RSS

Category Archives: Penerangan Pusat

Wasatiyyah Dan Konsert Psy-Korea

Oleh Riduan Mohd Nor

BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghua dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari 2013. Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan mereka.

Kos membawa artis Psy – yang popular dengan lagu Gangnam Style dikatakan bernilai USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.
Sekalipun BN menafikan program itu anjuran mereka dengan mendalihkan syarikat swasta gergasi Mega Ultimate yang membayarnya, rakyat tetap melihat ia merupakan suatu pembaziran. Apalah malang sebuah syarikat digunakan sebagai proksi untuk membelanjakan duit sejumlah itu hanya untuk menghiburkan rakyat. Daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya 1 malam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini. Masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan. Lebih baik pula syarikat tersebut melabur kepada perniagaan lain yang mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Februari 2013 in Penerangan Pusat

 

Umno Terpaksa Kitar Semula Ahli PAS.

Oleh Idris Ahmad

Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam maka Umno terpaksa mengambil ahli PAS dan bekas ahli PAS yang bermasalah. Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka manjadi hulu kapak untuk menebang PAS.

Mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka ini akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh Umno lagi. Kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang kianat perjuangan PAS. Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang. Paling menyedihkan sekali tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada dipenghujung usia.

Yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan Majlis Syura Pas telah meluluskan Tahaluf Siasi sejak tahun 1986. Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?. Alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi menjadi penentang ketika usia di hujung senja. Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia boleh dikecapi?

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Februari 2013 in Penerangan Pusat

 

INNALILLAH… Gambar TERKINI dari Rusila

TERKINI dari Rusila

Assalamualaikum, Takziah diucapkan kepada semua… pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Insya’Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin.

Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).

Terima Kasih. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 5 Februari 2013 in Penerangan Pusat

 

PAS bimbang ‘Projek IC’ di Selangor

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberi hak kerakyatan (IC) di Selangor dan negeri­negeri di Semenanjung Malaysia yang menunjukkan pertambahan luar biasa dalam daftar pemilih pilihan raya.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, hal tersebut wajar dilaksanakan kerana berlaku pertambahan mendadak jumlah pemilih baru termasuklah di Negeri Selangor.

“Jika ribuan pendatang asing di Sabah dengan mudah boleh diberi kerakyatan yang pada awalnya ini dianggap fitnah dan mainan pembangkang, maka tidak mus­tahil agenda sulit ini boleh menjalar ke sini (Semenanjung Malaysia),”tegasnya di Pejabat Harakah Isnin lepas. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Perutusan Maulidur – Rasul 1434H Mursyidul Am PAS

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) – Surah al-Ahzab, ayat 21

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini. Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Rakaman HKR #KL112

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Januari 2013 in Penerangan Pusat, VIDEO/TV

 

Fenomena Amanat dan Takfir

Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani - Siapa ?Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Januari 2013 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Kisah duka buruh paksa, wangnya disapu UMNO sejak tahun 1990an

KOTA BAHARU, 9 Ogos – Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun.
Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan.
Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun. “Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka,” kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu.
Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76,menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya. Khadijah seringkali mencelah sebagai “jurucakap” suaminya itu disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paksa itu tetap terpahat kukuh dalam ingatannya.  Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 
Imej

Jangan Lupa Himpunan Mega Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013..sebarkan!!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Lakonan Debat UMNO-PAS tajaan BN_1

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in Penerangan Pusat, VIDEO/TV

 

Ada pimpinan UMNO ajak debat…. Ustaz Fadzil Noor ulas lama dah!!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in Penerangan Pusat, VIDEO/TV

 

Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS kerana didakwa berbohong mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung ‘Amanat Hadi’.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait amanat tersebut.

Sebaliknya hanya Majlis Fatwa Negeri Melaka yang berbuat demikian.

“Kita desak Rais tarik balik dan mohon maaf kepada Ustaz Hadi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan hari ini membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Ustaz Hadi berhubung isu ini.

Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Amanat Haji Abdul Hadi: jika ia berbunyi begini…

Oleh : http://nikabduh.com

amanatJikalah amanat itu..

Jikalah amanat itu berbunyi,

‘Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.’

lalu kesannya, wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu amanat di atas ditarik balik demi mengelak pecah-belah?

Jika jawabannya ya, bagaimana jika dienggani dengan hujah bahawa amanat di atas adalah sama dengan maksud ayat al Quran dalam surah al Ma’idah:44?

Adakah kita akan kata, oleh kerana ianya memecah-belahkan umat Islam, maka ia tetap mesti ditarik balik!

Sudah pasti itu bukan jawaban balasnya. Setiap muslim mesti takut untuk mendesak ‘amanat’ yang membawa maksud ayat al Quran itu ditarik balik. Ia ‘bagai’ mencabar maksud al Quran.

Justeru apakah penyelesaian agar tuduh-menuduh yang memecah belahkan tidak berlaku?

Ya, jawabannya hanya satu. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 2 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Muzakarah Isu Amanat Haji Hadi : Menanti Respons Majlis Fatwa Kebangsaan

Oleh Khairul Faizi Mohd Kamil

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah mengutus sepucuk surat susulan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu ‘Amanat Haji Hadi’ pada hari ini. Sebelum ini DPPM pernah menghantar surat kepada Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 Disember 2012 memohon untuk diadakan Muzakarah diantara majlis tersebut dengan Exco DPPM berhubung isu ini.

Surat ini diutus kepada Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran tiada respons diberikan oleh majlis tersebut terhadap permohonan DPPM. Dalam hal ini, DPPM merasakan mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan tidak berminat membincangkan isu ini serta mengadakan majlis muzakarah antara semua pihak bagi membincangkannya secara mendalam.

Namun demikian, DPPM merasakan isu ini perlu diperjelaskan kepada masyarakat supaya masyarakat faham terhadap isu sebenar memandangkan ianya telah dipolemikkan oleh segelintir pihak. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2013 in Penerangan Pusat

 

Amanat Haji Hadi: Ulama Muda UMNO, Kenapa Baru Sekarang?

Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).

amanatIsu kafir mengkafir menerusi ”Amanat Haji Hadi” dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang menjadi petanda kepada paluan kompang pilihanraya.

Antara yang terlibat menimbulkannya adalah seorang ustaz muda, Fathul Bari, yang ketika isu ini bermula, baru berusia setahun dua.Dalam tulisannya dalam akhbar Sinar, beliau menekankan soal tabayyun (memastikan kedudukan sebenar) dalam menangani isu ini. Dengan membawakan contoh kisah Ammar dan keluarganya, soal takfir perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan.

Kita bersetuju bahawa soal takfir bukan soal yang boleh dipermudah-mudahkan lantaran ia melibatkan soal batas iman dan kufur. Oleh sebab itulah, umat Islam perlu sentiasa diingatkan tentang batas-batas akidah. Pada masa yg sama, hukum kafir juga tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya. Justeru, para ulama hanya menekankan soal kaedah dalam batas iman tanpa menentukan secara khusus kepada siapa individu yang telah melanggar batas itu. Bahkan menjadi kewajipan ulama untuk sentiasa memperingatkan umat supaya batas iman itu sentiasa dipelihara. Adapun yg berhak menjatuhkan hukum kafir atau murtad adalah bidang kuasa qadhi atau hakim di mahkamah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Disember 2012 in Penerangan Pusat