RSS

Category Archives: TAZKIRAH RAMADHAN

Selamat Datang Ramadhan Mubarak

Ramadhan adalah bulan dedikasi untuk Al Quran. Semoga kita semua bisa berhubungan dengan kebaikan sepanjang bulan suci ini.

Ramadhan Mubarak untuk kita semua. Kami memohon kepada Allah swt agar senantiasa membimbing kita melakukan perbuatan baik, dan berkenan menerima ibadah shaum dan doa kita.

Ramadhan adalah bulan Al Quran dan kebaikan. Ibnu Abbas mengatakan, “Saya tidak pernah melihat orang yang lebih baik lagi daripada Rasulullah, dan dia adalah orang yang paling murah hati ketika Jibril membacakan Quran dengannya.” Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Ogos 2009 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

HAJI MABRUR Siri 3 – Haji tidak sah dan tertolak

Macamana haji boleh batal?
Macamana haji tak sah? Duit habis 10 ribu, tinggal kampong halaman 45 hari.
Itu sebab kita kena belajar, menuntut ilmu, baru tahu cara2 mengerjakan haji. Kejahilan adalah punca utama tidak mendapat Haji Mabrur.

27 tahun dahulu saya belajar di Kolej Islam Kelang. Masih segar dalam ingatan saya pesanan Ustaz Abdul Rahman tentang ibadat Haji. Katanya, “Ramai orang yang tidak sah Hajinya kerana tawaf”.

Jom kita teliti apa sebab tidak sahnya tawaf. Nampak mudah tetapi kalau kita amati betul-betul memang benar kenyataan ustaz saya tu bahawa ramai yang mengerjakan haji tetapi hajinya tidak sah kerana TAWAF. Tawaf ialah salah satu daripada rukun Haji. Rukun Haji bila tertinggal atau tak sah, maka tak sahlah haji.

Syarat-syarat sah Tawaf
1. Suci daripada hadas dan najis.
2.
Menutup aurat.
3. Tujuh kali keliling.
4. Bermula dan berakhir di Hajar Aswad.
5. Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf.
6. Tawaf di luar Kaabah dan Hijir Ismail tetapi di dalam masjid.
7. Dalam niat dan tujuan tawaf.

Perhatikan betul-betul pada perkara yang bertulisan merah dalam syarat-syarat sah tawaf. Di situlah berlakunya kecuaian orang yang tawaf.

Pertama: Orang yang tawaf wajib suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
Hadas kecil hilang/terangkat apabila kita mengangkat wuduk. Persoalannya ialah adakah wuduk kita betul dan sah?


Ramai orang yang mengambil wuduk tetapi tak sah. Bila wuduk tak sah maka tawaf tak sah. Bila tawaf tak sah maka haji pun tak sah.

Di mana silapnya dalam berwuduk? Terutamanya ialah ketika menyapu kepala(hukum asalnya bukan menyapu rambut). Hukumnya ialah menyapu sebahagian kepala. Tetapi yang ramainya ialah menyapu hujung rambut atau dahi(termasuk dalam bahagian muka). Agak payah saya nak terangkan di sini. Mereka yang mengikuti kuliah saya sangat memahami persoalan ini.

Kedua : Orang yang tawaf wajib menutup aurat.
Batal tawaf kerana tidak menutup aurat. Ia biasanya berlaku kepada jemaah haji wanita ketika istilam(sunat sahaja). Fahami betul-betul apa yang hendak saya utarakan ini.

Aurat wanita ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan telapak tangan.
Terbuka aurat berlaku(kalau tidak diambil berat) iaitu ketika istilam/isyarat tangan ke arah Penjuru Hajar Aswad dan Penjuru Yamani.
Jemaah haji wanita sewaktu mengangkat tangan untuk istilam, lengan bajunya turun/terlondeh ke bawah maka terdedahlah aurat tangannya, Bila terdedah aurat maka batallah tawafnya, bila batal/tidak sah tawaf maka tidak sah hajinya. Sebab itulah seorang wanita hendaklah berhati-hati ketika istilam, alangkah baiknya wanita memakai stoking lengan.

Ketiga : Orang Tawaf wajib sentiasa mengirikan Ka’abah.
Dada hendaklah sentiasa hala ke depan manakala bahu sentiasa mengirikan Ka’abah. Jemaah haji hendaklah berhati-hati ketika istilam ke penjuru Hajar Aswad jangan sampai berpusing dada ke arah Ka’bah. Jadi ketika istilam tangan sahaja diisyaratkan ke penjuru hajar aswad, pastikan bahu kita sentiasa mengirikan Ka’bah.

Jemaah haji juga hendaklah berhati-hati ketika asyik membaca buku nota/doa semasa tawaf. Dibimbangi bahunya sudah tidak mengirikan Kaabah lagi kerana tumpuan matanya pada buku nota, berjalan ikut kaki. Apalah ertinya sibuk membaca doa-doa itu sedangkan hati kosong kerana tidak memahami maknanya.
Saya menasihati para jemaah haji khususnya ketika tawaf tak payahlah membawa sebarang buku nota/doa atau menyibuk diri dengannya. Berikan tumpuan sepenuhnya pada tawaf, bacalah mana-mana doa yang kita ingat.

Keempat: Orang Tawaf hendaklah sentiasa dalam tujuan tawaf.
Sewaktu tawaf jangan mengejar seseorang atau mempercepatkan langkah untuk mendapatkan seseorang di depannya. Ini sudah dikira tidak dalam tujuan tawaf.

Bagi mereka yang bergerak dalam kumpulan kena lebih berhati-hati termasuk suami isteri. Kerana bimbang ditinggalkan kumpulan atau suami maka dipercepatkan langkah kerana mengejar bukan kerana tujuan tawaf.
Berhati-hati, inilah yang kerap berlaku sewaktu tawaf.

Saya fikir itulah beberapa peringatan saya kepada jemaah haji.
Slot berikutnya ialah berhubung pantang larang besar ketika mengerjakan haji, insyaALlah.
Ust. Yusof Embong (Timb. Pesuruhjaya Pas Pahang)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Oktober 2008 in BERITA PAHANG, TAZKIRAH RAMADHAN

 

Semua manusia adik-beradik – Mursyidul Am

 
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) – Semua manusia seluruh dunia adalah “adik-beradik sebenarnya” tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.

“Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam.

“Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.

“Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan.

“Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.

“Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama,” kata Tuan Guru.

Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: “Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w.�

“Semuanya ini berupa pengabdian,” katanya lagi.

Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan “untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia”.

Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.

“Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya,” kata Tuan Guru.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Oktober 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana kita selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan yang telah dilakukan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Azza Wajalla.
Aidilifitri berasal العيد dari katakerja bahasa Arab iaitu : عاد يعود yang bermaksud kembali. Ini adalah kerana musim kegembiraan yang kembali setiap tahun. Di dalam Al-Quran perkataan ‘Aid’ telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam firmanNya yang bermaksud: (( Isa putera Maryam berdoa: “Ya Tuhan kami turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau. Berikanlah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling Utama”)). Surah Al-Maidah:114.

Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w ketika sampai di Madinah mendapati penduduk Madinah sentiasa merayakan dua hari kegembiraan mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda:

قـَدْ أبْدَلـَكـُمُ اللهُ تعالى بـِهـِمَا خـَيْرًا مِنـْهُمَا: يـَوْمَ الفِطـْرِ وَالأضـْحَى

Maksudnya: Sesungguhya Allah Taala menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hariraya Aidilfitri dan Aidiladha.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Aisyah r.h berkata:

جـَاءَ حَبْشٌ يَزْفـِنـُوْنَ فِيْ يَوْمِ عِيْدٍ في المَسْجدِ فـَدَعَاني النبي صلى الله عليه وسلم فـَوَضَعْتُ رَأسِيْ على مَنـْكِبـِهِ فـَجَعَلـْتُ أنـْظـُرُ إلىَ لـَعْبـِهـِمْ حـَتىَّ كـُنـْتُ أنـَا التيْ أنـْصَرِفُ عَنِ النـَظـَرِ إلـَيْهـِمْ

Maksudnya: Beberapa orang Habsyah datang ke Masjid pada hariraya dan mereka menari. Nabi s.a.w memanggilku dan aku letakkan kepada di atas bahunya, kemudian aku turut serta menonton permainan (tarian) mereka hinggalah aku sendiri memalingkan muka kerana malu melihat mereka.

Berdasarkan hadis di atas maka adalah menjadi keharusan hariraya di sambut dengan hiburan yang boleh menceriakan jiwa dan menggembirakan.
Di pagi hariraya adalah disunatkan supaya mandi, berpakaian indah dan berwangi-wangian. Hassan Al-Sabt r.a berkata:

أمَرَنـَا النـَبـِيُّ صَلىَ الله عليه وسلم في العَيْدَيْن أنْ نـَلـْبـِسَ أجـْوَدَ مَا نـَجِدُ وَأنْ نـَتـَطـَيَّبَ بـِأجـْوَدِ مَا نـَجـِدُ

Maksudnya: Nabi s.a.w menyuruh kami memakai pakaian terbaik pada dua hariraya dan juga menggunakan haruman terbaik yang kami ada. Hadis riwayat al-Hakim.

Di hariraya Aidilfitri terdapat amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan, antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Anas r.a: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga dia makan buah kurma dan dia tidak makan melainkan secara ganjil. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad.

Buraidah r.a meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga beliau makan dan pada hari Aidiladha pula beliau tidak makan hingga pulang (dari solat). Hadi riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Oleh itu di pagi hariraya sebelum menuju ke Masjid untuk solat hariraya adalah baik makan terlebih dahulu dan disunnat makan buah kurma secara ganjil bilangannya.
Di samping itu jika boleh ketika pulang dari solat hariraya laluilah jalan lain kerana menepati sunnah Nabi s.a.w. Jabir r.a. meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w pada hariraya Aidilfitri mengambil jalan lain (pergi dan balik untuk solat hariraya).

Di hariraya juga ummat Islam digalakkan mengucapkan selamat kepada saudara sesama Islam sebagai ucapan tahniah dengan ketibaan hariraya. Jubair bin Nafir meriwayatkan: Bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila bertemu di hariraya mereka saling mengucapkan “Taqabbalallahu minna wa minka” (Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu).

Bagi menambahkan lagi suasana kegembiraan sempena ketibaan hariraya Aidilfitri maka disunatkan bertakbir seawal terbenam matahari hari akhir Ramadan sehingga sebelum solat hariraya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

JAUHI YANG HARAM DI HARIRAYA

JAUHI YANG HARAM DI HARIRAYA

Menjadi fenomena biasa hari ini di mana bila tibanya hariraya maka semua umat Islam mempamerkan kegembiran dengan pelbagai cara dan ragam. Namun kegembiraan ini sewajarnya sentiasa berada di bawah kepatuhan kepada hukum halal dan haram. Kerana jika tidak kegembiraan kita hanya mengundang kemurkaan Allah Taala. Antara amalan salah yang dilakukan pada hariraya ialah:

1) Tidak bangun untuk solat subuh ke masjid atau berjamaah. Kedapatan di kalangan umat Islam yang terus tidak solat subuh kerana keletihan dan kelewatan tidur akibat berjaga menyiapkan juadah hariraya. Ini semua adalah berdosa di sisi Allah Taala.

2) Tidak mendengar khutbah hariraya. Sebaik sahaja selesai solat Aidilfitri ada di kalangan kita yang terus sahaja pulang ke rumah tanpa mendengar khutbah sedangkan khutbah adalah rukun kepada solat sunat hariraya. Maka tiadalah ganjaran pahala bagi mereka yang terus sahaja pulang tanpa mendapat ilmu dari khutbah yang disampaikn.

3) Amalan menziarahi kubur perlulah tidak dianggap sebaik agenda utama hariraya. Kerana menziarahi kubur adalah digalakkan pada bila-bila masa sebagai satu cara mengingatkan kematian di samping dapat mendoakan penghuni kubur. Namun jika tidak menghalang sambutan hariraya ia boleh dilakukan sebagai mengambil peluang berkumpulnya sanak saudara di hariraya.

4) Kedapatan juga di kalangan umat Islam yang ghairah bersalaman semasa bukan muhrim atas alasan untuk bermaafan sedangkan ia menyanggahi syariat Islam. Sewajarnya bagi lelaki dan perempuan yang bukan muhrim seperti antara sepupu lelaki dan perempuan, teman sekerja, rakan sekolah dan sesiapa sahaja, cukup sekadar mengucapkan maaf dimulut ketika bertemu. Suasana bersalaman lelaki perempuan bukan muhrim ini makin menjadi-jadi kerana sering diwar-warkan di dalam media massa. Sedangkan media massa sepatutnya menghindangkan budaya dan adat yang selari dengan kehendak Islam dan bukan sebaliknya.

5) Di hariraya juga kedapatan umat Islam khususnya kaum wanita yang keluar rumah dengan memperagakan pakaian baru tanpa menutup aurat. Amalan ini adalah hasil daripada sikap memandang rendah soat tuntutan menutup aurat. Amat malang sekiranya di hariraya wanita Islam keluar mendedahkan aurat atau berpakaian menjolok mata yang bukan sahaja mengundang dosa untuk dirinya malah setiap mata lelaki ajnabi yang melihatnya pasti akan memberikan saham dosa percuma bagi wanita tersebut.

6) Dalam pada itu hariraya juga sering digunakan untuk menonton rancangan hiburan di televisyen. Ramai di kalangan umat Islam dan anak-anak mereka menghabiskan masa di depan televisyen menonton hidangan rancangan hariraya yang majoritinya tersasar dari syariat Islam sedangkan hariraya ialah saat terbaik menziarahi sanak saudara dan rakan-taulan untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim.

