RSS

Category Archives: MINDA PEMIMPIN

Ahmad Zahid Hamidi Diminta Usah Jadi Seperti Ketam

Oleh: sripetaling

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2011 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa UMNOlah yang sepatutnya mengikut Ulamak dan bukan menyuruh ulamak mengikut parti itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO dalam Utusan hari ini yang bertajuk “Hukum: Ulama dinasihat tidak berpihak kepada parti politik

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik berkata “Berilah nasihat tanpa kira kumpulan atau parti politik tertentu. Bukannya jika sesuatu parti itu membuat maksiat, ulama yang memihak kepada parti itu membiarkannya tetapi bertindak sebaliknya jika parti lain membuat perkara sama.”

Dato Tuan Guru Haji Harun Taib berkata: “Orang yang bukan ulamak hendaklah mengikut para ulamak muktabar dan meminta nasihat daripada mereka dan bukannya mengarahkan para ulamak mengikut telunjuk UMNO”.

Beliau meminta agar Ahmad Zahid Hamidi jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul.

Seterusnya beliau menjelaskan tentang peranan ulamak sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis dengan berkata: “Seperti mana yang diriwayatkan di dalam hadis … Ulamak di atas muka bumi ini saling tak tumpah seperti bintang di langit, mereka dijadikan petunjuk oleh sesiapa berjalan di darat dan di laut, jika bintang tersebut tidak ada maka hilanglah panduan bagi mereka yang berada di darat dan di laut”.

“Ulamak yang muktabar ialah ulamak yang mempertahankan dan menyampaikan kebenaran berdasarkan sumber al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w”, ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Ogos 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Dewan Ulamak : UMNO terdesak guna isu kebajikan

Oleh: sripetaling

  Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh (gambar) menyifakan UMNO pimpinan Najib semakin terdesak sekarang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan UMNO sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat.

Beliau meminta agar UMNO jangan bercakap bohong kepada rakyat, rakyat sekarang sudah pun tahu bagaimana mereka telah ditipu oleh UMNO yang hanya meminta simpati rakyat apabila terdesak sahaja.

“Selama ini segala kekayaan negara hanya diagihkan sesama kroni mereka sahaja, habis kekayaan rakyat hanya berkisar kepada individu tertentu sahaja yang mempunyai kepentingan dengan UMNO”, tambah beliau.

“Dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita, tak sepatutnya kita masih memiliki rakyat yang miskin dengan jumlah yang tak dapat diterima akal!”.

“Segala kekayaan di dunia boleh kita dapati di Malaysia, tapi amat malang sekali UMNO tidak menggunakannya untuk rakyat tetapi sebaliknya mengeksploitasikannya untuk periuk nasi kroni UMNO, ahli UMNO di Malaysia pun tertindas!” ujar beliau lagi.

Beliau seterusnya mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bangkit menentang kezaliman  UMNO dan sudah tiba masanya saat kejahatan UMNO dikuburkan dalam PRU yang akan datang InsyaAllah.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Ogos 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Kuliah dan Sampul Surat.

  Oleh: indraputra80

Saya tidak menyangka,apa yg.ada dalam fikiran saya selama ini,hampir sama dgn wasiat yang. Dr Lo’ Lo’ katakan.

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”. – YB Dr Lo’lo’ Mohd Ghazali”

Hari ini terlalu banyak Kuliah di Masjid Masjid serta Surau.,terutama di kawasan Bandar.

Dari Kuliah Magrib sampai ke Kuliah Subuh.

Tambah tambah pulak sekarang nie ,di mana mana saja terpampang iklan Kuliah Ishraq Mekraj.,oleh tokoh tokoh Agama dari yg.terkemuka sahinggalah kepada kalangan Ustaz Ustaz Muda yg.cuba cuba menempah nama.

