RSS

Category Archives: MINDA PEMIMPIN

Bajet Orang Nazak

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Harun Taib menyifatkan belanjawan Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku Presiden Umno adalah belanjawan orang yang sedang nazak.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas belanjawan yang dibentang baru-baru ini yang kononnya ingin membela nasib rakyat tetapi apa yang realiti sebenarnya menggambarkan situasi sebenar keadaan Umno yang sedang berada dalam suasana ‘ ICU’.

“ Belanjawan Najib ialah belanjawan orang sedang nazak, kalau hidup hiduplah dan kalau mati maka matilah” ujar pendek beliau ketika dihubungi pada hari semalam.Jelas beliau lagi yang juga merangkap sebagai adun Manir, bahawa situasi Umno sekarang seperti orang yang sudah hampir mati yang sanggup berbelanja tanpa batasan semata-mata untuk memastikan nyawa dapat dipanjangkan lagi serta sanggup menggunakan pelbagai jenis rawatan walaupun rawatan itu tidak berkesan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Syariat Islam : Ulamak Seru Bincang Dengan Dada Terbuka

)Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang ‘kabur’ tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa perlaksanaan Hudud dan Qisas hukuman yang keras dan kejam serta menzalimi kaum wanita.

Katanya golongan tersebut sebenarnya telah meletakkkan tanggapan yang ‘serong’ terhadap syariat Islam.

“Kalau mereka melihat dengan cara yang baik, mereka tidak akan mengatakan wanita diketepikan bahkan mereka mesti menyebut wanita diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam,”tegasnya ketika mengulas kenyataan sebuah NGO Sisters In Islam yang dilaporkan tidak bersetuju terhadap perlaksanaan hudud dan Qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lujnah Penerangan pada Khamis, 6 Oktober, di sini.

Beliau menjelaskan Hudud dan Qisas tidak menolak wanita untuk menjadi saksi, namun meletakkan lelaki terlebih dahulu kerana beban penyaksian tersebut.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tidak ada saksi lelaki, dua orang wanita boleh menggantikan seorang saksi lelaki.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Bukan Islam Diseru Bersama PAS Memperjuangkan Hak Beragama Rakyat Malaysia

 Bukan Islam diajak dan diseru untuk bersama-sama berjuang bersama PAS bagi memastikan hak dan kewajipan beragama setiap penganut agama di Malaysia dapat dilaksanakan secara adil.Demikian seruan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali.

Antara hak dan kewajipan beragama tersebut bagi orang Islam ialah pelaksanaan undang-undang jenayah HUDUD bagi penganut Islam terhadap penjenayah di kalangan orang Islam.

Hak dan kewajipan ini mesti dihormati oleh bukan Islam sebagaimana Islam menghormati hak dan kewajipan beragama penganut-penganut agama lain.

Umat Islam berhak melaksanakan undang-undang jenayah HUDUD yang melibatkan pencuri, perompak, penzina dan peminum arak di kalangan orang Islam.

Dalam konteks Malaysia meskipun secara umumnya seolah ada halangan di peringkat perlembagaan negara, hak ini perlu diberikan untuk dilaksanakan di negeri yang dimenangi oleh PAS secara majoritinya menerusi peruntukan undang-undang Islam di peringkat negeri.

Keadaan ini memerlukan sokongan majority ahli parlimen untuk meminda perlembagaan dengan membenarkan ianya dilaksanakan di peringkat negeri atas nama peruntukan peringkat negeri.

Pelaksanaan undang-undang jenayah HUDUD adalah satu usaha bersama oleh umat Islam untuk menangani pelbagai masalah jenayah berat melibatkan harta, maruah, akal dan nyawa manusia yang semakin meruncing dewasa ini kerana kegagalan undag-undang sedia ada menanganinya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Jangan Takut Memperkenalkan Islam

Kuala Lumpur,7hb Oktober 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib menyeru kepada para ulamak agar mempelbagaikan uslub dalam berdakwah dalam usaha memperkenalkan Islam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau turut menggesa agar para ulamak tidak getar dan takut untuk memperkenalkan dan memperkatakan tentang Islam di Malaysia ini.

Beliau menegaskan demikian dalam satu program anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Hotel Marina Cove, Lumut baru-baru ini.

“Perkatakan dan perkenalkan Islam kepada semua orang tanpa perlu rasa takut dan getar sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan itulah yang diberitahu kepada kita oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran”kata beliau.

“Teruskan menyatakan tentang Islam kerana hidayah itu ada peraturannya yang sendiri, hidayah adalah milik Allah s.w.t” ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terengganu.

Menurut beliau lagi, dalam menyampaikan Islam kepada para mad’u kita hendaklah mempelbagaikan uslub dalam berdakwah. Beliau turut membawa kisah bagaimana ada di kalangan individu tertentu yang terpaksa menggunakan lakaran kartun kerana ingin menyampaikan mesejnya kerana tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara lisan. Tambah beliau lagi, apa yang penting ialah mesej dapat disampaikan kepada orang lain.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Bukan Islam Perlu Takutkan Kezaliman Umno Dan Bukannya Hudud

 Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj. Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia yang bukan beragama Islam hanya perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara kita merdeka.

