RSS

Category Archives: Penerangan Pusat

Kehebatan anak dan menantu dalam PAS

Nasrudin Hassan, 28 Jul 2013
1. Sebentar tadi saya menerima e-mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk  “Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS” oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredibiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS.  [Sebab itu gambar Tuan Guru Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara]. Saya memilih untuk respons artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba-tiba sahaja nama Al-Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat  low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya] Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Julai 2013 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Ulamak haraki dicemuh dan difitnah

 Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:

1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .

Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Julai 2013 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

PAS PERNAH MENANG SEBANYAK EMPAT KALI DI DUN KUALA BESUT

Walau pun sejak tiga PRU lalu (bermula 2004), Dun Kuala Besut menjadi milik BN, ia sebenarnya tidak senantiasa begitu sepanjang sejarah kewujudannya. Malah, sebagai pemerhatian pertama saya, bahawa pemenang pertama kerusi Dun Kuala Besut (menerusi PRU 1959) ialah PAS, bukannya BN (atau Perikatan ketika itu).

Bahkan, dalam PRU berkenaan, saingan terdekat PAS bukannya Perikatan, tetapi Front Sosial (SF). Calon PAS, Haji Wan Said Mohd Nor menewaskan calon “Parti Ppalo Kubar” (sepertimana disebut oleh warga tempatan Kuala Besut, secara literal bermaksud “Parti Kepala Kerbau”, merujuk kepada lambang SF), Wan Ali Wan Jusoh dengan majoriti 245 undi.

Wan Said memperolehi 1,303 undi berbanding Wan Ali dengan 1,058 undi. Manakala Abu Bakar Ahmad mewakili Perikatan hanya di tempat ketiga dengan 942 undi.

Kedua, kehadiran Wan Ali selaku tonggak utama SF Ranting Besut menjadikan Kuala Besut sebagai antara pangkalan utama parti itu di Terengganu. Beliau sendiri bertanding sebanyak tiga kali di situ, iaitu pada 1959 dan 1964 (atas tiket SF), diikuti PRU 1974 (atas tiket Partai Sosialis Rakyat Malaysia – PSRM). Tidak syak lagi mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan parti tersebut banyak dicorakkan dengan isu-isu ekonomi dan kemasyarakatan. Kuala Besut tidak terkecuali. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Julai 2013 in Penerangan Pusat

 

PRK Kuala Besut: Fakta Azmin tak betul – Mustafa

Harakahdaily, 01 Jul 2013

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa isu parti mana dari Pakatan Rakyat yang lebih layak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu.

“Parti mana yang bertanding pada PRK Kuala Besut tak sepatutnya menjadi polemik.

“Mengikut amalan yang difahami semua, calon yang akan bertanding adalah dari parti yang bertanding pada PRU sebelumnya, iaitu calon dari PAS,” katanya kepada Harakahdaily. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Julai 2013 in Penerangan Pusat

 

KENAPA BERLAKU PERTINDIHAN CALON PAS & PKR?

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 April 2013 in Penerangan Pusat, PRU 13, VIDEO/TV

 

2 Tokoh, Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS


PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling.

Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2013 in Penerangan Pusat

 

Jentera PRU PAS diarah gerak segera

KUALA LUMPUR: Semua jentera pilihan raya PAS di seluruh negara diarahkan agar digerakkan segera berikutan ura-ura Parlimen akan dibubarkan esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) mengarah, Jenteri Pilihanraya Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) dan Jentera Pilihanraya Dun (JPrD) bermesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubar esok.

“Sila mesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri esok.

“Gerakkan strategi tahap lepas bubar,” arah Dr Hatta kepada semua jenteranya.

Dr Hatta berkata demikian berikutan laporan media Parlimen besar kemungkinan dibubarkan esok selepas mesyuarat Kabinet.

Esok 3 April genap empat tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai PM pada 3 Mei 2009. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 April 2013 in Penerangan Pusat