RSS

Category Archives: PR Kecil Tenang

53 TAHUN MCA BERKAWAN DENGAN UMNO.. INILAH HASILNYA

http://najwasuhaimi.blogspot.com/

Dalam kenyataan terbaru Chua Soi Lek (CSL) dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, CSL secara sarkastik menyindir cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.

Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,” Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis

Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria
 

LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya  Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

5O TAHUN FELDA – (FELDA TENANG) SEKADAR PERINGATAN ?

DIMANA DIKATAKAN PENEROKA KAYA RAYA - PINJAMAN PENDAPATAN PENEROKA YANG MENYERAHKAN LADANG MEREKA PADA FELDA DI BAYAR PERMULAAN RM1,000.00

Peneroka adalah pemilik ke atas tanah yang dimajukan oleh FELDA. Peneroka perlu membayar balik semua perbelanjaan pembangunan yang telah dibelanjakan dalam bentuk bayaran kembali. Kutipan bayaran kembali dibuat dalam tempuh 15 tahun selepas kebun getah mula berhasil dan bagi kebun sawit selepas system blok. Terdapat 4 jenis perbelanjaan yang diambilkira dalam bayaran kembali. a. Perbelanjaan Pembanguan Ladang b. Perbelanjaan Pembangunan Kawasan Kampong c. Pinjaman Persendirian d. Faedah ke atas a,b dan c Kutipan bayaran kembali daripada peneroka dibuat melalui penyata pendapatan getah dan sawit. Kadar kutipan bayaran kembali adalah tetap setiap bulan dan berbeza diantara peneroka disebabkan perbezaan pinjaman persendirian. Jumlah kutipan direkod di master fail peneroka . Penyata hutang bayaran kembali disediakan setiap 3 bulan untuk diedarkan kepada peneroka.

Janji Najib hanya manis di bibir – peneroka Felda
Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Januari 2011 in ISU FELDA, PR Kecil Tenang

 

Arahan Lalu Lintas Penamaan Calon N05 Tenang

Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada parti bertanding berkaitan arahan lalu lintas sempena penaman calon N05 Tenang pada 22/1/2010 Jam 9.00 pagi.

Arahan daripada pengarah operasi bilik gerakan PAS N05 Tenang adalah seperti berikut:

1. Penyokong yang ingin menyertai perarakan untuk penamaan calon diminta berada di Pekan Labis sebelum jam 12 tengah malam 21/1/2011.

2. Sekiranya melepasi waktu tersebut, para penyokong dari KL/utara diminta keluar di tol tangkak menuju ke bandar Segamat dan melalui jalan Pogoh seterusnya menuju arah Labis dari segamat. Ini kerana seluruh jalan Di tengah bandar Labis bermula simpang Balai Polis Labis hingga ke Petronas kedua akan ditutup tepat 12.01- 22/1/2010.

3. Bagi arah selatam melalui Yong Peng, anda diminta meletakkan kenderaan di sekitar kawasan maybank sebelum balai Polis Labis dan jalan Muar-Labis sebelum masjid Labis.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

7.00 a.m : Berkumpul di dataran Wayang Pacak PAS Labis

7.30 a.m : Solat hajat dipimpin Dewan Ulama’ PAS

8.00 a.m : Perarakan Penamaan calon sejauh kira-kira 1.5 km mengikut arahan lalu lintas urusetia bilik gerakan operasi.

Moga Dipermudahkan olehNya.

Takbir!!

 
1 Komen

Posted by di 21 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang – Satu Renungan

Sedih masih lagi terasa diwajah kami pabila Jenazah yang terbujur kaku berada dihadapan Saaf.

Tiada seiapa tampil kehadapan menjadi Imam…..Imam tiada, bilal tiada terdengar suara yang jelas didalam dewan masjid.

Imam tiada, bilal tiada, yang ada solat jemaah zohor beberapa ahli khairah , jentera BN yang menanti PM kebanyakan bersama PM, Petugas jentera PAS Pahang yang hadir solat berjemaah setiap waktu terkedu.

Dimana Imam, Dimana Bilal, Dimana pimpinan BN Umno, terdegar suara nakal berbunyi didalam masjid.

Siak masjid meminta sambil memanggil makmum untuk tampil kehadapan, sesipa yang boleh jadi Imam sila kehadapan…… berulang kali pangilan tersebut terdengar oleh saya.

Saya yang berada diperkarangan beranda masjid sedang berihat selepas solat Zohor berjemaah terkejut apabila diminta oleh beberapa ahli khairah yang ada antaranya menarik tangan saya kehadapa bagi mengimankan solat jenazah tersebut. Saya tidak mengtahui jenazah siapa yang berada dihadapan itu?.

Saya terasa berat hati untuk menjadi Imam kerana pada ketika itu saya memaki baju jubah yang berjeketkan lambang PAS, almaklumlah saya orang luar dan kelihatan makmun yang belambangkan 1Malaysia memenuhi ruang saf hadapan.

Saya gagahi juga tampil kehadapan menjadi imam dalam keaadan sayu dan sebak memikirkan jenazah tersebut dibiarkan tampa ada imam untuk mengimani solat jenazahnya.

Kita merancang dan Allah SWT merancang….Sepatutnya PM dan pengerusi Felda, Pengerusi Umno Johor dan jawatankuasnya menguruskan jenazah tersebut terlebih dahulu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tenang: Jangan gentar hadapi Umno BN

Harakah

Hazayani Zakaria 

 

LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang.

“Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN.

“Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5.

“Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

PRK Tenang : SPR Diminta Bertindak Adil

LABIS – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil dan mengambil tindakan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah pun melanggar arahannya supaya tidak berkempen di luar waktu.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mendedahkan beliau telah menerima aduan daripada penduduk Felda setempat bahawa Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah pun masuk ke kawasan Felda untuk berkempen.

“Saya telah menerima aduan, (Datuk) Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) telah masuk berkempen dalam kawasan Felda, saya baru menerima SMS, esok beliau akan berkempen di Felda Tenang,”kata Mazlan dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja PAS dekat sini semalam. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Januari 2011 in PR Kecil Tenang