RSS

Ulamak haraki dicemuh dan difitnah

 Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:

1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .

Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 Julai 2013 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Pameran Mengenai Sirah Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.

Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung.  Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  SubhanaALLAH!

DSC_0882

‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.

Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013: Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Julai 2013 in BERITA DUNIA, TOKOH-TOKOH ULAMA`

 

PAS PERNAH MENANG SEBANYAK EMPAT KALI DI DUN KUALA BESUT

Walau pun sejak tiga PRU lalu (bermula 2004), Dun Kuala Besut menjadi milik BN, ia sebenarnya tidak senantiasa begitu sepanjang sejarah kewujudannya. Malah, sebagai pemerhatian pertama saya, bahawa pemenang pertama kerusi Dun Kuala Besut (menerusi PRU 1959) ialah PAS, bukannya BN (atau Perikatan ketika itu).

Bahkan, dalam PRU berkenaan, saingan terdekat PAS bukannya Perikatan, tetapi Front Sosial (SF). Calon PAS, Haji Wan Said Mohd Nor menewaskan calon “Parti Ppalo Kubar” (sepertimana disebut oleh warga tempatan Kuala Besut, secara literal bermaksud “Parti Kepala Kerbau”, merujuk kepada lambang SF), Wan Ali Wan Jusoh dengan majoriti 245 undi.

Wan Said memperolehi 1,303 undi berbanding Wan Ali dengan 1,058 undi. Manakala Abu Bakar Ahmad mewakili Perikatan hanya di tempat ketiga dengan 942 undi.

Kedua, kehadiran Wan Ali selaku tonggak utama SF Ranting Besut menjadikan Kuala Besut sebagai antara pangkalan utama parti itu di Terengganu. Beliau sendiri bertanding sebanyak tiga kali di situ, iaitu pada 1959 dan 1964 (atas tiket SF), diikuti PRU 1974 (atas tiket Partai Sosialis Rakyat Malaysia – PSRM). Tidak syak lagi mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan parti tersebut banyak dicorakkan dengan isu-isu ekonomi dan kemasyarakatan. Kuala Besut tidak terkecuali. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Julai 2013 in Penerangan Pusat

 

PRK Kuala Besut: Fakta Azmin tak betul – Mustafa

Harakahdaily, 01 Jul 2013

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa isu parti mana dari Pakatan Rakyat yang lebih layak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut tidak berbangkit sama sekali.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, seperti amalan yang sudah difahami umum bahawa bila satu-satu kerusi menjadi kosong, maka ianya diserahkan kepada parti yang telah pun bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu.

“Parti mana yang bertanding pada PRK Kuala Besut tak sepatutnya menjadi polemik.

“Mengikut amalan yang difahami semua, calon yang akan bertanding adalah dari parti yang bertanding pada PRU sebelumnya, iaitu calon dari PAS,” katanya kepada Harakahdaily. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Julai 2013 in Penerangan Pusat

 

Almarhum Fadhil Noor – Umno Tunjukkan Dimana Silapnya PAS tdk mengikut

 

Menyusuri Jalan Perjuangan Mujahid Agong – Ustaz Fadzil Noor

 

keajaiban Tuhan – Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Jun 2013 in Uncategorized