RSS

Category Archives: KISAH TELADAN

Seberapa Kaya Umar bin Khattab?

Kezuhudan didalam perjuangan PAS akan membukakan hati pengundi dan mengundang rahmat dari yang maha Esa

Kezuhudan didalam perjuangan PAS akan membukakan hati pengundi dan mengundang rahmat dari yang maha Esa

Selama ini, kita hanya mengetahui bahwa hanya ada dua sahabat Rasul yang benar-benar sangat kaya, yaitu Abdurrahman bin Auf dan Ustman bin Affan. Namun sebenarnya, sejarah juga sedikit banyak seperti “mengabaikan” kekayaan yang dipunyai oleh sahabat-sahabat yang lain.

Ingat perkataan Umar bin Khattab bahwa ia tak pernah bisa mengalahkan amal sholeh Abu Bakar? Itu artinya, siapapun tak bisa menandingi jumlah sedekah dan infaqnya Abu Bakar As-Shiddiq.

Lantas, bagaimana dengan kekayaan Umar bin Khattab sendiri? Khalifah setelah Abu Bakar itu dikenal sangat sederhana. Tidur siangnya beralaskan tikar dan batu bata di bawah pohon kurma, dan ia hampir tak pernah makan kenyang, menjaga perasaan rakyatnya. Padahal, Umar adalah seorang yang juga sangat kaya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Disember 2009 in KISAH TELADAN

 

Wahai Para Pemimpin : Lihat & Contohilah Pemerintahan Umar Al-Khattab r.a

Pemimpin adil lagi beriman amat dirindui.

Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah.

Selain Umar Abd Aziz, kita juga adakalanya dapat membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a. Dalam tulisan ringkas ini saya ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya termasuk semasa menerima laporan dari rakyat terhadap perilaku gabenor-gabenor yang dilantiknya; ia amat baik dijadikan panduan dan ingatan bagi para pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat dan bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran.

KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA’AD ABI WAQQAS r.a [1] Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Disember 2009 in KISAH TELADAN

 

Dariku HAWA buatmu ADAM

310142461ADAM…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM…
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman,  inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.. jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Oktober 2009 in KISAH TELADAN

 

Kisah Lahuma Shahnon Ahmad dan tuhan baru Umno

DSC04546Oleh DR BAKRI MUSA

Dalam novel terkenalnya Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ), Shahnon Ahmad menukilkan perihal perangkap-perangkap kemiskinan yang dihadapi oleh sebuah keluarga kampung. Atau dalam kata-kata anggunnya, “bencana-bencana yang tidak bisa langsai selagi jantung berdegup [dan] nadi berdenyut …”

Shahnon menyatakan bahawa kesakitan itu hanya boleh dirasakan oleh mereka yang bersedia untuk menterjemahkan dan berasa simpati dengan perjuangan pap-pak tani kita.

Pemikiran ini menghantui saya sewaktu saya mengikuti kekecohan di sekitar perhimpunan agung Umno baru-baru ini. Retorik 1-Malaysia dan pembaharuan yang dikumandangkan begitu jauh daripada dunia yang dihuni oleh watak utama RSJ, Lahuma. Tapi ironinya orang-orang seperti Lahumalah yang didakwa diperjuangkan oleh Umno. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Oktober 2009 in KISAH TELADAN

 

Sara Bokker – Tinggalkan bikini demi Islam

sara-bokkerSebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami, sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour.

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang lain padaku.

Aku berolah raga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut. Aku menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.

Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan daya tarik kewanitaanku. Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri.

sara_bokker_3Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi, menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti.

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam. Read the rest of this entry »

 
4 Komen

Posted by di 5 September 2009 in KISAH TELADAN

 

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

al-aqsa-dan-quba

Oleh : mohd naim mohd zain

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan.

Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. . Akhirnya api dapat dipadamkan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Ogos 2009 in KISAH TELADAN

 

43 Tahun Syahidnya Sayyid Quthb

qutb1

Tangal (29/8) merupakan peringatan ke 43 tahun dari di eksekusinya Asy Syahid Sayyid Quthb (insyaAllah) seorang intelektual Mesir dan seorang penulis yang karya-karyanya sangat revolusioner.

