RSS

Category Archives: SINAR JUMAAT

Khutbah – Kepimpinan Islam DiDaulat Keadilan DiMartabat

Khutbah – Kepimpinan Islam DiDaulat Keadilan DiMartabat

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 April 2013 in SINAR JUMAAT

 

HIJRAH MENUJU KEPADA ALLAH DAN RASUL

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Sebagaimana yang telah maklum kalendar Islam telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar al-Khattab r.a. Beliau dan para sahabat telah memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam ini pada tahun di mana Nabi s.a.w. dan para sahabatnya berpindah dari Mekah yang dikuasai oleh golongan musyrikin ke Madinah kerana begitu pentingnya peristiwa tersebut terhadap kejayaan dakwah Islam.

Namun Maal Hijrah yang muncul setiap tahun hanya dilihat sebagai sambutan kedatangan tahun baru bagi umat Islam. Kebanyakkan umat Islam gagal menghayati semangat hijrah sebenar yang pada hakikatnya dapat memberi kesan yang begitu besar terhadap umat Islam.

Hijrah dari segi bahasa bermaksud meninggalkan atau berpindah. Dari segi istilah hijrah memiliki dua makna.

PERTAMA ia bermaksud berpindah dari negeri syirik menuju ke negeri Islam. Hijrah dalam erti ini adalah sebagaimana hijrah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para sahabatnya yang meninggalkan kampung halaman mereka di Mekah menuju ke Madinah. Ada yang berpendapat dengan berakhirnya penghijrahan tersebut maka tidak ada lagi hijrah setelah itu. Perkara ini dapat disangkal dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” – Hadis riwayat Abu Dawud no 2120 Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 18 Disember 2009 in SINAR JUMAAT

 

Kenapa perlu memilih mazhab?

memilih mazhab?

Kita tidak berijtihad, tetapi kita memilih salah satu dari dua pendapat imam-imam. Bagaimana pula ini dikatakan sebagai ijtihad? Mengapa kita hanya perlu mengikut satu mazhab sahaja? Tidak bolehkah kita mencampur-adukkan semua pendapat dan memilih yang terbaik?

Menjawab persoalan di atas, ijtihad bermakna mengeluarkan pendapat. Apabila terdapat dua pendapat yang berlainan, memilih salah satu dari kedua pendapat itu juga dikira sebagai ijtihad. Ikhtilaf yang timbul antara mazhab hari ini sebenarnya adalah ikhtilaf dan perbezaan pendapat sejak zaman para sahabat lagi.

Sekiranya terdapat percanggahan pendapat antara dua sahabat, maka imam-imam akan terlebih dahulu meneliti yang mana satukah antara percanggahan tersebut yang lebih menepati syarak. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Disember 2009 in SINAR JUMAAT

 

Apakah Hukum Merokok Atau Rokok Itu Sendiri

Fatwa Oleh : Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi

rokok1 –        Pendahuluan

2-         Sebab diharamkan

3-         Mudarat harta

4-         Mudarat penghambaan

5-         Merokok diharamkan di sisi syarak

1.  Pendahuluan

Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada pesuruhNya ( Nabi Muhammad S.A.W ),ahli keluarganya, sahabat-sahabat juga orang-orang yang mengikut jejak langkahnya.

Sesungguhnya telah muncul pokok ini yang dikenali dengan nama ” والتتن    ” التمباك “  والتبغ والدخان “  di akhir kurun ke sepuluh hijrah. Oleh kerana pokok ini digunakan secara meluas di kalangan orang ramai, maka ianya telah memaksa alim ulama di zaman itu membahas dan mengkajinya untuk memberi penjelasan hukum dari segi syarak. Read the rest of this entry »

 
3 Komen

Posted by di 6 November 2009 in SINAR JUMAAT

 

Tudung DiPerangi Telanjang Dipuji

101Dua isu besar dalam politik dunia tetapi agak kurang mendapat perhatian, tercetus akibat politik di Eropah dalam tempoh beberapa bulan lalu. Kecaman Presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap pemakaian hijab oleh wanita Muslim di negara itu dan pembunuhan seorang wanita berketurunan Mesir, Marwa al-Sherbini di Dresden, Jerman oleh seorang ekstremis.

