RSS

Category Archives: Penerangan Pusat

Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan”

PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Disember 2012 in Penerangan Pusat

 
Imej

#KL112 !! Kami Datang!! Apa Jua Halangan… Bak Datang!!!

#KL112 final countdown

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2012 in Penerangan Pusat

 

PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC

Umno=pas-graphicDUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.

Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: “Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air”. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Disember 2012 in Penerangan Pusat

 

Tok Guru Nik Aziz Menyantuni Ulama’ Besar

Tok Guru Nik Aziz mencium tangan menyantuni Ulama’ besar dari Syria,Syeikh Muhammad Ali As Sobuni  yang melawat Kelantan.
Syeikh Muhammad Ali As Sobuni telah mengarang hampir 40 kitab kitab besar termasuk yang paling terkenal tafsir Al Sobuni,yang diguna ramai umat Islam di seluruh dunia ~ Tinta Hijau DKB
 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Disember 2012 in Penerangan Pusat

 

Kepimpinan Ulamak Menurut Perspektif Islam

Oleh: Ustaz Haji Azhar bin Yahya, Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat)

tn_azharyahya_03Hukum asal untuk melantik pemimpin dalam Islam adalah alim dalam ilmu syarak, mengetahui dan mampu mengeluarkan hukum sehingga ke tahap ijtihad. Khulafa’ ar-Rasyidin adalah mereka yang alim dan mampu berijtihad. Bahkan para Nabi dan Rasul yang memimpin manusia adalah alim dalam selok belok agama. Oleh kerana itu, para fuqaha’ bersepakat bahawa kemampuan berijtihad dan mengeluarkan hukum adalah menjadi syarat untuk dilantik menjadi pemimpin. Mereka tidak menerima untuk dibuang syarat ini kecuali dalam keadaan dhorurat (Lihat Dr. Qaradhawi, Min Fiqhi ad-Daulah, 1997).

Justeru, Para Ulamak mampu memenuhi syarat tersebut kerana kemampuan mereka merujuk al-Quran dan as-Sunnah. Kepimpinan Ulamak bukan pengaruh Syiah sebagaimana yang diamalkan di negara Iran hari ini, tetapi ia bersumberkan kepada hukum yang dikeluarkan oleh para Fuqaha’ Islam.

Melantik pemimpin di kalangan Ulamak adalah sangat penting kerana sesetengah isu kadang-kadang perlu diselesaikan dan dibuat keputusan dengan segera tanpa sempat diadakan perbincangan dan mesyuarat. Golongan Ulamak dapat memenuhi tuntutan tersebut kerana mampu membuat keputusan berlandaskan Islam. Mereka mampu untuk menangani permasalahan rakyat dan isu semasa bersumberkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 Disember 2012 in Penerangan Pusat

 

53% lompat parti, 31% lagi sabotaj Umno

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. (Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang)

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Disember 2012 in Penerangan Pusat

 

Tahukah kita???? Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.

Oleh: siasahkini

Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.

~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.

– kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.

~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela … Read the rest of this entry »
 
2 Komen

Posted by di 28 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Abdul Shukur Harun Sangsi Wibawa Presiden?

Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail.
Muktamar kali ke 58 yang diadakan oleh PAS baru-baru ini telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh perwakilan sebagai muhasabah kepada seluruh ahli dan kepimpinan bagi memantapkan parti, apatah lagi dalam persiapan untuk mendepani Pilihanraya Umum yang boleh berlaku bila-bila masa daripada sekarang.
Syabas dan tahniah kepada semua pembahas yang telah berjaya menjadikan muktamar kali ini hidup dan segar. Cadangan, usul dan teguran menjadi rempah ratus yang mengenakkan telinga apabila mendengarnya. Garam dan gula diletakkan secukup rasa bagi memastikan perjalanan PAS pada masa akan datang tidak terhalang dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?

Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker’s cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion
lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Bangsa Ameno ada berani ka tengok gambar-gambar neh

Lebih 30 ribu berhimpun di Stadium Sultan Muhamad Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Khutbah: Hijrah Untuk Menegakkan Negara Islam

Oleh: ustaznik

“Sinopsis: Taqwim Islam ditandai dengan peristiwa hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah. Ia bukan semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat.