Menurut beliau lagi orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kerana ianya hanya terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan orang-orang bukan Islam. Namun orang bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka.

“Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka bimbang dan takut ialah kezaliman Umno-BN yang telah dilakukan sepanjang 54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan” kata beliau. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

“PAS Terus Teguh Mempertahankan Islam Di bawah Kepimpinan Ulamak”

Oleh: Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib

Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendokong dan penyokong  sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama-sama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air yang tercinta ini.

PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakamnya. Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut. Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS.

Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad. Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Tahalluf Siasi dengan Parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan. Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.

Ulamak telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini. Ulamak telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi. Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Hudud bukan Isu Politik Tetapi Ianya Adalah Kepercayaan Kepada Allah

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi bin Hj. Salleh menggesa agar seluruh ahli agama dan rakyat Malaysia yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.

“Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini” tegas beliau.

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam kedaan stabil dan harmoni ” kata beliau kita dihubungi

“Kita juga merayu kepada Ahli Umno dan Ahli Parlimen Umno yang beragam Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat kerajaan Negeri Kelantan ini, InsyaAllah Allah s.w.t akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agamanya, ingat ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t” tambah beliau lagi.

“Undang-undang ini datangnya dari Allah s.w.t, iaitu tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi, apabila ianya datang dari Allah s.w.t maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat”sambung beliau lagi.

“Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia, jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan Undang-Undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia” ujar beliau lagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Ulamak PAS bersiap gempur Umno PRU 13

Kuala Lumpur,28hb Sep 2011. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno-BN dalam PRU 13 yang akan datang.

Menurut beliau lagi Dewan Ulamak  telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah s.w.t.  Ianya merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat DUPP yang telah diadakan di Perak baru-baru ini.

“Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja” tegas beliau.

“InsyaAllah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan”tambah beliau.

“Buku manual ini akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang, ianya adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan  Umno secara tidak lansungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita”kata beliau lagi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Hudud: Najib Jangan Putar Belit Berkenaan Hudud dan Maqasid

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Umno supaya memperbetulkan kefahaman berkenaan Hudud memandangkan beliau merupakan seorang Islam dan memimpin sebuah parti yang  majoriti ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.

Menurut beliau lagi, Maqasid Syariah adalah merupakan satu kefahaman yang penting di dalam Ilmu Islam. Ianya tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu apatah lagi untuk menyelamatkan sebuah parti yang bakal karam.

“Matlamat maqasid ialah memastikan keadilan tercapai, maqasid bukan digunakan untuk meghalalkan ‘pemandulan’ hukum hudud”, tegas beliau ketika dihubungi semalam. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 27 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Dasar UMNO-BN Banyak Membebankan Rakyat

tn_azharyahya Timbalan Ketua Ulamak Pelapis Pas Pusat, Ustaz Azhar Yahya menegas bahawa dasar BN banyak membebankan rakyat Malaysia.Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang dilaporkan semalam yang menegaskan bahawa dasar kerajaan Malaysia sekarang banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita boleh melihat bagaimana korupnya kerajaan Malaysia gagal membela nasib rakyat bawahan , lihat negeri yang kaya dengan minyak seperti Sabah,Sarawak dan Terengganu … kalau betul UMNO membela rakyat sudah lama penduduk di negeri tersebut terbela, tapi apa yang malangnya keadaan yang berlaku  adalah sebaliknya, ini negeri yang sudah kaya … bagaimana pula negeri yang sememangnya tidak memiliki kekayaan seperti itu?” kata beliau.
“Bukan setakat nasib rakyat Malaysia tidak terbela, bahkan kebebasan rakyat untuk menyuarakan  ketidakpuasan rakyat terhadap situasi semasa yang dihadapi oleh rakyat Malaysia juga turut dibataskan salurannya oleh pihak kerajaan” tambah beliau lagi.

“Itu belum lagi kita berbicara tentang kos hidup sekarang, harga barang, harga minyak dan banyak perkara lagi yang menghimpit masyarakat Malaysia” tegas beliau lagi.

“Tapi kita percaya, rakyat Malaysia sudah pun celik dan cerdik sekarang, mereka tidak akan telan kenyataan Timbalan PM itu bulat-bulat, ini adalah kerana rakyat Malaysia tahu hakikat yang sebenarnya, InsyaAllah rakyat Malaysia akan menghukum kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya umum yang akan datang” ujar beliau lagi yang juga merangkap sebagai Setiausaha Dewan Ulamak Pas Wilayah Persekutuan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Komunisme & Nasionalisme Kedua-Duanya Bertentangan Dengan Islam

Kuala Lumpur – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib menegaskan bahawa bukan sahaja ideologi Komunis yang bertentangan dengan Islam bahkan ideologi Nasionalisme juga turut bertentangan dengan Islam.

“Perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang berlainan sama sekali dengan perjuangan komunis dan juga berlainan sama sekali dengan perjuangan nasionalisme yang juga turut tidak selari dengan Islam”, kata beliau ketika diminta mengulas tentang histeria politik tanahair sekarang yang seolah-olah menggambarkan hanya komunis yang bertentangan dengan Islam tetapi lupa bahawa ideologi nasionalisme juga turut bercanggahan dengan Islam sepertimana yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w tentang larangan berjuang di atas nama asobiyyah yang menyeru ke arah memperkukuhkan kezaliman di atas muka bumi.

“Dalam Sunan Abi Daud, Nabi kita Rasulullah s.a.w menegaskan secara sangat jelas tentang bahana bahaya dan haramnya asobiyyah iaitu semangat Nasionalisme yang membantu golongan yang zalim yang menganiaya mereka yang tidak bersalah dengan meninggalkan ajaran Islam”, ujar beliau lagi.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada satu hadis di dalam Sunan Abi Daud yang berbunyi seperti berikut:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ليس منا من دعا إلى عصبية وليس منا من قاتل على عصبية وليس منا من مات على عصبية

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukan daripada kalangan kami mereka yang menyeru kepada asobiyyah, dan bukan di kalangan kami  mereka yang berjuang di atas asobiyyah dan bukan di kalangan kami, mereka yang mati di atas perjuangan asobiyyah”. [Riwayat Abu Daud]

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Kepentingan Memahami Maqasid dan Wasilah Dalam Perjuangan


Taiping, – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan tentang kepentingan para pekerja di dalam gerakan Islam khususnya para pendokong PAS agar memahami secara lebih mendalam berkenaan dengan maqasid dan wasilah dalam perjuangan sepertimana yang telah digarap oleh para ulamak silam dan sekarang di dalam karangan serta penulisan mereka.

 

Beliau menegaskan demikian dalam pertemuan bulanan Liqa’ Fikri yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Perak dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Kefahaman tentang maqasid dan wasilah ini pasti akan menjadi panduan yang jelas kepada pendokong dan penyokong PAS untuk memahami pendekatan ijtihad politik yang menjadi teras kepada perjuangan PAS sekarang ini dalam menyampaikan keindahan Islam kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada penganut Islam ataupun bukan Islam. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan    dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran “jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka”. Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda ” kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 September 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

UMNO Pewaris Penjajah

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menyifatkan UMNO adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanahair berkenaan dakwaan bahawa hanya UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini.

“Apa yang kita lihat melalui sejarah ialah kemerdekaan diberikan kepada orang Melayu oleh orang putih kepada golongan yang paling mereka (British) percayai pada waktu iaitu UMNO, British sudah tentu akan memastikan bahawa bukan sahaja kepentingan politik mereka akan terjaga bahkan akan memastikan agar ekonomi British juga turut akan dijaga. UMNO dilihat sebagai pihak yang paling sesuai setelah kemerdekaan untuk menjaga kepentingan ini, British tidak percaya kecuali kepada hanya UMNO sahaja untuk menjaga kepentingan mereka”, kata beliau ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya ingin ingatkan kepada seluruh orang Melayu di Malaysia… bahawa sistem perlembagaan yang meletakkan pihak sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad adalah berpunca kerana UMNO, UMNO ketika ingin memperolehi merdeka daripada British bersetuju untuk mengikut sistem yang diamalkan di British di mana raja hanya memegang  jawatan terhormat dan hanya mempunyai kuasa yang terbatas dalam pentadbiran”, ujar beliau lagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

TOK GURU HAJI HASHIM – Pondok Pasir Tumbuh. Pemergian nya Sukar dicari ganti.

Tuan guru Haji Hashim Abu Bakar, lebih akrab dengan panggilan Ayah Sin. Pada tanggal 30 Ogos 2011, jam 1.15 sore, saat umat Islam merayakan hari raya aidilfitri tokoh ulama tersohor itu kembali rahmatullah dalam usia 91 tahun di rumahnya di komplek Madarasah Ad-Daniah Balakariah Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, kerana sakit tua.

Lahir pada 1920, di Kg. Pantai Johor, Alor Setar, Kedah, daripada keluarga ulama. Bapanya berasal dari Pattani yang berhijrah ke Kedah dan berkahwin dengan anak tempatan. Pada 1935, ketika usianya 12 tahun, ibu bapanya menghantar belajar di Darul Ulum dan di Masjidil Haram, Mekah. Antara gurunya ketika itu, ialah Syeikh Mohd. Yasin al Padangni, seorang ulama terkenal di Mekah asal Minangkabau, Indonesia, Syeikh Hassan Mashud dan Syeikh Muhamad Alawi daripada Maghribi. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 September 2011 in 5 NEGERI PR, MINDA PEMIMPIN