RSS

Category Archives: KISAH TELADAN

Almarhum Fadhil Noor – Umno Tunjukkan Dimana Silapnya PAS tdk mengikut

 

Menyusuri Jalan Perjuangan Mujahid Agong – Ustaz Fadzil Noor

 

Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan . Al Fatihah

AL MARHUM yang sangat disayangi

Latar Belakang
Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Jun 2013 in KISAH TELADAN, MINDA PEMIMPIN

 

Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam?

Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Dalam catatan (buku Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H) menunjukkan Sultan Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan.

Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid Nabi.

Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah yang menghidupkan Maulid Nabi Muhammad saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem.

Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Sultan Salahuddin Al Ayubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit.

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Sultan Salahuddin Al Ayubi ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun.

Rujukan :Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h): 31, 32-33, 7,155

Sumber: ustaznaim.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Jun 2012 in ISU SEMASA, KISAH TELADAN

 

Kisah Abu Yazid Al Bustami dan MengIslamkan Paderi Gereja Samaan

  Oleh: siasahkini

“Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.” Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 14 Mei 2012 in KISAH TELADAN

 

Mengenali Ustaz Azhar Idrus


Profil
Nama: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 April 2012 in KEMBARA JIHAD, KISAH TELADAN

 

Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya. Read the rest of this entry »

 
2 Komen

Posted by di 28 Februari 2012 in KELUARGA SAKINAH, KISAH TELADAN

 

Azhar Idrus Fenomena Baru Merubah Anak Muda

Related Posts with ThumbnailsDipetik dari : Blog MSO

Satu malam entah macam mana dalam asyik melayari muka buku (Fb) sebelum melelap mata tiba-tiba saya terjumpa dengan you tube Ustaz Azhar Idrus. Saya membukanya dengan tidak sengaja dan mendengar syarahannya mengenai agama. Dialek atau slangTerengganu yang diguna pakai dalam berceramah menjadikan saya mengambil masa untuk mengamatinya kerana ada sesuatu kelainan dan sedikit unik. Sebutannya ada iras-iras pelawak Mat Over.

Dalam minda tertanya-tanya siapakah dia ini?

Tumpuan saya terpaku kepadayou tube itu beberapa ketika kerana ada kemesraan cara dia berceramah. Patah-patah ungkapan dan anologi yang dibuat untuk menjelaskan sesuatu mauduk mengenai agama mematikan saya di situ untuk tidak menyentuh skin I-Pad mengalih kepada you tubesyarahan ustaz-ustaz yang lain.

Duration video yang ringkas dalam tempoh tiga hingga lima minit meringkaskan kerja kita untuk terus menikmatinya. Selepas satu, satu saya membukanya. Tanpa disedari malam itu Azhar mengheret saya ke jam empat pagi. Hebat… tiada syarahan agama sebegitu yang saya mengikutinya sampai begitu lama, kecuali oleh ustaz atau Kiyai dari Indonesia.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Januari 2012 in KISAH TELADAN

 

Mat indera diktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dlm “pengukir nama johor”

Blogger terkenal Malaysia Waves, Tulang Besi telah mendedahkan satu artikel yang telah ditulis oleh Mohammed Hadi Al Majwi, bagaimana kerajaan negeri Johor sendiri telah mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan melalui buku “Pengukir Nama Johor” terbitan Yayasan Warisan Johor yang diterbitkan pada tahun 2004. Ini bukunya

Berikut ulasan penulis mengenai Mat Indera dan pendapat beliau mengenai isu kenyataan daripada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu baru-baru ini.

(Artikel ini telah tersiar di laman web Harakahdaily, 3 September 2011. Terdapat sedikit penambahan di dalam versi blog ini)

Mohamed Hadi al-Majwi

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik “Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni”. Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 September 2011 in ISU SEMASA, KISAH TELADAN

 

Mat Indera & Bkt Kepong: Sumber BH – YB Dr Dzul

Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini? – BH

Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 September 2011 in ISU SEMASA, KISAH TELADAN

 

Mat Indera dapat Tauliah Agama dari Sultan Johor

Harakahdaily
Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari sultani Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

“Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis,” kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 September 2011 in KISAH TELADAN

 

Baca ni.. siapa pengkhianat: polis Melayu penjajah atau

Oleh Pak Teh Aris Awang

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 September 2011 in KISAH TELADAN

 

Tok Janggut ( Hj Mat Hassan) – teruk nya sejarah melayu

  Oleh: http://www.tranungkite.net

Alangkah teruk nya sejarah melayu. semua nye telah disusun secara teliti dan rapi. Hingga kan org melayu terpaksa terima tentenag sejarah bangsa mereka sendiri dari oarang asing asing yang menjajah mereka

Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.

Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Isu 1: Ada apa dengan haji?

Bilamana disebutkan nama seseorang itu bermula dengan Haji, contohnya Haji Wan, akan terbayang kepada kita wajah seorang pakcik yang tenang wajahnya, berkopiah, dan sedang senyum ke arah kita. Satu bayangan atau persepsi yang dirasai oleh semua orang tanpa perlu diajarkan kepada mereka. Kesamaan universal! Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 September 2011 in KISAH TELADAN

 

Mana satu dikatakan An-Nisa`

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Mei 2010 in KISAH TELADAN

 

CEO BERTAQWA

AL-KISAH CEO BERTAQWA

Abdul Samad (bukan nama sebenar) seorang CEO di Menara Maybank. Waima berjawatan besar, tetapi dia amat merendah diri dengan ilmu. Di rumahnya, penuh dengan keset dan CD ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Padanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah idola dalam merentasi dunia ketaqwaan.

Di surau pejabatnya, dia sendiri yang menyusun jadual kuliah. Boleh dikatakan, setiap hari ada sahaja ustaz-ustaz di sekitar Kuala Lumpur yang menyampaikan ceramah dan kuliah zohor di surau Pejabat di Menara Maybank itu.

Suatu hari, salah seorang ustaz telah menyampaikan ceramah di surau Menara Maybank. Tidak semena-mena, tajuk ceramah ustaz itu lebih berkisar kepada tajuk riba. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Disember 2009 in KISAH TELADAN