Sayyid Quthb adalah seorang penulis Mesir, pendidik, aktivis Islam, penyair, dan menjadi intelektual gerakan Ikhwanul Muslimin setelah wafatanya Hasan Al-Banna.

Sayyid Quthb menjadi salah satu arsitek utama dalam kebangkitan Islam kontemporer, bersamaan dengan Abul A’la Maududi pendiri Jamaat Islami Pakistan. Quthb telah memberi bentuk ide-ide dan pandangan dunia yang telah memobilisasi dan memotivasi jutaan umat Islam seluruh dunia dari Malaysia ke Michigan – untuk berusaha kembali mempraktekkan ajaran Islam dalam kehidupan dan berusaha merubah lembaga politik dan sosial sehingga mencerminkan prinsip-prinsip Islam. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Ogos 2009 in KISAH TELADAN

 

Darihal Isra’ Mi’raj

Oleh Fahri Abdullah al-Masri

Isra’ Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnyadibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan. Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang.

Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi kekuatannya telah wafat. Abu Talib, bapa saudaranya, tonggak perjuangan dan penampan kepada serangan kafir Quraisy telah pun pergi meninggalkannya.

Selama ini, rasa segan terhadap Abu Talib dalam kalangan musyrikin itulah yang menyelamatkannya daripada serangan yang berlaku akibat dakwah itu.

Bermodalkan kedudukannya sebagai anak saudara Abu Talib, maka tiada sesiapa pun yang berani menyentuh baginda.

Tetapi keadaan telah berubah kini. Dengan kewafatan Khadijah disusuli pemergian Abu Talib, akar tunjang dan tonggak kekuatan lambang keutuhan perjuangan dakwah baginda telah hilang. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Julai 2009 in KISAH TELADAN

 

Tobatnya Shahabat Anshar yang Melihat Wanita Mandi

oleh Mashadi

Betapa generasi shalafus shalih telah melahirkan orang-orang yang terbaik di zamannya, yang sangat sulit akan ditemukan di zaman ini. Seperti diriwayatkan dari jabir bin Abdullah al Anshari radhiyallahu anhu: “Ada seorang pemuda Anshar masuk Islam, bernama Tsa’labah bin Abdurrahman”, ucapnya. Pemuda itu sangat senang dapat melayani Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam.

Suatu ketika Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam menyuruhnya untuk suatu keperluan, maka pemuda itu melewati sebuah pintu rumah lelaki Anshar, dan pemuda itu melihat seorang wanita Anshar sedang mandi.

Lalu, pemuda yang bernama Tsa’labah itu, takut kalau Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan memberitahukan tentang perbuatannya, maka ia pun lari sekencang-kencangnya menuju gunung-gunung yang ada antara Mekah dan Madinah untuk bersembunyi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Julai 2009 in KISAH TELADAN

 

Kesalahan Fatwa Abu Hurairah, Tentang Wanita Berzina

oleh Mashadi

Sedih. Sampai jatuh pingsan. Tak kuasa mendengar ucapan ulama itu. Betapa beratnya menanggung beban dosa besar. Dalam kitab ‘Tanbighul Ghafilin’, bahwa Abu Hurairah rahdiyallahu anhu berkata : ”Di suatu malam saya bertemu seorang wanita memakai cadar sedang berdiri di jalan”.  Tampaknya sangat aneh.

Lalu wanita itu berkata : “Wahai Abu Hurairah, saya telah berbuat dosa besar. Apakah saya ada kesempatan bertobat”, ucap wanita itu. “Apa dosamu?”, tanya Hurairah. “Sungguh aku telah berbuat zina dan anak hasil zina ini telah saya bunuh”, jawab wanita itu. “Engkau telah binasa, dan membinasakan, demi Allah tidak ada tobat untukmu”, jawab ulama itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Julai 2009 in KISAH TELADAN

 

Renungan Suami bila Isteri Cerewet

Adakah isteri yang tidak cerewet ?

Sulit menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sekaliber Umar bin Khatab pun cerewet.

Alkisah seorang laki-laki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman Khalifah Umar bin Khatab, Ia ingin mengadu pada Khalifah karena ia tak tahan dengan kecerewetan istrinya.