Tidak seperti kes karikatur di akhbar Denmark beberapa tahun lalu, dua kes ini tidak menyentuh sensitiviti seperti kes karikatur itu, disebabkan ketersampaian rendah kepada berita itu di dunia Muslim dan ketiadaan usaha membina respons terhadap isu itu seperti dalam kes karikatur Denmark. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 31 Julai 2009 in SINAR JUMAAT

 

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Email Oleh : Zamri Keciks

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 31 Julai 2009 in SINAR JUMAAT

 

Golongan Gugur di Jalan Dakwah

Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Angka ini saya pilih berdasar bilangan yang hadir dalam muktamar-muktamar tahunan yang diadakan di tiap satu negara, belum lagi mereka yang tak dapat hadir. Belum lagi peningkatan bilangan di tahun-tahun berikutnya. Belum lagi bilangan mahasiswa/i di universiti-universiti tempatan yang terlibat, walaupun pergerakan mereka agak dibatasi oleh akta dan kekangan-kekangan tempatan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Jun 2009 in SINAR JUMAAT

 

Bukti Kebenaran Islam

Da’wah islamiyah tidaklah ditujukan hanya untuk orang-orang yang sudah memeluk islam akan tetapi juga kepada seluruh manusia tidak terkecuali mereka yang masih kafir, musyrik atau yang mengingkari keberadaan Allah dan kebenaran agama-Nya.

Dikarenakan da’wah ini adalah mengembalikan manusia kepada fitrahnya dan menunjukkan mereka kepada jalan kebenaran maka ia merupakan perbuatan yang paling mulia di sisi Allah swt, sebagaimana firman-Nya :

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Artinya : “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. Fushilat : 33)

Didalam hadits yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah saw bersabda,”Demi Allah jika Allah memberikan hidayah kepada seseorang lantaran kamu maka hal itu lebih baik bagimu daripada onta merah. “ (HR. Bukhori dan Muslim) Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Jun 2009 in SINAR JUMAAT

 

Amal Perbuatan Yang Memudahkan Mukmin Menyeberangi Jembatan Neraka

Sebagaimana sudah kita ketahui setiap Ahli Tauhid sebelum berhak mencapai pintu gerbang surga diharuskan melewati ujian berat yaitu menyeberangi jembatan yang membentang di atas Neraka Jahannam. Nabi shollallahu ’alaih wa sallam melukiskan jembatan itu sebagai lebih tipis dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang. Ada mereka yang sukses menyeberanginya, ada yang sukses namun terluka kena sabetan duri-duri dan besi-besi kait yang merobek sebagian anggota tubuhnya sementara ada yang gagal sehingga terjatuh dan terjerembab dengan wajahnya terlebih dahulu masuk ke dalam api menyala-nyala Neraka Jahannam.

وَلِجَهَنَّمَ جِسْرٌ أَدَقُّ مِنْ الشَّعْرِ وَأَحَدُّ مِنْ السَّيْفِ عَلَيْهِ كَلَالِيبُ وَحَسَكٌ يَأْخُذُونَ مَنْ شَاءَ اللَّهُ وَالنَّاسُ عَلَيْهِ كَالطَّرْفِ وَكَالْبَرْقِ وَكَالرِّيحِ وَكَأَجَاوِيدِ الْخَيْلِ وَالرِّكَابِ وَالْمَلَائِكَةُ يَقُولُونَ رَبِّ سَلِّمْ رَبِّ سَلِّمْ فَنَاجٍ مُسَلَّمٌ وَمَخْدُوشٌ مُسَلَّمٌ وَمُكَوَّرٌ فِي النَّارِ عَلَى وَجْهِهِ

“Dan Neraka Jahannam itu memiliki jembatan yang lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Di atasnya ada besi-besi yang berpengait dan duri-duri yang mengambil siapa saja yang dikehendaki Allah. Dan manusia di atas jembatan itu ada yang (melintas) laksana kedipan mata, ada yang laksana kilat dan ada yang laksana angin, ada yang laksana kuda yang berlari kencang dan ada yang laksana onta berjalan. Dan para malaikat berkata: ”Rabbi sallim. Rabbi sallim.” ( ”Ya Allah, selamatkanlah. Selamatkanlah.”)  Maka ada yang selamat, ada yang tercabik-cabik lalu diselamatkan dan juga ada yang digulung dalam neraka di atas wajahnya.” (HR Ahmad 23649) Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Jun 2009 in SINAR JUMAAT

 

Islam, ulama dan syura

nik-abduh-2Semasa saya mengunjungi ayahanda di hospital untuk memberitakan pemergian saya ke Mesir sebelum bulan Ramadhan baru – baru ini, saya sempat juga menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa orang pelawat yang lain. Sangat biasa saya hanya menjadi pendengar yang tekun sahaja dan jarang mencelah kecuali apabila perlu, saat ayahanda berpaling ke arah saya seperti meminta pandangan daripada saya.

