RSS

Category Archives: POLITIK

Sejarah Kejahatan UMNO -Peristiwa Lubuk Merbau 1985

Oleh Penulis Bebas

Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985.

Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk ‘Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau’ dan ‘Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau’ telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1]

Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah : Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Januari 2013 in POLITIK

 

Kali ini, Abby betul-betul panas!!

abbyMelalui video di bawah, Abby Abadi membuatkan puak-puak UMno terutamanya Perkasa paling panas punggong. Antara ucapan Abby..

1) Ahli Perkasa adalah Melayu bermasalah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Januari 2013 in POLITIK

 

Pengumuman Dari Jawatan Kuasa Hiimpunan Kebagkitan Rakyat

blog Tukar Tiub

PENGUMUMAN PENTING

PAKAIAN

sila pakai seringan mungkin, baju t, seluar, bukan kain ketat,seluar jeans,kasut sneaker kasut getah,bukan kasut tingi tumit, topi kain tudung, bawa towel kecil, gunakan beg selendang melekat ke badan Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Januari 2013 in POLITIK

 

Malaysia aman, yang huru hara hanyalah UMNO dan BN!

Oleh: senik

Assalamualaikum,,..

Menjelang PRU 13, berbagai bagai kebimbangan, ketakutan dan ugutan disebarkan oleh UMNO dan orang suruhannya yang diketuai oleh PERKASA yang menjadikan haru sana sini sebagai jurucakapnya.

Menakutkan bagi orang orang seperti haru sana sini, tetapi apa yang sedang berjalan dalam negara tidak menampakkan apa apa kebimbangan pun, di mana rakyat berbilang bangsa hidup dengan aman, berkomunikasi dengan baik dan rakyat menyerap segala keperitahan dengan baik sekali. Tiada masalah langsung malah ramai di kalangan rakyat jelata sudah tidak sabar untuk mengundi dan melihat bagaimana UMNO mampu menipu lagi di PRU nanti.

Jelasnya, tiada keadaan tension dalam negara menjelang PRU, segalanya steady dan majoriti rakyat menjangkakan PRU kali ini akan dijalankan dihujung penggal malah ada yang menjangkakan percubaan Najib untuk memanjangkan penggal pemerintahannya atau dengan kata kata lain rakyat menjangkakan Najib tidak akan membuat PRU selagi mana dia mampu bertahan.

Benar atau tidak sama samalah kita nantikan.Yang pasti PRU yang ditunggu sudah menjadi anti klimik di mana rakyat sudah lama bersedia untuk mengundi.Tiada suasana huru hara yang ada cumalah haru sana haru sini oleh segelintir tentera upahan UMNO yang mungkin akan lari lintang pukang selepas PRU nanti.Antara yang diharu sana sinikan oleh tentera upahan ini ialah DAP harbi(istilah yang digunakan tupun pakai bantai ajer) akan merampas Malaysia dari tangan orang melayu kalau PR dibiarkan menang dan kata mereka lagi kalau ini dibiarkan berlaku, 13 mei akan berlaku lagi.Memang haru kerana yang dirampas oleh DAP bukan Malaysia, tetapi kerakusan UMNO yang selama ini menjadikan Malaysia sebagai harta pesaka datok nenek mereka. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2012 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tiada Lagi Mandat Untuk UMNO Pada PRU 13

Oleh Eikhwan Ali

Pilihanraya adalah mekanisme penting dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Ia adalah proses pengurniaan mandat dan kuasa rakyat kepada seseorang individu dan sesebuah parti untuk mentadbir sesebuah negeri dan negara bagi menjamin kemerdekaan, memelihara keamanan, memacu kemajuan dan menegakkan keadilan untuk rakyat dan tanah air ini.

Proses ini mesti berlangsung dengan tiga (3) unsur; [1] partisipasi menyeluruh rakyat, [2] jaminan kebebasan asasi, dan [3] proses yang bersih dan adil. Idea pendaftaran automatik dan penurunan umur kelayakan sebagai pengundi adalah cadangan bijaksana bagi memastikan lebih ramai rakyat terlibat. Rakyat mesti dijamin kebebasan asasi mereka seperti kebebasan bersuara, berparti dan berhimpun, tanpa sekatan menggunakan pelbagai undang-undang dan peraturan. Reformasi pilihanraya perlu berlaku dengan membersihkan senarai pemilih, akses media yang saksama dan penolakan terhadap budaya politik kotor dan samseng.

Bersilih-ganti sesebuah parti kepada parti yang lain untuk mengetuai kerajaan adalah suatu yang normal bagi proses ini di negara-negara yang mengamalkan demokrasi secara telus. Doktrinisasi dan persepsi bahawa pertukaran ini adalah suatu yang negatif yang dilancarkan adalah kerana dua (2) perkara; [1] kebimbangan yang teramat sangat oleh sesebuah parti terhadap kemandirian partinya untuk terus kekal berkuasa, dan [2] menganggap bahawa rakyat terlalu dangkal untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2012 in PENDAPAT, POLITIK

 

Alamat besar Pembubaran parlimen sudah muncul !!

log Batu vs Kayu

Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat.

Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.

Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC pun menjadi tanda tanya dan misteri? seperti ada sesuatu agenda yang tersembunyi.

Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya yakin semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2012 in POLITIK

 

Malang sungguh UMNO terkena jerat DAP

Apabila tidak ada Melayu yang dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat dalam Kongres DAP Kebangsaan ke 16, maka ada pihak menuduh bahawa DAP menampakkan parti Cauvinis dengan memberi contoh calun melayu yang bertanding tidak seorang pun menang.
Kepada siapa yang hendak disalahkan apabila calun melayu tidak dipilih dalam Kongres DAP semalam. Kita kena salahkan kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, mereka yang bertanding itu adakah untuk menang atau saja-saja bertanding sebagai melayan permintaan beberapa orang kawan didalam DAP.
Sekiranya calun melayu itu bertanding untuk mahu menang, maka adalah teramat malang kerana calun itu tidak menilik dicermin akan kemampuan diri sendiri apabila menyerahkan diri kepada lebih 2000 orang perwakilan yang tentunya ramai kawan cina daripada kawan melayu dalam DAP. Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Disember 2012 in POLITIK

 

Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP

PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata KarpalSeperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam.

Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC – kecuali tiga orang – jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang.

Ini ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang
meminta perwakilan mengekalkan kepimpinan Karpal-Guan Eng – di mana kedua-duanya kini akan ditugaskan mengetuai ‘kempen 100 hari’ untuk menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Disember 2012 in POLITIK

 

UMNO Dipimpin Perompak -Kadir Sheikh Fadzir

DUNGUN: Umno kini dipimpin oleh ‘perompak dan penyamun’ Kata Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semasa berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Paka, dekat sini.

“Mereka curi duit berbilion-bilion2, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, katanya mereka yang hadir hanya menangis dan menyanyi sehaja sedangkan inti pati perjuangan nasib Melayu sudah tidak ada. Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan. Ini, tambah beliau berbeza dengan para pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.

“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sshaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi,” katanya. Justeru, ujarnya lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir daripada menerima bantuan dan pembelaan. “Lebih 50 tahun Umno khianati bangsa sendiri,” ujarnya.

Mengenai PRU 13 aka datang, beliau berkata, tujuh daripada 10 rakyat kini mahukan perubahan. Justeru, beliau menyifatkan perjuangan untuk melakukan perubahan pada PRU13 nanti merupakan satu jihad dengan menumbangkan kerajaan Umno BN.(IH)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 Disember 2012 in POLITIK

 

RENUNGAN – Calon Melayu Yang Tanding Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Tertewas !!

GEORGETOWN, 16 Dis – Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tersingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung, semalam.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Zairil cuma memperolehi 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi. “Apabila kita katakan Malaysian Malaysia itu, maknanya kita mesti mewakili semua agama, semua bangsa, semua kaum… seimbang. Mesej yang saya sampaikan selama ini belum sampai ke akar umbi. Mereka masih lagi mengundi, memilih pemimpin berpandu kepada bangsa,” katanya.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti. “Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini (Sabtu) tak de seorang pun calon Melayu… Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti,” tambahnya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Disember 2012 in POLITIK

 

10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui

ABU (1)Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun.

Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat.

Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Disember 2012 in Berita PKR, POLITIK

 

PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai “sekutu penting” yang “berprinsip tegas” walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

“PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping PKR,” katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

“DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia,” kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

“Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri),” katanya seperti dipetik agensi itu. -mk Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Disember 2012 in POLITIK

 

Artis Pierre Andre – naik ke pentas dakwah

PierePelakon dan pengarah muda terkenal, Pierre Andre, menjejaki teman artis yang lain naik ke pentas dakwah.

Beliau baru-baru ini muncul dalam Anugerah Skrin 2012 dan memenangi Anugerah Yasmin Ahmad. Anak kepada pelakon wanita, Katijah Tan itu, muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sudah berubah ke arah kebaikan juga membuka mata ramai pihak.

Ucapannya di atas kemenangan itu juga merangkumi kata-kata dia teramat bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada dirinya.

Pierre yang mengakui semakin mencuba untuk mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan mengatakan kehidupan di dunia perlulah seimbang dengan kehidupan di akhirat kelak.

Oleh itu, anak muda itu mempunyai niat untuk berdakwah melalui hiburan dan berharap cara itu dapat menyampaikan mesej tentang agama Islam dengan jelas lagi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Disember 2012 in POLITIK

 

55 TAHUN: JANJI DITEPATI

FAKTA KOMPOSISI KERUSI MELAYU Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Julai 2012 in POLITIK

 

Debat PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Julai 2012 in POLITIK, VIDEO/TV