Saban Tahun cerita ini di ulang ulang, Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Julai 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

“Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar”

Kenyataan Rasmi: Ulamak Pelapis PAS

Kuala Lumpur, 25 Jun 2011 – Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2011 yang menyiarkan berita bertajuk: “Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar” ketika pengakuan Datuk ‘T’ di mahkamah menyebut bahawa pendedahan dan penayangan video seks menyerupai Ketua Pembangkang adalah untuk mendedahkan keruntuhan akhlak Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak dapat diterima.

Ini adalah kerana pengakuan yang dibuat oleh Trio Datuk ‘T’ tersebut sebenarnya mendedahkan keruntuhan moral dan akhlak mereka, tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhlak dan moral asasnya ditentukan oleh Islam. Mendedahkan video seks kepada orang ramai walau apa jua tujuannya adalah bertentangan dengan akhlak Islam.

Dalam menjaga akhlak, Islam telah mensyariatkan agar orang yang ingin menuduh orang lain berzina membawa 4 orang saksi yang adil ke mahkamah. Jika tuduhan dilakukan tanpa 4 orang saksi maka ia bertentangan dengan akhlak Islam dan boleh dijatuhkan hukuman Qazaf.

Dalam kes ini, jelas bahawa tayangan video seks oleh Trio Datuk ‘T’ adalah suatu keruntuhan akhlak. Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan di mahkamah bahawa pelaku seks video terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trio Datuk ‘T’ tidak mempunyai hak untuk menyatakan bahawa pelaku seks video terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dibuktikan dalam mahkamah.

Kenyataan seumpama itu adalah mendahului mahkamah dalam membuat keputusan. Sebuah mahkamah yang baik pula sepatutnya menolak dakwaan tersebut kerana tidak mempunyai 4 orang saksi.

Sikap Trio Datuk ‘T’ sepatutnya sebagai seorang muslim yang berakhlak mulia adalah bersangka baik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya mendedahkannya jika tidak mempunyai 4 orang saksi.

Ia diajar oleh Al-Quran apabila Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. dituduh berzina tanpa 4 orang saksi. Firman Allah yang bermaksud: “Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik sesama sendiri dan berkata: Ini adalah ialah tuduhan dusta yang nyata.”

[Surah An-Nur: 12]


 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Jun 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Kepimpinan adalah Amanah

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara’ , berpandukan petunjuk Al – Quran dan As – Sunnah.

Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: ” يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة
خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”
(Riwayat Muslim)  Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Mei 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Muktamar Bukan Pasar Borong

Surat Terbuka buat Semua : [Surat yang sama pernah saya layangkan menjelang muktamar sebelum ini. Saya layangkan sekali lagi buat renungan dan perhatian semua khasnya adik – adikku pemuda sekelian.]

1. Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat bermuktamar atau mesyuarat agong kepada semua ahli PAS di seluruh negara yang kini sedang menghadapi musim muktamar di peringkat cawangan , kawasan dan dewan – dewan sebelum berlangsungnya muktamar penuh pada awal bulan June kelak . Semoga muktamar atau mesyuarat agong pada sessi ini berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan ke arah membina reputasi parti yang hebat . Penuh dengan analisis dan post mortem yang jujur dan telus serta lontaran idea yang bernas dari perwakilan .

2. Apa yang lebih penting muktamar atau mesyuarat agong kali ini adalah peluang buat ahli memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti diperingkat masing – masing. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mac 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Kejatuhan Mubarak ada campurtangan Allah

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat 

 

Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

 

Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?

Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 14 Februari 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Selepas Mubarak, Apakah giliran UMNO?

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Kitaran roda Islam itu sentiasa berputar. Maka berputarlah bersama roda Islam. Setiap zaman dan masa, para pejuang gerakan Islam sentiasa berfungsi. Cepat atau lambat ianya tetap istiqamah. Tetap beramal meskipun nasib acap-kali tidak menyebelahi mereka.

Sejak kejatuhan empayar Khilafah Islamiyyah di Turki oleh pengkhianat Kamal Attaturk serta bermulanya era penjajahan barat dinegara-negara umat Islam atau yang lebih awal daripada itu, umat Islam khususnya dikalangan ulama tidak pernah berdiam diri. Mereka tetap menjaga amanah dan memulakan gerakan untuk mengembalikan kemenangan Islam.