Apabila saya memberi pandangan di hadapannya, saya agak terlalu merendahkan suara sehingga saya sendiri rasa terkilan, bimbang ayahanda gagal memahami maksud saya. Ia mungkin suatu yang negatif dan dilihat tidak memberi manfaat apa – apa. Tetapi, sepanjang dididik sedari kecil di bawah tarbiyah Islamiyah, samada di rumah atau di sekolah, saya mendapatinya sebagai suatu terjemahan kepada adab – adab Islamiyah yang tinggi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Mei 2009 in SINAR JUMAAT

 

Sepatutnya bersyukur, bukan Islam ungkap ayat Quran – Dr Azhar Yaakob

Azamin Amin

Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam yang mengungkap ayat-ayat Quran malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan untuk mereka mendekati dan memahami Islam.

Demikian kata pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakob, sambil mengulas bahawa sudah pasti orang bukan Islam turut memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam dengan mengkaji serta berlatih terlebih dahulu sebelum mengungkap ayat-ayat Quran termasuk mengetahui maksudnya supaya ianya tidak tersasar.

“Lainlah kalau mereka menghina, mempermainkan ayat Quran ataupun salah tafsir…itu kita tentang. Kalau nak ikut salah sebutan, ramai termasuk orang Islam sendiri banyak silap. Itu proses belajar, yang penting mereka ungkap untuk menceritakan bahawa ayat Quran suruh manusia berlaku adil. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 April 2009 in SINAR JUMAAT

 

Mendidik Anak Berpolitik

Oleh : Abu Saif.

“Okay, kita nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor, siapa yang nak jadi ketua?” saya bertanya kepada anak-anak.

“Abi!!!” mereka sebulat suara memilih saya.

“Baik, kalau Abi jadi ketua, semua orang kena dengar cakap Abi. Kalau Abi suruh tidur, semua kena tidur. Kalau Abi ajak balik bilik dan berhenti main air, semua kena ikut balik bilik, boleh?” saya menjelaskan makna ketua kepada pengikut.

“Boleh!” jawab Saiful Islam dan Naurah.

Sentiasa boleh. Tetapi bila sampai masanya, macam-macam pula ragam mereka.

“Kalau Abi tak ada, nak dengar cakap siapa?” saya bertanya lagi.

“Umi!” kata Naurah.

“Bagus. Dengar cakap Umi macam dengar cakap Abi, okay?” saya menambah.

“Okay,” mereka menjawab. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 10 April 2009 in SINAR JUMAAT

 

Manusia Antara Akidah dan Riddah

Pertama

Manusia sejak awal kewujudannya di muka bumi lagi sudah mengimani wujudnya tuhan, yang mentadbir alam sejagat ini. Sepanjang perjalanan sejarah, manusia sentiasa mencari siapa tuhan itu. Socrates dalam falsafah di zamannya menyakini bahawa alam ini ada pencipta. Tetapi beliau gagal menemui siapa pencipta yang dimaksudkan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Mac 2009 in SINAR JUMAAT

 

Aku Perlu Berubah

“Seorang yang berpelajaran tinggi, mungkin seorang doktor atau ustaz. Mahukah dia mendengar pendapat medical atau hukum daripada seorang yang lebih junior atau low level daripadanya?”

“Seorang yang berumur. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang muda?”

“ Seorang yang alim. Mahukah dia mendengar pendapat seorang yang jahil?” Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Mac 2009 in SINAR JUMAAT

 

Hujan, panas perjuangan PAS

Oleh Roslan Shahir

Marilah kita insafi bersama tugas dan tanggugjawab kita ini . PAS perlu terus komited berdiri tegak dan kukuh dalam persada politik tanahair atas landasan perjuangannya yang keramat itu.”

PAS dilahirkan dengan tujuan menyempurnakan taqwa, iaitu melahirkan generasi muttaqun yang menyedari tanggungjawab “al amru bil makruf wan nahyu anil mungkar” di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 13 Mac 2009 in SINAR JUMAAT