7) Meninggalkan solat fardhu kerana melakukan ziarah hariraya. Ini adalah fenomena yang sedang berkembang di kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Hariraya dijadikan tiket untuk tidak solat dan dijadikan alasan untuk melakukan apa sahaja.

Demikianlah beberapa amalan salah yang sering dilakukan oleh umat Islam apabila menyambut hariraya. Bagi membetulkan keadaan ini ibubapa seharusnya berusaha mencorakkan budaya yang betul dan selari dengan Islam ketika bergembira di hariraya.

Pihak kerajaan juga seharusnya mengawal rancangan hiburan hariraya di media massa yang sebahagian besarnya tidak banyak membantu umat Islam untuk menghayati erti sebenar kemenangan umat Islam. Hariraya Aildilfitri hanya akan menjadi sia-sia jika beberapa amalan yang telah dinyatakan terus dilakukan oleh kita.

Sabda Rasulullah s.a.w:

لِلصَّائـِم ِفـَرْحَتـَان يـَفـْرَحُهُمَا، إذ َا أفـْطـَرَ فـَرِحَ بـِفـْطِرِهِ، وَإذ َا لـَقِيَ رَبـَّهُ فـَرِحَ بـِصَوْمِهِ

Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Islam, ulama dan syura

Oleh Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz

Salam Ramadhan,

Semasa saya mengunjungi ayahanda di hospital untuk memberitakan pemergian saya ke Mesir sebelum bulan Ramadhan baru – baru ini, saya sempat juga menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa orang pelawat yang lain. Sangat biasa saya hanya menjadi pendengar yang tekun sahaja dan jarang mencelah kecuali apabila perlu, saat ayahanda berpaling ke arah saya seperti meminta pandangan daripada saya.
Apabila saya memberi pandangan di hadapannya, saya agak terlalu merendahkan suara sehingga saya sendiri rasa terkilan, bimbang ayahanda gagal memahami maksud saya. Ia mungkin suatu yang negatif dan dilihat tidak memberi manfaat apa – apa. Tetapi, sepanjang dididik sedari kecil di bawah tarbiyah Islamiyah, samada di rumah atau di sekolah, saya mendapatinya sebagai suatu terjemahan kepada adab – adab Islamiyah yang tinggi.

Ia bagi saya adalah penghayatan kepada sebuah kehidupan yang penuh sopan dan teladan yang dianjurkan Islam. Adab dan akhlak mulia adalah isi penting pengajaran dan kehidupan Islamiyah.

Pertama, saya kena memuliakannya sebagai seorang bapa. Ibu dan bapa adalah syarat memasuki ridha dan syurga tuhan. Ia menyentap nikmat perjuangan dan kehidupan jika dialpakan dan dipinggiri kepentingannya. Ayah dan ibu bukan untuk dipohon ampun dan dipeluk cium hanya di pagi raya, bahkan setiap pagi adalah hari raya untuk mereka daripada kita anak – anak. Kita perlu membahagiakan mereka di hadapan dan di belakang mereka. Biar kita menjadi syurga mereka di dunia ini sebelum mereka menjadi syurga kita.

Ibu bapa mana tidak gembira melihat kita tergagap – gagap rentak kita di hadapannya semata – mata kerana ingin menghormati, beradab dan menjaga tata santun kita di depannya. Biar mereka menikmati kita hari ini sebagaimana mereka menikmati kita semasa mereka mendidik kita semasa kecil dahulu. Perhatilah, merekakan terhibur melihat gelagat dan ngomelan cucu – cucu mereka, anak – anak kita itu. Biar sifat keanakan itu masih menjadi pakaian rasmi kita di hadapan mereka, biar besar mana nama kita di sisi masyarakat di luar sana.

Kedua, saya kena memuliakannya sebagai seorang ulama. Ayahanda adalah tok guru di sisi masyarakat. Ia terus memuncak sehingga masyarakat menobatkannya sebagai seorang Menteri Besar sebuah kerajaan negeri Islam. Kesultanan pula memuliakan penghormatan rakyat ke atasnya dengan menganugerahkannya pula gelaran kebesaran istana. Panjangnya nama ayahanda, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin ( Tuan Guru ) Haji Nik Mat ( Alim ). 

Jika semua masyarakat berebut – rebut untuk memuliakannya, maka mestilah saya kena merebutinya di tempat yang pertama. Dia ayah saya sebelum dia adalah tok guru saya dan semua. Saya mesti memenangi perlumbaan ini di tempat yang pertama.

Ulama besar sungguh di sisi Islam. Ia menjadi besar kerana tiada lagi nabi hari ini. Tiada lagi utusan langsung dari langit atas sebagaimana zaman dahulu kala sebelum kedatangan rasul akhir zaman sallaLlahu alaihi wasallam. Zaman mana ada nabi, tiadalah ulama menjadi besar sebagaimana hari ini yang tiada lagi nabi.

Ulama itu pewaris para nabi. Nabi mewarisi ilmu langit. Kadar mana ilmu itu diwarisi ulama, kadar itulah darjat ulama menjadi tinggi. Oleh kerana nabi kita begitu diangkat ketinggiannya, maka para ulama pewaris pun turut mewarisi dan menerima tempias ketinggian itu. Ulama dijulang kerana nabi dijulang. Ulama dipalang pun kerana nabi dipalang jua.

Ulama mewarisi ilmu dan perjuangan para nabi. Bebanan ulama tak sama dengan bebanan kita orang biasa. Mereka mesti menjaga ugama. Mereka mesti menjaga dakwah. Mereka kena menarik kemaslahatan kepada ummah dan menolak kemudharatan daripada mereka.

Begitu ugama ini dijaga daripada kebatilan dan kerosakan. Ia mesti kekal sebagai ugama suci untuk dianuti jiwa yang mahukan kesucian di dunia ini.

Allahlah yang menjaga ugama ini. Ia mengarahkan malaikat Jibril memeliharanya sehingga terus diwahyukan dan diperolehi al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Kemudian baton penjagaan itu dipegang oleh Nabi Muhammad sehinggalah kewafatannya. Kemudian ia diserahkan kepada para sahabat sebagai ulama dan pewaris pertama ugama ini. Mereka adalah para tuan guru pertama umat Muhammad sebelum kita.

Di sini berlaku lompang yang memisahkan antara dua rasul tuhan ( Jibril dan Muhammad ) dengan para sahabat ( ulama pertama ). Yang pertama disucikan daripada dosa dan kesalahan, sedang yang kedua kekal berhadapan dosa dan kesalahan.

Bagaimana agama ini dijaga oleh para pewaris yang tidak mewarisi kesucian dan ismah ( maksum )? Tidakkah ini mengakibatkan ugama juga akan terdedah kepada pemalsuan dan pemunahan?

Ia adalah persoalan yang besar dan pasti mencetus fitnah. Tetapi Allah yang maha bijaksana lebih mendahului persoalan itu dengan jawaban yang telah pun siap siaga disediakan.