Dari individu dan peribadi hingga usrah dan keluarga. Dari masyarakat sehingga persada massa. Dari rumah ke lorong-lorong jalanan. Dari surau dan masjid ke markaz-markaz serta Bandar dan kota sehingga ke pelusuk Negara. Dari jalan-raya hingga ke Istana Negara. Mereka terus menyebar luas gerakan mereka.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Februari 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh… Malaysia bolehlah katakan.

Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan. Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah.

Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 2 Januari 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Konvensyen Pakatan 2 akan perkukuh deklarasi Shah Alam

Khairi

TEMERLOH: Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini akan memperteguhkan kembali komitmen yang dipersetujui bersama antara tiga parti pada konvensyen pertama di Shah Alam tahun lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada konvensyen kali ini juga dijangka akan membongkar semua krisis yang sedang dihadapi negara pada masa ini dan pada masa yang sama Pakatan akan memberi tawaran penyelesaiannya kepada rakyat.

“Konvensyen Pakatan kali ini akan memperteguhkan dasar yang kita sepakati bersama pada konvensyen dulu iaitu komited mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan melindungi kebebasan beragama untuk masyarakat bukan Islam, memperkasakan hak keistimewaan orang Melayu menurut perlembagaan, martabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta mempertahankan hak raja-raja Melayu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Disember 2010 in MINDA PEMIMPIN

 

PERKUKUHKAN PARTI SEBELUM BINCANG JALAN KE PUTRAJAYA

http://tuanibrahim.blogspot.com/

Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BN dari setiap sudut.

Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti di semua peringkat perlu memperkemaskan asas jentera, untuk digerakkan pada bila-bila masa. Senario yang ada memungkinkan PRU akan diisytihar lebih awal dari yang dijangka, memandangkan beberapa petunjuk yang ada.

Media kini cuba melaga-lagakan PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa menerajui kepimpinan negara, ‘line up’ kabinet dan soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekor pun belum ada. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Disember 2010 in MINDA PEMIMPIN

 

Dun Galas: Satu Muhasabah.. Teruskan Jihad!

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Mencari kesalahan dan mengkambing-hitamkannya cukup mudah. Bolehlah disenarai kekurangan yang dicatat. Tetapi bincanglah dalam program dalaman untuk muhasabah. Bagi diambil manfaat bersama.
Nak disalahkan UMNO-BN, itu memang kerja mereka. Kalau tidak taklah namanya UMNO-BN. Itu dah sedia maklum. Mereka akan mengambil segenap peluang dan kesempatan demi mengekalkan survival politik mereka. 

 

Setiap apa yang baik itu datang daripda Allah dan kelemahan dan kekurangan itu datang daripada kita sendiri. Dalam pilihanraya, rakyat yang membuang undi. Mereka yang membuat keputusan. Dan setiap kaum itu tidak diubah oleh Allah Swt melainkan ia mengubah nasib mereka sendiri.

Maka disana banyak lagi kelemahan an kekurangan kita semua sebagai pejuang untuk menegakkan agama Allah Swt yang perlu dibaiki serta perlu dimuhasabahkan sesama kita. Mesej kita belum mendasari ke akar umbi. Kepada setiap rakyat yang menjadi pengundi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in MINDA PEMIMPIN, PRK GALAS

 

UMNO KELIRU

Oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz b Nik Mat 

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ”Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat ‘halal’ yang kita ‘haram’, yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA.”

Nampaknya PRK N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Oktober 2010 in MINDA PEMIMPIN, PRK GALAS

 

Ulama muda Umno menasihati pemerintah bukan mengipasnya ????

Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

“Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Oktober 2010 in MINDA PEMIMPIN

 

Memo Taubat Buat Rosmah

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

1. Astaghfirullah …. satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato’ Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian . Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Oktober 2010 in MINDA PEMIMPIN