Abdullah, 43 tahun,seorang pelakon dan koreografer tarian yang sudah terkenal didalam industri perfileman dan TV Realiti diMalaysia. Beliau juga salah seorang pelakon dalam filem popular tanahair “KL Gangster”.

Menurut Adam Corrie,beliau datang bersama isteri-nya serta ahli keluarga yang sememangnya tinggal di Kemunting Taiping.

Syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa, semakin ramai artis-artis tanahair mendampingi majlis ilmu yang disampaikan oleh pimpinan PAS dan bersama dengan jemaah yang memperjuangkan Islam ditanahair ini. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Februari 2013 in Uncategorized

 

Rakyat masih gagal dimerdekakan ?

http://perantaukite.blogspot.com/

Baru sebentar RTM melaporkan dalam Berita Perdana laporan AdiulFitri bahawa kehadiran orang ramai di rumah YDPA iaiitu Istana Negara sekitar 10,000 orang sahaja. Sebaliknya kehadiran orang ramai ke rumah terbuka PM1 Malaysia mencecah 100,000 orang.

Benar atau tidak adalah soal kedua, apa yang penting adalah ‘kehebatan’ dan kehadiran orang ramai ke rumah PM.

Secara mudah difahami, populariti PM1 Malayisa, berada ditahap paling memuncak. PM 1 Malaysia diterima rakyat.

Selepas ramadhan RTM terus melakukan pembohongan, tanpa mengambil roh madrasah Ramadhan.

Inilah sebab kegagalan tiadanya tazkirah di bulan mulia ini. Ini kerana tazkirah dianggap sebagai medan ustaz bag menyampaikan ‘tarbiyah’ kepartian dalam masjid surau.

Doktrin dan pemahaman minda seumpama ini, gagal dimengerti dan difahami rakyat. walhal setiap Jumaat khatib-khatib menyampaikan khutbah berbaur memuji muja kerajaan yang ada bertahun-tahun, tiada yang gusar dan tersentuh dengan isi yang disampaikan.

Hingga kan sesetengah jemaah sendiri menyenda dengan is khutabah yang berkisar tentang industri, kempen makan buah-buah tempatan dan sebagainya.

Inilah bentuk ‘kemalangan’ jiwa yang gagal dimerdekakan sehingga kini..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 September 2011 in Uncategorized

 

Presiden PAS ucap setinggi tahniah kepada Cikgu Mala dan para petugas Pakatan Rakyat seluruh negara

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

 

PAS menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen,  Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan, kata Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada media.

“Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan,” ujarnya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Januari 2011 in PR Kecil Tenang, Uncategorized

 

Saifuddin Cuba Memperbodohkan Ahli PKR

Oleh http://greenboc.blogspot.com
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR. 

Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.

“Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa pemilihan pusat hanya terima enam aduan secara rasmi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 November 2010 in POLITIK, Uncategorized

 

Ungkapan emas Hitler

Sumber Asal . http://roydotcom.wordpress.com/2010/07/27/di-sebalik-kisah-hitam-adolf-hitler/

Ungkapan emas Hitler

Salam pembaca, kisah ni aku dapat dari email, orang forward dan dia pun ambik dari blog seseorang, so tak dapat nak bagi kredit kat penulis asal dia. Berdasarkan cerita ini terpulang pada kita untuk memberi pendapat, tepuk dada tanya selera..

“Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 27 Julai 2010 in Uncategorized

 

Fahaman Wahabi – Ustaz Azhar

Assalamualaikum ustaz…Boleh tak ustaz jelaskan apakah itu fahaman wahabi ni…ade perdapat menyatakan wahabi ini ade lah satu mazhab…bukan ke kite hanya wajib ikut 4 mazhab sahaja(maliki,hambali,syafie dan hanafi)….ade pendapat menyatakan mufti perlis ade lah berfahaman wahabi….adakah fahaman wahabi ini sesat?

tolong ustaz jelaskan dan terima kasih….

Untuk jawapan bagi soalan di atas saya sertakan satu artikel yang cukup detail tentang siapakah wahabi itu…

Asal-usul Mazhab Wahhabi

Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya keliru dengan mereka kerena mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Read the rest of this entry »

 
 

DAP Berjaya Rampas Parlimen Sibu

MALAYSIAKINI – 10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

“SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

“Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi,” katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang “sesuatu yang tak kena sedang berlaku” dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 – dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Mei 2010 in PRK SIBU, Uncategorized

 

Renungkan lah?

Raja permasuri agong , Rosmah, dan Sharizat .  Sebagai seorang manusia yang beragama dan ada pegangan agama, bagaimana reaksi anda melihat wajah-wajah di atas ?

 
1 Komen

Posted by di 18 Mac 2010 in Uncategorized

 

Rakyat Malaysia tidak akan dapat baca blog Pakatan Rakyat lagi?


Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) tujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.

Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet . Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 24 Januari 2010 in Uncategorized

 

Kenyataan Mursyidul Am dihukum haram oleh Harussani

Mufti Perak tak jumpa bukti kukuh. Tak jumpa kerana tak nampak. Tak nampak kerana buta. Buta pula bukan sejenis sahaja. Ada buta mata. Ada buta hati.

Seorang sahabat RasuluLlah s.’a.w.w. buta matanya. Namanya Abdullah ibn Ummi Maktum. Tetapi hatinya tidak buta. Dia mulia. Ada orang yang tidak buta matanya. Tetapi hatinya buta. Orang itu hina.

Bagaimanapun, di antara ajaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seperti berikut: Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Jun 2009 in Uncategorized

 

Hantu Syaitan Naik Bas Diserbu Petugas PR

Dulu kini dan selama-lamanya UMNO menafikan kewujudan rancangan jahat mengupah PENGUNDI HANTU SYAITAN. Tapi sepanjang tempoh penafian itu jugalah setiap hari akhir dan malam menjelang pengundian berpuluh-puluh bas tiba di kawasan pilihanraya dengan cara yang mencurigakan.

Tengah malam dan subuh sebentar tadi bas-bas itu datang lagi. Pagi nanti bapak-bapak hantu dan setan di Putra Jaya dan Kuala Lumpur akan membuat kenyataan media iblis dan jembalang menyatakan “tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal”, “mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama” dan “pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah”. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 April 2009 in Uncategorized

 

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan – MB Kedah

Izwan Abdul Halim

ALOR SETAR, (Hrkh) – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.

Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Februari 2009 in Uncategorized

 

PEKIDA : MARILAH BERSAMA MEMPERJUANGKAN ISLAM

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia , begitulah indah dan cantik nama diberi kepada ngo yang dipanggil Pekida ini . Ianya sebuah Ngo yang ditubuhkan sejak awal 80’an lagi . Kalau tidak salah ingatan saya , dulunya Pekida adalah sebuah Ngo yang aktif mengumpul ahli dalam aktiviti – aktiviti kebajikan seperti kenduri kendara , khairat kematian dan seumpamanya .
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Februari 2009 in Uncategorized

 

Apa Kata Ulama Kita Mengenai Wahabi – 3

Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan, tokoh reformis yang sangat terkenal. Antara kitabnya itu bertajuk Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh MuhammadThahir Jalaluddin al-Minankabawi …, Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain.

Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Baba Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh ‘Abdul Qadir bin Haji Wangah bin ‘Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.

Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara disekitar tahun 50an.

Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahabi] antaranya kitab bertajuk Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari [pelopor fahaman kaum muda @ wahabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.


Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk al-Mazhab, Wajibkan atau Haramkah Bermazhab? Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

Salam hormat dari
~ Abu Zahrah ~

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Disember 2008 in Uncategorized