Nabi Muhammad diarah untuk meladeni para sahabat yang akan mewarisi ugama ini daripadanya dengan menjadikan mereka ahli mesyuaratnya. Siapalah para sahabat yang penuh kekurangan untuk diambil timbang pandangan mereka di hadapan ar Rasul yang penuh maksum? Tidakkah cukup sudah segala jawaban jika ianya datang walaupun hanya dari seorang seperti ar Rasul? Apalah gunanya lagi pandangan para sahabat?

Namun begitulah Allah mempersiapkan jawaban buat mengisi kelompangan besar antara kedua – duanya. Betul, al Rasul cukup dengan wahyu dan Allah di sisinya untuk menjaga ugama tanpa pandangan dan jawaban para sahabat, tetapi begitulah amalan syura dihidupkan seawal zaman nabi masih di persada kehidupan buat memahamkan kita bahawa syura ulama adalah pewaris ugama ini.

Seorang nabi tidak diwarisi oleh seorang ulama. Seorang Muhammad yang menjaga ugama itu diwarisi ilmu ugama dan perjuangannya oleh sejumlah ulama yang membentuk syura yang muktabar.

Jumlah yang ramai itulah yang menjadi penyelamat sepanjang zaman kepada perjalananan ugama suci ini untuk terus kekal suci sampai kiamat.

Syura mesti daripada ulama yang mewarisi ilmu al Quran. Ia mesti dipilih oleh para ulama daripada kalangan mereka atau dengan keputusan mereka. Demikian ugama ini menjadi kebal untuk dibolosi anasir – anasir yang akan mencacatkan dan mengotorkan agama suci ini.

Agama bukan milik Ibnu Taimiyah atau Hasan al Banna atau Yusuf al Qaradhawi atau individu mana pun. Juga, ia bukan milik Abdul Aziz, atau Abdul Hadi atau Harun Din atau individu mana pun. Ia milik syura yang dikebalkan Allah dengan kekebalanNya. Himpunan ulama mencipta Ijma’ ulama. Ijma’ ulama adalah sumber ugama selepas Al Quran dan al Hadis. Begitu kita mesti memahamkan diri.

Betul, setiap ulama adalah bintang yang bercahaya. Anda menikmatinya saat langit malam itu cerah, aman dan sejahtera. Namun, apabila awan mula menggulung – gulung dan petir memanah – manah, anda kehilangan petunjuk bintang itu.

Begitulah, anda kehilangan individu ulama itu saat fitnah menyerang umat. Anda memerlukan petunjuk yang lebih jelas dan tepat. Itulah syura ulama yang pasti menunjuki.

Semasa saya menyertai perbualan ayahanda dengan beberapa pelawat lain di wad Hospital Pakar Perdana itu, seorang exco negeri memberitahu ayahanda bahawa semacam ada usaha untuk menukarkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan kepimpinan Islam. Ia merujuk kepada beberapa isu dalaman yang melanda PAS saat itu. Juga hari ini?

Ayahanda dengan wajah cerianya mencelah, ” Bagaimana mereka boleh memisahkan antara kepimpinan Islam dengan kepimpinan ulama?”

Anda tak rasa hebatkah dengan jawaban ayahanda ini? Jika begitu, anda betul – betul anak murid yang nakal! Atau beballah..

Saya terbawa – bawa hikmah ini sehingga mensyarahkannya kepada adik – adik seperjuangan di bumi Mesir. Dan sehingga sekarang saya akan menghidupkan hikmah ini.

Jika anda seorang doktor, anda diamanahkan menjaga kesihatan tubuh. Jika anda seorang arkitek dan engineer, anda diamanahkan menjaga kesihatan bangunan. Jika anda seorang ekonomis, jagalah kesihatan kocek.

Jika anda bukan seorang ulama, janganlah anda melangkah ulama untuk menjaga ugama dan dakwah ini. Kelak anda marah jika anda digelar anak tak beradab atau murid yang nakal.

Kita dalam PAS jangan jadi budak – budak nakal. Malu kita

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

HARI RAYA DALAM ISLAM

HARI RAYA DALAM ISLAM

Assalamu’alaikum muslimin dan muslimat sekalian,

Hari Raya ialah hari kita bergembira dan bersuka ria. (Sebab itu setengah ulamak tidak bersetuju bahawa pada hari raya kita menziarahi kubur, nanti kita sedih, menangis)
Bergembira kerana telah berjaya menunaikan sebulan puasa.
Bergembira kerana dapat makan minum.
Bergembira kerana berpakaian baru.
Bergembira dapat bertemu sanak saudara.
Bergembira dalam batas yang ditentukan oleh agama(syarak) dan tidak melampau serta tidak lalai mengingati Allah.
Firman ALlah Ta’ala’:
وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)


حَدِيثُ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ شَهْرَا عِيدٍ لا يَنْقُصَانِ رَمَضَانُ وَذُو الْحِجَّةِ *
Diriwayatkan daripada Abu Bakrah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Dua bulan yang terdapat Hari Raya, tidak mengurangkan jumlahnya. Iaitu bulan Ramadan dan Zulhijah . – Riwayat Bukhari dan Muslim

حَدِيثُ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ يَوْمَ الْفِطْرِ فَصَلَّى فَبَدَأَ بِالصَّلاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ خَطَبَ النَّاسَ فَلَمَّا فَرَغَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ وَأَتَى النِّسَاءَ فَذَكَّرَهُنَّ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى يَدِ بِلالٍ وَبِلالٌ بَاسِطٌ ثَوْبَهُ يُلْقِينَ النِّسَاءُ صَدَقَةً
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w berdiri mendirikan sembahyang pada Hari Raya Fitrah. Baginda memulakannya dengan sembahyang sebelum berkhutbah. Sesudah itu barulah baginda mulai berkhutbah kepada orang ramai. Apabila selesai Nabi s.a.w turun dan menghampiri kaum wanita. Baginda memberi peringatan kepada mereka, sambil bertumpang pada tangan Bilal. Bilal membentangkan pakaiannya dan para wanita mulai memberi sedekah * Riwayat Bukhari dan Muslim.

حَدِيثُ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ *
Diriwayatkan daripada Ummu Atiyyah r.a katanya: Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum muslimin * Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sempena menyambut hari raya ini, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik,(status hadith ini mintak sahabat yang pakar check semula).
berkaitan dengan konsep ‘hari raya’ yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa:

1. Setiap hari dia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta dia tidak melakukan sebarang dosa, itu adalah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari kita dapat menatap wajah Allah Ta’ala

Nabi Muhammad saw menjelaskan Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap/menatapwajah Allah Taala.

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari raya bagi kita.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam ‘hari raya’ yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.

UYE
 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 September 2008 in BERITA PAHANG, TAZKIRAH RAMADHAN

 

Hormatilah masjid, saya pun jaga sensitiviti bukan Islam – Azizan

 
 
 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta masyarakat bukan Islam menutup aurat mereka sebelum melawat mana-mana masjid.

