RSS

Category Archives: MINDA PEMIMPIN

Kehebatan anak dan menantu dalam PAS

Nasrudin Hassan, 28 Jul 2013
1. Sebentar tadi saya menerima e-mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk  “Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS” oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredibiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS.  [Sebab itu gambar Tuan Guru Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara]. Saya memilih untuk respons artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba-tiba sahaja nama Al-Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat  low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya] Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Julai 2013 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Ulamak haraki dicemuh dan difitnah

 Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:

1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .

Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Julai 2013 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Almarhum Fadhil Noor – Umno Tunjukkan Dimana Silapnya PAS tdk mengikut

 

Menyusuri Jalan Perjuangan Mujahid Agong – Ustaz Fadzil Noor

 

Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan . Al Fatihah

AL MARHUM yang sangat disayangi

Latar Belakang
Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Jun 2013 in KISAH TELADAN, MINDA PEMIMPIN

 

Politik dan hubungannya dengan para Rasul

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Al-Quran menegaskan kejadian manusia pertama menjadi khalifah di muka bumi. Firman Allah Taala:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (surah al-Baqarah : ayat 30)

Al-Quran mengesahkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh para Rasul sejak Nabi Nuh AS sehinggalah Rasul akhir zaman Muhammad SAW menghadapi penyelewengan akidah dan politik. Dalam aspek agama berlakunya syirik dalam perkara akidah dan ibadah. Dalam aspek politik lahirnya ketua negara yang berlagak tuhan serta golongan al-mala’ yang berkuasa mutlak, menolak syariat Allah dan mencipta undang-undang dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah Taala.

Mereka mereka-reka undang-undang yang di luar kemampuan akal manusia yang terhad, lalu dihanyut oleh hawa nafsu. Kesemua penyelewengan tersebut mencetuskan kezaliman yang menindas, kerana mengabdikan manusia kepada makhluk, bukan kepada khaliq. Pertelingkahan ini dinyatakan oleh firman Allah Taala:

“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para Rasul sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah sesekali berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah : ayat 213) Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 April 2013 in MINDA PEMIMPIN, PRU 13

 

Solat Orang UMNO, Asal Tolak Islam, Karut! ……

Nik Aziz

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 April 2013 in MINDA PEMIMPIN