RSS

Category Archives: PR Kecil Tenang

HADIAH KEMENANGAN PRK TENANG – MINYAK NAIK 10 SEN

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

[Baca berita penuh]

 
1 Komen

Posted by di 31 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Keputusan secara terperinci di PRK Dun Tenang

Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana. Lihat hasil keputusannya.


 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Presiden PAS ucap setinggi tahniah kepada Cikgu Mala dan para petugas Pakatan Rakyat seluruh negara

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

 

PAS menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen,  Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan, kata Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada media.

“Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan,” ujarnya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 31 Januari 2011 in PR Kecil Tenang, Uncategorized

 

KULIAH JUMAAT TG NIK AZIZ – DATARAN TENANG

 
1 Komen

Posted by di 28 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

RAMAH MESRA BERSAMA BLOGGER

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Bongkar! Penyelewengan Calon BN DUN Tenang

Berdasarkan maklumat dari beberapa orang responden yang CiLiK© temui semasa penamaan calon (22 Januari 2011), tanah yang telah dilelong kepada pembeli tanpa pengetahuan tuan tanah terletak di satu kawasan di Mukim Jabi Segamat.

Bagi membuktikan kesahihan maklumat ini, CiLiK© telah ke Mukim Jabi Segamat dan mencari sendiri di manakah letaknya lokasi tanah berkenaan dengan bantuan seorang kakitangan Pejabat Tanah.

Melalui alamat yang diberikan, CiLiK© telah pergi ke lot tanah berkenaan. Menyusur dari satu kebun ke kebun yang lain. Keadaan kebun-kebun yang tidak berpagar menyebabkan CiLiK© keliru yang mana satu lot tanah berkenaan. Alhamdulillah, setelah dirujuk dengan beberapa orang penduduk setempat, akhirnya CiLiK© berjaya menjumpai lot tanah yang menjadi pertikaian antara tuan tanah, pembeli dan juga Datuk Ai (Calon BN).

Berikut disertakan bukti bergambar perjalanan yang telah CiLiK© lalui hari ini :

Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 25 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang – Utusan

Harakahdaily
 

LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Pentas Debat Untuk Najib Sudah Disediakan

LABIS 24 JAN : Pakatan Rakyat bersedia menyediakan platform perbahasan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa pilihanraya di DUN Tenang ini.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihanraya PAS PRK DUN Tenang, Salehuddin Ayub pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau menambah Datuk Seri Najib tidak perlu mengeluarkan pelbagai alasan dan helah untuk menerima pelawaan debat tersebut kerana pentas telah pun ditawarkan agar rakyat dapat menilai hujah daripada kedua-dua pemimpin itu.

“‘Kami Pakatan Rakyat DUN Tenang sedia menyediakan pentas untuk kedua-dua tokoh.

“Najib tidak wajar tolak pelawaan kami sekiranya konsisten. Kalau takut guna perkataan debat, guna perkataan diskuasi,” ujar beliau.

Dalam pada itu ditanya media kesedian calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman untuk berdebat sekiranya dicadangkan, Salehuddin menjawab.

“Kami bersedia pada bila-bila masa dan kami amat yakin sekiranya ada NGO yang mahu mempengerusikannya,” tambahnya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Salehuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menggesa kerajaan  menyiasat segera kerugian MAS RM8 bilion yang dianggap skandal kedua terbesar selepas Port Klang Free Zone (PKFZ) ketika dipimpin Tan Seri Tajuddin Ramli.

Beliau turut mempersoalkan tiada tindakan undang-undang yang dikenakan kepada bekas menteri Umno-Barisan Nasional itu berhubung perkara itu.

“Kalau Najib ikhlas dan konsisten dalam agenda perangi rasuah, maka saya mohon kerugian MAS mesti diambil tindakan.

“Adakah dia telah masuk ke dalam zon ‘untouchable’?” ujar Salehuddin lagi.

Salehuddin turut menyentuh laporan akhbar China Press semalam yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong yang menuduh calon PAS, Normala mempersoalkan penjualan arak di kedai makanan yang dilawati ketika sesi bertemu masyarakat di DUN Tenang.