Mereka, katanya, perlu menghormati sensitiviti umat Islam termasuk menutup aurat sekiranya mereka mengunjungi sesebuah masjid kerana bagi umat Islam, masjid merupakan tempat suci yang perlu dihormati

”Kalau hendak melawat tempat orang (masjid), kena hormat, kena tutup aurat walaupun bagi agama orang itu (bukan Islam) ia tidak perlu, kerana ini tempat orang lain.

”Ia sama seperti kita ke ICU (unit rawatan rapi), ada tempat kena tutup muka, pakai kasut dan gaun yang selalu dipakai jururawat tapi kita kena ikut sebab ia peraturan di situ,” kata beliau.

“Apa yang penting, kita kena tahu menghormati tempat itu (masjid). Saya sendiri pun jaga sensitiviti orang bukan Islam,” Utusan Malaysia memetik beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai berkata.

Akhbar tersebut baru-baru melaporkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok memakai skirt sahaja ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Setiausaha Akhbarnya, Y W Yeoh bagaimanapun menjelaskan, Selepas Teresa dibebaskan 19 September lalu, beliau sibuk dari siang sampai larut malam dengan pelbagai program setelah dijemput pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong termasuk majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut.

“Selepas dibebaskan pada pukul kira-kira 1.20 petang, beliau tidak sempat balik ke rumah pun, apa tah lagi menukar pakaian. Lagipun, jemputan untuk majlis tersebut di terima pada saat-saat akhir iaitu lewat petang hari itu juga.

“Dalam keadaan sedemikian, pakaian beliau adalah berpatutan dan sama sekali tidak boleh dianggap �kurang sopan� atau biadap. Skirt itu pula bukan skirt pendik dan panjangnya melepasi lutut.

“Lagipun, beliau berada di perkarangan masjid dan tidak masuk ke dalam bangunan masjid,” katanya.

Isu tersebut dibangkitkan setelah tersiar laporan dan gambar majlis tersebut di dalam blog Teresa.

Akhbar tersebut kemudiannya meminta Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa mengulas perkara itu.

Zakariah bagaimanapun pun agak cermat dan seimbang dalam ulasannya.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

“Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

“Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,” akhbar tersebut memetik Zakariah berkata.

Pihak pihak pengurusan masjid itu juga, katanya, seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

Walaupun diasak dengan pelbagai laporan negatif, hubungan baik Teresa dengan masyarakat Islam tidak kelihatan terjejas.

Dalam majlis berbuka puasa di Kg Tengah, Batu 13, Puchong baru-baru ini, beberapa ratus penduduk kampung menghadirinya.

Walaupun penganjur bimbang majlis tersebut tidak dihadiri oleh penduduk kampung memandangkan pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas Teresa, mereka akhirnya amat lega dengan sambutan penduduk kampung tersebut kepada program itu._

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam

Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam
Ustaz Zainudin Hashim 
Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.

Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini.

Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara. Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang.

Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia.

Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras.

Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram

Perkara di atas pernah disebut oleh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya ‘Maza ‘An as-Sohwat al-Islamiyyah fi ‘Asr al-Hadis’, di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun.

Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba’ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun.

Al-Quran

Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim.

Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu.

Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam.

Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT.

Hari Jumaat – Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu.

Masjid al-Haram – Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu. – lanh _

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Ulama saran zakat diguna kembali kaedah mazhab syafie

Ulama saran zakat diguna kembali kaedah mazhab syafie
Izwan Abdul Halim
 Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini.

Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Bantuan Makanan Dan Sumbangan Duit Raya Untuk Penduduk Miskin, Warga Emas Serta Ibu Tunggal Dan Pelajar Sempena Ramadan anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sik, di sini 14 September lalu.

Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.

Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.

“Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.

“Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri. Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan,” terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.

Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.

Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.

Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.

“Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan….itu bolehlah kerajaan nak ambil.

“Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah,” ujarnya melanjutkan hujah.

Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).

“Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.

“Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair,” terangnya.

Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.

“Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri),” ujar beliau. – mr_

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

ZAKAT DAN INFAQ Hubungan Dengan Harakah Islamiyyah

Zakat dan Infaq adalah sebuah institusi yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan luaran dan dalaman bagi sebuah Harakah Islamiyyah .

Justeru zakat membekalkan keupayaan Maaliah ( ekonomi ) untuk melengkapi kekuatan yang diperlukan oleh sebuah Harakah Islamiyyah yang beraksi membebaskan ummah dari belenggu Jahiliyyah dan serentak itu berusaha membina Daulah Islamiyyah di atas runtuhan Jahiliyyah tersebut .

Kekuatan Maaliah antara pelengkap kepada kekuatan yang mesti disediakan oleh Harakah Islamiyyah berasaskan perintah Ilahi :

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

( Surah Al Anfaal – 60 )

Tanpa syak , bahawa Harakah Islamiyyah beroperasi di atas pengorbanan anggotanya yang memiliki kesedaran dan keinsafan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah . Tanpa pengorbanan , Harakah Islamiyyah hanya wujud pada namanya sahaja dan tidak mungkin berjaya dalam operasinya.

Mengharapkan pertolongan Allah swt. tanpa pengorbanan adalah suatu sikap yang sia – sia , kerana ia jelas bertentangan dengan sunnatullah dalam perjuangan ini . Sedang Allah memerintahkan setiap individu beriman supaya berjuang menegakkan kalimah Allah swt. dengan jiwa , tenaga dan harta mereka .

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

( At Taubah – 41 )

ZAKAT DAN INFAQ

Zakat adalah suatu hak yang diambil dari harta kekayaan tertentu dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh syara’ pada waktu yang tertentu . Hukumnya adalah wajib dan ia adalah sebahagian dari rukun Islam yang lima . Berdalilkan firman Allah swt :

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

( Al Baqarah – 43 )

Infaq adalah suatu tanggungjawab perbelanjaan di atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka yang memerlukannya dan tanggungjawab tersebut menjadi bukti iman yang dimiliki oleh mereka . Ianya terbahagi kepada dua :

Bahagian 1 : Infaq sunat seperti sedeqah dan seumpamanya.
Bahagian 2 : Infaq wajib seperti zakat dan perbelanjaan ke atas tanggungan syara’ .

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

( Surah Al Anfaal : Ayat 2 – 4 )

Kelebihan dan Janji Allah kepada Mereka yang
Infaqkan Harta ke Jalan Allah ( Fi Sabilillah )

Sebagai anggota Harakah Islamiyyah , sayugianya kita merasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membiayai perjuangan yang suci dan murni ini . Pembiayaan tersebut ( samaada dalam bentuk Zakat ataupun Infaq ) pasti sahaja mendapat ganjaran besar dan setimpal daripada Allah swt.

“ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

( Surah Al Baqarah : Ayat 261 )

Namun demikian , seperkara yang wajib disedari dan diinsafi oleh setiap individu pejuang bahawa pembiayaan mereka terhadap Harakah Islamiyyah bukanlah bersifat sukarela tetapi suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan . Firman Allah swt:

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

( Surah Al Baqarah : Ayat 195 )

ZAKAT ( Infaq Wajib ) Untuk Harakah Islamiyyah .

Harakah Islamiyyah adalah salah satu asnaf dari 8 asnaf [1] yang layak menerima zakat justeru misi dan visinya menepati prinsip Fi Sabilillah .

Fii Sabilillah adalah demi kemaslahatan ummah guna melaksanakan urusan agama dan menegakkan Kerajaan Islam ( Daulah Islamiyyah ) Justeru itu , Harakah Islamiyyah yang berjuang untuk menegakkan daulah Islamiyyah dan menyelamatkan aqidah Ummah dikira menepati satu asnaf yang layak menerima zakat .
[2]

Ulama’ Fiqhiyyah telah menyenaraikan aktiviti berikut sebagai Jihad Fii Sabilillah di zaman ini .
[3]

· Mendirikan Markaz Tarbiyyah dan Da’awah Islamiyyah
· Menyebarkan Kitab Islam untuk membaiki akhlak Muslimin
· Membantu pejuang – pejuang Islam menegakkan kebenaran
· Jamaah yang berusaha mengembalikan Hukum Islam
· Kerja Jamae’I yang menyusun dan menyelaras matlamat bagi memastikan :

1. Pelaksanaan Nizamul Islami
2. Mendirikan Kedaulatan Islam
3. Mengembalikan Khilafah Islam
4. Membangunkan Islam dan da’awahnya

· Memerangi Gerakan Jahiliyyah dan Ideologi modern.
· Membebaskan bumi Ummat Islam dari hukum Kuffar yang menguasainya samada kafir Yahudi , Nasrani , Mulhidin dan mereka yang tidak beragama .

Ancaman Allah kepada mereka
yang enggan mengeluarkan Infaq Fii Sabilillah
.

Anggota Harakah Islamiyyah yang menahan diri dari mengeluarkan Infaq di Jalan Allah sebenarnya berhadapan dengan ancaman Allah swt . sebagaimana firman Allah swt :

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

( Surah At Taubah : Ayat 34 – 35 )

PENUTUP .

Islam terbina di atas Lima Perkara asas
[4] yang wajib ditunaikan oleh setiap individu . Mengabaikan salah satu darinya memberi erti Islam telah diruntuhkan olehnya. Lantaran itu , tidaklah selayaknya Islam diruntuhkan oleh seorang pejuang .

Alasan apalagi yang menyebabkan seorang pejuang teragak – agak untuk mengeluarkan Zakat dan menghulurkan Infaq kepada Harakah Islamiyyah yang mereka sertai.

Apakah masih terlintas difikiran mereka untuk menyalurkan sumber asas ekonomi itu kepada pihak yang lain , sedangkan mereka menyedari pihak tersebut tidak bersikap adil dalam pengagihan zakat serta berlaku biadab terhadap agama Allah dengan menentangnya secara terbuka.

Kenapa tidak sang pejuang memusatkan pengumpulan zakat dan Infaq ke arah melengkapkan kekuatan dalaman dan luaran Harakah Islamiyyah demi menjayakan hasrat dan usaha membina Daulah Islamiyyah.

Tidak Insafkah kita dengan sikap musuh – musuh Allah yang mampu memusatkan pengumpulan “infaq” mereka untuk menentang agama Allah . Firman Allah swt :

¨Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.

( Surah Al Anfaal : Ayat 36 )
[1] 8 Asnaf tersebut ialah Amil , Riqab , Ibnus Sabil , Gharimin , Fii Sabilillah , Muallaf , faqir dan miskin .
[2] Rujuk Fiqhul Islam ( Juzuk 1 ) oleh Asy – Syeikh Dr. Yusuf al Qardhawi .
[3] Rujuk Fiqhul Islam ( Juzuk 1 ) oleh Asy – syeikh Dr. Yusuf al Qardhawi .
[4] بنى الإسلام على خمس : شـهادة أن لا إله إلا الله و أن محمدا رسول الله و إقام الصلاة و إيتاء الزكاة و الحج و صوم رمضـان . رواه البخاري و مســلم و غيرهما .

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Keutamaan Qiyamul-Lail

Sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk surga dengan selamat dan sejahtera

Hendaknya ummat Islam memanfaatkan sebaik mungkin kesempatan Ramadhan yang sangat berharga, terutama di sepuluh malam terakhir. Jangan ada satu malampun di bulan suci Ramadhan yang tidak diisi dengan kegiatan sholat malam.

Ramadhan merupakan bulan di mana Allah ta’aala wajibkan berpuasa di dalamnya sedangkan Rasulullah Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam sunnahkan kaum muslimin melaksanankan qiyamul-lail (sholat malam/ sholat tahajjud).

َقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَمَضَانَ
شَهْرٌ افْتَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صِيَامَهُ وَإِنِّي سَنَنْتُ لِلْمُسْلِمِينَ قِيَامَهُ فَمَنْ صَامَهُ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا خَرَجَ مِنْ الذُّنُوبِ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ (أحمد)
 

Bersabda Rasululah shollallahu ’alaih wa sallam, “Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan di mana Allah ta’aala wajibkan berpuasa dan aku sunnahkan kaum muslimin menegakkan (sholat malam). Barangsiapa berpuasa dengan iman dan dan mengharap ke-Ridhaan Allah ta’aala, maka dosanya keluar seperti hari ibunya melahirkannya.” (HR Ahmad 1596)

Perlu diketahui bahwa sholat malam diperintahkan Allah ta’aala khusus kepada Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam melalui firmanNya sbb:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS Al-Israa ayat 79)

Tetapi seluruh ummat Islam disyariatkan mencontoh kepada perbuatan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam. Sepatutnya setelah Ramadhan berlalu hendaknya kita terus mengerjakan qiyamullail ini. Sebab Allah ta’aala menjelaskan bahwa orang-orang yang menjaga sholat malam, itulah sebenarnya orang yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmat-Nya.

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ آَخِذِينَ مَا آَتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

”Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (QS Adz-Dzaariyaat ayat 15-18)

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam menganjurkan ummatnya untuk mengerjakan sholat malam sambil menjelaskan bahwa kegiatan mulia tersebut merupakan kebiasaan orang-orang sholeh sejak zaman dahulu. Di samping itu ternyata sholat malam menghasilkan banyak manfaat sebagaimana disebutkan dalam hadits di bawah ini:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ
قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنْ الْإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنْ الْجَسَدِ

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda : “Kerjakanlah sholat malam sebab ia merupakan kebiasaan orang-orang sholeh sebelum kamu pada zaman dahulu. Ia juga merupakan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah ta’aala, sebagai penebus amal kejahatan-kejahatanmu, pencegah dosa dan penangkal penyakit pada badan.” (HR Tirmidzi 3472)

Bahkan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam memasukkan orang yang biasa sholat malam sebagai kelompok yang dijamin bakal masuk surga, tempat kenikmatan abadi yang Allah ta’aala sediakan bagi hamba-hambaNya yang sholeh.