Ia adalah satu perjalanan bagi meneruskan kesinambungan sebuah perjuangan yang amat besar bagi mengubah dunia dari jahiliah kepada Islam, dari sesat kepada petunjuk, dari kezaliman kepada keadilan, dari kesempitan hidup dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

Perjalanan merentasi padang pasir yang dipenuhi slot-slot yang sangat mencabar sebuah keazaman sehingga akhirnya tertegak sebuah negara yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Itulah negara Islam. Itulah hijrah yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. DSTG Presiden PAS berkhutbah Jumaat mengenai peristiwa ini pada 24 Zulhijjah 1433H (9 Nov 12) :Hijrah Untuk Menegakkan Negara Islam (0)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Hijrah 1434 – Tahun Mengukuh Tali Allah Bukan Tali Kebangsaan

Oleh Nik Abdul Aziz

Sambutan tahun baru Hijrah 1434 kali ini amat baik bagi semua umat Islam sama-sama bermuhasabah dalam meneruskan usia (nikmat) kehidupan agar sentiasa diredai Allah SWT.

Lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam, termasuk di negara ini yang masih diselubungi dengan isu perpecahan dan perpaduan.

Justeru perpaduan adalah pilihan terbaik demi mengukuhkan kedudukan umat Islam dan perpecahaan hendaklah dielak sama sekali. Inilah titik muhasabah dan pendirian yang sepatutnya dikongsi sama oleh semua pemimpin dan golongan Islam pada saat menyambut tahun baru Hijrah ini.

Sehubungan itu, saya terkenang kepada satu kunjungan lima orang kenamaan merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan (pada 2 Zulhijah 1433), datang menyampaikan salam perpaduan mewakili pelbagai NGO Melayu. Mereka menjadi penyambung cita-cita perpaduan yang sedia dipupuk atas nama bangsa. Bicara dan luahannya dengan nada kecintaan yang tinggi kepada warisan bangsa yang digambarkan terlalu indah sekiranya perpaduan Melayu dapat dipupuk.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 November 2012 in Penerangan Pusat

 

| Perutusan Maal Hijrah 1434h

Oleh Abdul Hadi Awang

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihanraya.

Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya dikalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Disamping itu kita sebagai individu muslim juga mesti berubah kearah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia kearah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku dimasa ini.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Ulamak Umno Cuba Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Chua Soi Lek ?

Oleh : Ustaz Azhar Yahya
Timbalan Ketua Ulamak Pelapis  PAS Pusat

Ulamak Pelapis PAS (Pusat) merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan saudara Fathul Bari yang seakan-akan ingin meredakan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan hukum Hudud.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 5.11.2012, antara isi utama kenyataan saudara Fathul Bari adalah penegasan bahawa Datuk Seri Chua Soi Lek bukanlah mempertikaikan hukum-hukum Islam sebaliknya beliau hanyalah mempertikaikan Hudud versi PAS.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah atas dasar dan hujah apa yang memungkinkan pihak-pihak yang terbabit membuat kenyataan bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukannya Hudud yang disyariatkan di dalam Islam?

Ulamak Pelapis PAS(Pusat) juga ingin mempersoalkan kepada saudara Fathul Bari tentang kenyataan beliau yang menyatakan bahawa banyak perkara dalam enakmen Hudud Kelantan dan Terengganu yang bertepatan dengan Syarak dan al-Quran. Kenyataan ini menggambarkan seolah-olah ada perkara yang terkandung di dalam dua enakmen tersebut yang bercanggah dengan ketetapan Syarak. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2012 in Penerangan Pusat

 

Chua Soi Lek Sombong Untuk Terima Kebenaran Hudud

Oleh : Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh                                                                                              (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat)

Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA bagi mempertahankan kenyataannya berkenaan dengan Hudud baru-baru ini menggambarkan kesombongan beliau untuk menerima hakikat kebenaran Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau berkata bahawa penentangannya terhadap Hudud bukan menentang dan menghina agama Islam tetapi apa yang ditentang adalah Hudud PAS.

Jelasnya, beliau tidak boleh menerima penerangan yang diberikan bahawa Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah undang-undang Syariah yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad para Ulamak muktabar. Menghina Hudud adalah menghina Islam kerana Hudud adalah sebahagian daripada Islam. Menghina Hudud juga adalah bermakna menghina Rasululullah yang membawa risalah Hudud.

Datuk Seri Dr. Chua telah silap apabila memahami Islam hanyalah pembinaan masjid, institusi Tabung Haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan lain-lain sebagaimana dakwaannya. Islam tidak sempit sebagaimana dakwaannya tetapi Islam adalah cara hidup yang mengatur kehidupan manusia sama ada dalam bidang sosial, ekonomi mahu pun politik. Termasuk ajaran Islam ialah hukuman Hudud. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2012 in Penerangan Pusat