Beliau berkata penafian telahpun dibuat oleh Normala dan menggesa ahli parlimen itu mengemukakan bukti tuduhan itu.
“Kita cabar ahli parlimen ini kemukakan bukti,” tegas beliau.

Sejak akhir ini, Normala sering diserang oleh komponen MCA berhubung isu agama dan perkauman di DUN Tenang.

Normala akan bertanding satu lawan satu dengan calon BN, Azhar Ibrahim pada 30 Januari nanti.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Umno Gagal “Dakwah” MCA

SHAH ALAM 23 JAN : Kedangkalan ilmu agama pimpinan Umno-Barisan Nasional, menjadikan isu bersalaman calon PAS, Normala Sudirman terus digunakan sebagai kempen parti komponennya pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, walaupun sekian lama MCA menjadi parti komponen BN yang diterajui oleh
kepimpinan beragama Islam, parti itu masih gagal mendidik perkara asas dalam Islam.

” Kalau yang sudah mengaku Islam pun tidak faham, di kalangan sahabat-sahabat MCA jauh tidak faham tentang isu-isu keIslaman.Mereka tidak dapat didik dengan
Umno sebab Umno sendiri tidak mengarah kepada mendidik tentang Islam kepada parti-parti yang bersama dengannya,” kata Ustaz Ghani kepada Tv Selangor.

Malah menurut Ustaz Ghani, tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek mempertikai tindakan Normala yang enggan bersalaman dengan pengundi Cina menunjukkan sikap
perkauman sempit yang dibawanya.

” Jelaslah bahawa Chua Soi Lek adalah seorang politikus yang agak cenderung kepada perkauman dan oleh kerana itu hujah-hujah mereka dalam memenangi hati rakyat adalah hujah perkudaan.

” Jadi Chua Soi Lek harus dilatih dan dididik agar memahami politik yang mengatasi kaum, politik yang menggunakan alasan-alasan yang lebih logik, lebih bertamadun, lebih beretika, dan lebih bermoral,” tambah Ustaz Ghani.

Dalam perkembangan terbaru, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini turut menyelar pendirian
Normala sambil menyifatkan tindakan tidak bersalam dengan bukan muhrim sebagai tidak mesra.

Walaupun penjelasan telah diberikan oleh calon PAS di Tenang namun ia nampaknya tidak dihiraukan oleh pimpinan BN dan parti komponennya dalam cubaan meraih
undi masyarakat Cina di DUN tersebut.

” Saya fikir itu bukan isu yang boleh menenggelamkan pengaruh PAS di Labis.

” Yang jelas Umno bukanlah parti yang cuba memenuhi kehendak-kehendak Islam sepertimana yang dituntut oleh agama walaupun barangkali mereka mendakwa mereka juga membela agama tetapi keagamaan yang mereka bawa itu adalah dalam batas yang dangkal. Walaupun ada ustaz-ustaz di situ  tetapi hanya sebagai pengikut dan bukan yang membuat polisi dan dasar,” tambahnya lagi.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

MCA Menghina Islam : Mufti Perak

 

SHAH ALAM 24 JAN : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memohon maaf kepada orang Islam kerana mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam.

Sebelum ini Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan yang menyentuh soal wanita Islam bersalam – calon PAS-Pakatan Rakyat kerusi DUN Tenang Normala Sudirman, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Tindakan Chua Soi Lek dilihat cuba mempersendakan hukum Islam tatkala Umno berdiam diri dalam soal ini.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala  yang tidak bersalam dengan bukan muhrim.

Kontroversi itu yang  terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua kemudian ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

JAMIL KHIR…..Bil Bermazahabkan UMNO

 

Apa kata Ulmak Muda UMNO ......boleh nasihat CSL yang hina hukum Islam

JAMIL Khir semenjak `bermazhab’ Umno sekarang nampaknya sudah pandai membuat fitnah dan cerita bohong. Di dalam Buletin Utama TV 3 suku, Jamil Khir menuduh PAS dahulunya mengharamkan wanita jadi calon, kini mengambil calon wanita di PRK Dun Tenang.