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk surga dengan selamat dan sejahtera.” (HR Tirmidzi 2409)

Saudaraku, tidakkah kita ingin selalu dekat dengan Allah ta’aala? Tidakkah kita berambisi untuk meraih tebusan Allah ta’aala atas segala amal kejahatan yang pernah kita lakukan? Tidakkah kita merasa perlu memiliki pencegah dari melakukan dosa dalam diri kita? Dan tidakkah kita ingin selalu mempunyai penangkal saat penyakit badan muncul? Kemudian saudaraku, tidakkah kita

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Aidil Fitri sambutan kemenangan menentang musuh Allah


Aidil Fitri mengingatkan kaum muslimin dan muslimat kemenangan umat dan tentera Islam melawan musuh-musuh Allah dan Islam di dalam medan-medan Jihad, dahulu dan sekarang. “Sadaqa Wakdah wa Nasara Abdah wa Aazza Jundah wa Hazamal Ahzaba Wahdah” bererti Allah menunaikan janjiNya, memenangkan HambaNya, menjadikan hebat tenteraNya, mengalahkan Tentera Bersekutu sekaligus. Ini bermakna tema Aidil Fitri sepanjang zaman ialah kemenangan umat Islam dan terus bergerak menuju kepimpinan dan membimbing dunia seluruhnya. Oleh itu isu Dakwah, Amal Jamaiyy, Khalifah dan Ustaziatul Alam sentiasa dikenang dan dikuatkan sepanjang kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dan sanak saudara. Jadikanlah sambutan dan kunjungan kita sebagai permulaan dan penguat hubungan ke arah mengajak mereka bersama di dalam perjuangan Islam yang mulia ini.

Perang Badar adalah peperangan pertama dalam sejarah Islam berlaku pada 17 Ramadan, dua tahun selepas hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun kurang dari sudut bilangan tentera dan alat persenjataan, tentera Islam mencapai kemenangan yang kemudian menguatkan lagi kedudukan orang Islam dan penyebaran agama Islam.

Peperangan yang dianggap sebagai penentu jatuh bangun Islam dirakamkan Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sungguh Allah menolong kamu dalam peperangan Badar padahal kamu pada ketika itu orang yang lemah.” (Surah Ali-Imran, ayat 123)

Peristiwa pembukaan Kota Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun ke-8 Hijrah. Ia berlaku disebabkan perbuatan Musyrikin Quraisy yang melanggar isi Perjanjian Hudaibiah.

Melihat kepada kedua-dua kemenangan dicatatkan berlaku pada bulan Ramadan, ia manifestasi pengabdian diri kepada Allah bahawa puasa bukanlah halangan bagi terhasilnya suatu kemenangan. Sahabat Nabi diibarat sebagai rahib yang kuat beribadat pada waktu malam sedang pada siang harinya seumpama kuda yang ligat dan tangkas pergerakannya.

Kemenangan dan kejayaan pasti tidak akan terhasil jika masyarakat Islam berpecah-belah dan bercerai- berai. Mana mungkin kesatuan dapat dicapai kecuali melalui persaudaraan yang utuh dan persahabatan kental. Ia bertitik tolak daripada penghayatan Ramadan yang tersemat di hati dan jiwa sanubari kaum muslimin.

Sesungguhnya perpaduan umat Islam pada Ramadan boleh dijadikan model bahawa inilah sebenarnya wajah masyarakat Islam.

Untuk konteks lebih luas, kesatuan itu boleh menimbulkan perasaan gerun kuasa-kuasa besar dunia, jika masyarakat Islam sedunia berpadu tenaga dan bersatu hati, pasti Islam akan menjadi sebuah agama yang kuat dan tidak dipersendakan oleh golongan kuffar dengan sesuka hati. Jika Yahudi dan Nasrani boleh bersatu untuk melemahkan Islam, maka lebih utama masyarakat Islam itu bersatu padu berdasarkan petunjuk disediakan menerusi wahyu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

WANITA KE MASJID BAGAIMANA ?

WANITA KE MASJID BAGAIMANA ?

 

Sering kita dengar para ustaz menyatakan bahawa wanita tidak digalakkan ke masjid. Kita juga mendengar pertanyaan dari kalangan muslimat tentang logiknya larangan ini. Ini kerana bagi mereka, kenapa hanya larangan ke masjid yang dicanang, tetapi tidak larangan ke tempat-tempat yang lain?

Kalau kita melihat kepada hukum solat berjemaah kepada wanita di masjid, kita akan dapati para ulamak sepakat menyatakan bahawa solat jemaah tidaklah wajib kepada kaum wanita. Ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla. Kita juga dapati sebahagian daripada mereka memakruhkan bagi wanita untuk ke masjid, terutamanya kepada para pemudi. Dan alasan yang biasa diberikan adalah kerana bimbangkan fitnah. Dan kita juga dapati bahawa mereka telah sepakat menyatakan bahawa tuntutan solat berjemaah kepada kaum wanita tidaklah sama seperti kepada kaum lelaki. Berkata Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’: “terdapat beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam hukum solat berjemaah, antaranya ialah: tuntutannya tidaklah sama seperti tuntutan kepada kaum lelaki”.

Kebanyakan ulamak pula mengaggap bahawa solat di rumah adalah lebih baik bagi kaum wanita berbanding di masjid. Pendapat mereka ini bersesuaian dengan Sabda Nabi s.a.w.: “…dan rumah kediaman mereka adalah lebih baik bagi mereka”. Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

Walau bagaimana pun, kita juga dapati bahawa para ulamak sepakat tidak mengharamkan mereka ke masjid. Berkata al-Imam Ibnul Jauzi: “Harus bagi seorang perempuan untuk keluar ke masjid untuk solat berjemaah bersama kaum lelaki”[1]<!–[if !supportFootnotes]–>. Bahkan ada di kalangan mereka yang menganggap bahawa elok juga bagi kaum wanita untuk datang solat berjemaah di masjid. Berkata al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla: “Jika hadir seorang wanita ke masjid untuk bersolat berjemaah bersama kaum lelaki, maka itu adalah satu perkara yang baik” . Dan ini adalah pendirian mazhab Zohiri. Bagi mereka hadis yang menyatakan kelebihan solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat tidak boleh dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja[2].

Sebenarnya tidak ada nas yang jelas melarang wanita ke masjid, bahkan nas yang ada hanyalah meyatakan bahawa solat di rumah adalah lebih baik. Nas ini adalah penutup kepada hadis yang menyatakan bahawa mereka perlu diberikan keizinan untuk ke masjid. Sabda Nabi s.a.w.: “Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik[3]<!–[if !supportFootnotes]–>“. Bahkan mereka juga perlu diberikan keizinan untuk pergi solat berjemaah di masjid, walaupun pada malam hari. Sabda Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar: “Berilah keizinan kepada wanita-wanita kamu untuk ke masjid pada malam hari[4]<!–[if !supportFootnotes]–><!–[endif]–>“.