Begitu sampai di depan rumah Khalifah laki-laki tersebut tertegun. Dari dalam rumah terdengar istri Umar sedang ngomel dan marah-marah, cerewetnya melebihi istri yang akan diadukannya pada umar. Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut Khalifah Umar, beliau diam saja mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki itu mengurungkan niatnya tuk melaporkan isterinya pada Umar.

Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat isterinya ngomel ? Mengapa ia hanya mendengarkan, padahal di luar sana ia selalu tegas pada siapa pun ?

Umar berdiam diri karena ingat 5 hal, yakni : Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Julai 2009 in KELUARGA SAKINAH, KISAH TELADAN

 

Perubahan Diri, Ketika Memegang Amanah

oleh Mashadi

Mungkin ini episode kehidupan seseorang, yang sangat jarang ditemui, ketika kehidupan sudah banyak berubah. Berubah dikarenakan sifat-sifat manusia sendiri. Mereka tidak dapat menemukan kehidupan yang sebenarnya.

Manusia menjadi hamba atas dirinya, dan nafsu tidak dapat memuliakan manusia. Mengapa banyak diantara manusia memilih nafsu, yang melandasi kehidupannya? Tapi, di tengah-tengah kepekatan kehidupan dunia, masih ada orang-orang yang menjadi teladan dalam kehidupan ini. Kisah ini akan dapat memberikan percikan air, bagi yang dahaga akan kemuliaan.

Muhammad bin Ka’ab al-Quradhi, mengisahkan kehidupan Amirul Mu’minin, Umar bin Abdul Aziz, yang sesudah menjadi Khalifah menjadi asing dan aneh. Sebuah penuturan yang sangat menyentuh hati, bagi yang masih mempunyai rasa, dan Ka’ab mengisahkannya.

“ Sekali waktu saya menemui Umar bin Abdul Aziz setelah diangkat menjadi Khalifah. Sungguh. Kiranya tubuhnya sudah sangat menjadi kurus. Rambutnya telah memutih. Raut mukanya sudah jauh berbeda dengan sebelumnya. Padahal, dahulu sewaktu Umar menjadi Gubernur di Madinah, Umar adalah seorang yang sangat tampan dan badannya berisi …” Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Mei 2009 in KISAH TELADAN

 

TERIMA KASIH ISA – BUNGA DARI KAMUNTING

isa(Sudah lama saya mencatatnya tetapi tidak pernah saya paparkannya. Buku saya: Bunga dari Kamunting: Terima Kasih ISA!, terus tersimpan.

Sebulan yang lalu, seorang Dato’ meminta pandangan saya tentang ISA untuk dijadikan bahan kajian dan bukti hujah. Saya tidak segera memberi respons… justeru pengalaman sendiri hakikatnya bersifat “khusus” – yang tidak mungkin boleh dijadikan kayu ukur untuk “menghukum” sesuatu yang bersifat umum.

Saya memilih untuk berdiam diri. Bukan tidak berpendirian, tetapi itulah pendirian saya (buat masa ini).

Saya terdiam. Lama bertafakur. Mencari jawapan dari pelbagai ulama dan intelektual Islam. Akhirnya saya mengambil sikap tawakkuf – berdiam sambil terus berusaha mencari ketepatan jawapan, bila ditanya ISA itu masih relevan atau tidak.

Biarlah saya bersalah kerana tidak menghukum daripada bersalah akibat tersalah hukum. Ini bukan soal personal, tetapi soal prinsip yang melibatkan keadilan dan kesaksamaan hak sesama manusia di neraca KEADILAN Allah! Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 April 2009 in KISAH TELADAN

 

Surat dari Bekas Artis Porno”

Shelley Luben mantan aktris porno mengaku bisa keluar dari dunia gelap  bernama ‘industri pornografi’ dan memilih menjadi aktivis melawan ekploitasi seksual terhadap gadis-gadis muda Amerika

Gadis cantik, bertubuh seksi dan mata yang membangkitkan gairah seakan-akan berkata “i want You”. Itu kesan yang terlihat di setiap sampul film porno. Tapi, bisa jadi itulah tipuan terbesar sepanjang masa.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Februari 2009 in KISAH TELADAN

 

ADUHAI 4 ISTERI KU….

ADUHAI 4 ISTERI KU….

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.” Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.”

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

 
1 Komen

Posted by di 22 Disember 2008 in KISAH TELADAN