Jamil Khir bukan orang politik pada asalnya, mungkin beliau tidak tahu apa pun tentang politik. Sebab itu beliau tidak tahu sejarah bahawa PAS berpuluh tahun dahulu pernah mencalonkan wanita sebagai calon di Terengganu.

Mengapa Jamil Khir tidak ulas tentang kenyataan Chua Soi Lek yang mempersendakan hukum wanita Islam menyentuh kulit lelaki yang bukan Muhrimnya? Chua Soi Lek telah mempersendakan hukum ini apabila calon wanita dari PAS tidak bersalam dengan kaum lelaki yang bukan dari muhrimnya. Beliau juga mempersendakan DS Wan Azizah yang menggunakan sarung tangan bila bersalam dengan kauim lelaki.

Inilah akibatnya apabila bermazhab Umno. Mata menjadi `buta’ dan mulut menjadi `bisu’. Jamil Khir juga sudsah pandai `merasuah’ apabila menyampaikan sumbangan kepada rakyat di Labis. Mengapa sekarang? Apa tujuannya?/wfauzdin.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tenang: BN Guna Isu Negara Islam -Salahuddin Ayub

LABIS, 23 Jan 11: PAS tidak bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Tenang, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini. Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang berkata, parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantu menjelaskan perkara tersebut kepada pengundi bukan Melayu di kawasan itu.

“Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti pendekatan dan kempen akan dihasilkan oleh PKR dan DAP.

“Jadi kita tak perlu risau… kita tidak bimbang, PKR dan DAP akan bantu jelaskan,” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini. Ini bukan kali pertama BN menggunakan isu negara Islam ketika berhadapan dengan saingan pilihan raya kecil.

BN melalui parti komponennya, MCA berkata akan membawa isu-isu seperti negara Islam dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sejak pilihan raya umum lalu. Ini sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan defensif. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Calon Tenang: Siapa comel menang? Apa kata Shahrizat di Pusat Penamaan Calon!

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Felda Cempelak ni yang merupakan antara felda tertua. Dibuka semenjak tahun 1964 dan sudah ramai generasi pertamanya yang meninggal. Genarasi keduanya pun sudah mencecah umur 50 tahun. Felda yang sudah didatangi oleh PM Najib Tun Razak yang terus mengungkit jasa di Felda. Terus membahagikan janji politik bagi memberi tanah generasi kedua felda dan mengugut untuk menafikan hak mereka yang menentang UMNO.

Terus menggula-gulakan janji pembangunan canggih walaupun nak up-date blog pun tak dapat kat situ… yelah berokband tak boleh memanjat 3G… takleh guna, lambat nak mampuss…

Selepas perarakan calon dan para Kontigen Pas dari BPP Negeri Terengganu telah mengadakan satu majlis rengkas bersama Tuan Guru Presiden bagi pelancaran dan ramah mesra bersama tenaga bantu di UPU Felda Cempelak dari negeri Terengganu yang kini bersama bersama-sama dengan beberapa Pas kawasan Johor sendiri. Taujihat serta pendedahan sejarah perjuangan Islam dinusantara dan perjuangan Islam Pas. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di 23 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

NONE
Perang kartun di Tenang

KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.

Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan masyarakat Cina” berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang

22 Januari 2011 (Sabtu)

1) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Bersama Masyarakat India

Lokasi : Restoran G&D, Pekan Labis

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Prof Dr Ramasamy
3. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
4. YB Manikavasagam
5. YB S Manikumar
6. YBhg Surendran
7. Normala Sudirman (Calon)

2) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah

Lokasi : Markas PAS, Kampong Sawah Baru

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Saifuddin Nasution
3. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
4. YBhg Utz Nasaruddin Tantawi
5. YB Zuraida Kamaruddin
6. Normala Sudirman (Calon)

3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah

Lokasi : Markas PAS, Felda Tenang

Penceramah
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Saifuddin Nasution
3. YBhg Utz Nasaruddin Tantawi
4. YB Zuraida Kamaruddin
5. YBhg Mazlan Aliman
6. Normala Sudirman (Calon)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2011 in Berita PKR, PR Kecil Tenang