Kaum wanita di zaman Rasulullah s.a.w. juga menghadiri solat berjemaah di masjid, dan Rasulullah s.a.w. tidaklah menghalang mereka. Bahkan dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Aisyah menyatakan bahawa kaum muslimat datang berjemaah solat subuh bersama Rasulullah s.a.w., dan mereka tidaklah dapat dicam kerana hari masih gelap (sekalipun sudah ada cahaya pagi). Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. pula, bukan sahaja datang ke masjid, bahkan mereka juga beriktikaf di masjid di bulan Ramadhan. Semua nas ini dengan jelas menunjukkan bahawa wanita harus untuk ke masjid dan kita tidak sepatutnya menghalang mereka.

Kalaulah kaum wanita dihalang ke masjid atas alasan fitnah, maka kenapa pula tidak dihalang anak-anak perempuan ke sekolah atas alasan yang sama? Tidakkah fitnah pergaulan bebas di sekolah lebih terdedah daripada di masjid? Tidakkah gangguan yang bakal dihadapi semasa mereka ke kolej atau universiti serta semasa mereka di sana lebih besar daripada ke masjid? Kenapakah mereka dihalang ke masjid yang lazimnya berdekatan dengan rumah mereka, tetapi tidak dihalang ke kolej atau universiti yang jaraknya lebih jauh? Kenapakah anak-anak perempuan atau isteri-isteri dibenarkan ke tempat kerja, kompleks beli-belah, ke pasar-pasar bahkan ke semua tempat yang mudah terdedah dengan fitnah tetapi tidak ke tempat yang paling mulia, iaitu rumah-rumah Allah? Kenapakah wanita Islam dihalang ke masjid-masjid, sedangkan wanita-wanita Kristian, Yahudi dan sebagainya tidak dihalang ke gereja atau kuil? Adakah wanita yang beribadat di masjid itu lebih buruk dan lebih besar fitnahnya berbanding dengan yang menonton tv di rumah?

Bagi saya, kalaulah kita ingin berbincang mengenai hukum wanita ke masjid , kita jangan hanya melihat kepada hukum solat berjemaah yang ditulis dalam kitab-kitab Fiqh. Ini kerana hukum tersebut hanya untuk hukum datang berjemaah ke masjid. Padahal kita juga perlu melihat bahawa masjidlah tempat penyebaran ilmu dan kefahaman mengenai Islam. Kerana inilah Dr Yusof al-Qardhawi berkata: “Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur’an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik”. Ini kerana kewajiban belajar agama dan mendengar tazkirah bukan tertentu untuk golongan lelaki sahaja.

Bahkan terdapat hadis yang khusus yang menyatakan kelebihan belajar di masjid. Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang datang ke masjid dan tidak ada tujuan baginya melainkan mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka baginya pahala haji yang sempurna”[5]<!–[endif]–>.

Tambahan lagi, ramai di kalangan kita yang tidak mengajarkan anak isteri mereka mengenai Islam, samada kerana tidak mampu atau tidak mempunyai masa. Dan kalaulah kita sudah pun mengajarkan mereka agama sekalipun, adakah kita mampu memberikan tazkirah untuk mengetuk pintu hati mereka supaya mereka nampak keagungan Allah SWT dan ingin mendekatkan diri kepadaNya serta menyucikan hati nurani mereka?

Kalaulah dunia sekarang sedang memberikan kepada para wanita segala hak mereka samada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan sebagainya, kenapakah hak mereka untuk berada di rumah Allah dan mendekatkan diri mereka kepada Yang Maha Pencipta dihalang? Tidakkah hak ini lebih utama?

Walau bagaimana pun, wanita perlu meminta keizinan suami atau wali untuk ke masjid. Dan tidak patut bagi seorang ayah atau seorang suami untuk menghalang kecuali ada sebab yang munasabah. Dan mereka juga hendaklah menjaga adab-adab berikut:-

  • Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan
  • Tidak bersolek dan memakai bau-bauan
  • Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami, atau kawan-kawan.

Sebagai mengakhiri artikel ini, saya akan naqalkan kata-kata Dr Yusof al-Qardhawi dalam perkara ini. Beliau berkata: “Sebahagian daripada kaum lelaki sekarang ini telah pun keterlaluan dalam masalah wanita, dan mereka langsung tidak menyokong fikrah harusnya wanita ke masjid, walau dalam keadaan apa sekalipun. Walaupun ada dinding yang kukuh yang membataskan antara lelaki dan perempuan di masjid, yang mana dinding seperti ini tidak pun ada pada zaman Rasulullah s.a.w.. Katanya lagi: “Ini semua adalah disebabkan oleh kerana keterlaluan dan kurangnya kesedaran”.

Saya juga di sini ingin menyeru (terutamanya kepada para ustaz), sebagaimana seruan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi: “Sesungguhnya saya tanpa segan menyeru supaya bukakanlah kepada para perempuan untuk ke rumah-rumah Allah, supaya mereka juga dapat mencari kebaikan, mendengar peringatan dan mempelajari agama. Keluar mereka ini sedikit sebanyak boleh memberikan kegembiraan kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat), selagi mana mereka keluar dalam keadaan bersopan, menutup aurat dan tanpa solekan yang diharamkan.

[1] Lihat: Ahkamun Nisa’, m/s 36, cetakan pertama, Matbaah al-Halabi, Mesir, 1994.
[2] Lihat al-Mufassal Fi Ahkamil Mar’ah, jilid 1, m/s 212.
[3] Hadis sohih riwayat Abu Daud, Kitabus Solah,
[4] Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Liaht: Ahkamun Nisa’, m/s 39.

[5] Hadis riwayat Tobarani dan al-Albani mengangapnya sohih. Lihat Sohih Targhib wat Tarhib, m/s 38.

 

Tulisan: Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Shariah, Universiti Mu’tah, Jordan & Sarjana Pengajian al-Quran & as-Sunnah (Pengkhususan Hadis) UIAM, KL, 1427H15112006
 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN

 

Peluang ‘Last Minute’ & Lailatul Qadar

Peluang ‘Last Minute’  &  Lailatul Qadar

 

Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit ‘clue’ tentang prestasi kita sendiri.

Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.

 

 Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.

Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.

Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

“Orang kita memang suka benda-benda ‘last minute’ ni” kata seorang rakan saya

“Study last minute”

“Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute”

“Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute”

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai ‘Keistimewaan Sujud Terakhir’ . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu” ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu ‘alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat ‘last minute’ kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan ‘last minute’ itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat. 

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

 

  Kehebatan Malam Al-Qadr 

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan ‘Air Crash’ terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar ‘bodoh’ oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu ’shopping’ dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah “beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta’ membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami’ Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

 Sekian   Zaharuddin Abd Rahman

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 September 2008 in TAZKIRAH RAMADHAN