RSS

MENOLAK AUTA BN DENGAN FAKTA…

bn2Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) – PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) – KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) – BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) – LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) – RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :  Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in PRU 13

 

Pengguguran Nama Husam Atas Kemahuan Sultan?

Menerusi laporan sebuah portal berita malam ini Ahmad Yaacob menjelaskan kenapa Husam Musa tidak termasuk dalam senarai barisan Exco Kelantan. Jelasnya bukan PAS atau beliau selaku MB tidak mahukan Husam tetapi, Tuanku (Sultan Muhammad Ke V) tidak merestui Husam.

YB HUSAM MUSAAdun yang juga disenaraikan sebagai anggota Exco tetapi tidak mendapat restu Sultan ialah Abdul Latiff Abdul Rahman Adun Mengkebang yang juga ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Menurut Ahmad, nama Husam telah disenaraikan dikedudukan nombor satu ini bermakna Husam seharusnya menjadi Timbalan Menteri Besar manakala Latif dikedudukan nombor sembilan dalam barisan Exco.


Malangnya selepas senarai itu dibawah turun selepas di hantar ke pihak Sultan, nama Husam dan nama Abdul Latiff dipotong. Jelasnya lagi sebabkan masa itu sudah pukul empat dan untuk membolehkan angkat sumpah dilaklukan juga beliau terpaksa menggantikan tempat Husam itu dengan nama Mohd Amar Nik Abdullah. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Isu Husam Sudah Mereda, Alhamdulilah

Malam tadi Husam Musa telah membuat kenyataan akhbar menjelaskan situasi yang menyelubungi dirinya ekoran tidak tersenarai dalam jemaah kabinet Kelantan. Penyokongnya khas golongan muda yang terpesona dengan gaya politiknya kesal di atas apa yang berlaku.

Masing-msing mempertikaikan kenapa Husam yang dianggap layak memimpin Kelantan selepas TokguruNik Aziz tidak disenaraikan. Kalau pun tidak sebagai MB tetapi sebagai timbalan menteri besar. Jadi apabila nama Husam tidak ada yang menimbulkan sedikit keributan dan tanda tanya.

Keributan itu menjadi panas apabila timbul berbagai persepsi atas apa yang berlaku.

Tampaknya Husam boleh menerima hakikat kenapa beliau tidak disenaraikan. Dia sendiri seperti memahami masalahnya. Sebab itu dalam kenyataan itu beliau menegaskan tidak ada agenda berhubung perkara itu. Syukurlah.

Katanya penyingkirannya dari kabinet menggembirakannya kerana ruang kosong tempat beliau dapat diisikan oleh muka baru. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

UMNO Kalah Kerana Calon PAS Rasuah Pengundi – Tergolek Aku Gelak!!!

Oleh TKOOffline

Orang kuat Dr. Rozaidah ada menulis dalam facebook. Saya rasa baik untuk di’share’kan dengan pembaca. Mana tahu ada yang putus usus!! (kerana gelak!)

Dia orang tulis “Selesai PRU13…syukur alhamdulillah Barisan Nasional masih memerintah Malaysia…walaupun ampang tewas tetapi 3 3 calon BN Ampang N20 Datuk Baderisham Hj Jolly, N19 Mohamad Nadzim & P099 Parlimen Ampang Datuk Dr Rozaidah Talib bersama team kempen telah melakukan yang terbaik untuk pengundi…kami terima keputusan dengan hati yang terbuka , kami redha & pasrah dengan kehendak Allah…

ekurang-kurangnya calon2 kami tidak mengamalkan rasuah spt calon N20 pas Lembah jaya yg sogok wang kepada pengundi RM200 untuk warga emas & RM 100 pengundi muda…

Mereka2 ini telah tampil untuk memberi maklumat kepada petugas kami….kepada ahli2 umno yang sabotaj 3 3 calon ini juga telah dikenalpasti…hanya Allah saja yang akan membalas segala kebaikan & keburukan kita semua….sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt & yang salah silap dari kami….”
Sebelum ini beberapa hari selepas Najib membubar parlimen, Tun Mahathir dalam satu wawancara di TV3¼ mengatakan pemindahan pengundi adalah kerja PAS. Dia kata PAS buat kerja jahat dengan memindahkan pengundi… itu pun saya rasa nak tergelak. Masa dia sebut dia serius semacam seolah-olah PAS yang menyebabkan daftar pemilih tak betul..
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in PRU 13

 

Banyak Kerusi BN yang menang tipis di Johor

dacingsengetPAKATAN RAKYAT dilihat semakin cemerlang terutama di negeri ini apabila calon mereka yang kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13 kebanyakannya mampu mengurangkan majoriti Barisan Nasional (BN).

Percubaan PR kali ini juga berbaloi apabila berjaya meraih 5 Kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN.

Dalam pada itu, BN pula dikatakan lemas dalam keadaan ‘syok sendiri’ mempertaruhkan frasa keramat ‘tiang seri UMNO’ bagaimanapun ada di kawasan majoriti Melayu seperti Sungai Balang, Gambir dan Layang-layang hanya menang tipis.

Daripada 26 Kerusi Parlimen yang dipertandingkan, tidak kurang 7 yang berstatuskan ‘nyawa-nyawa ikan’ buat BN. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2013 in PRU 13

 

Perdana Menteri JEPUN Umum Pendidikan Percuma Kepada Semua Pelajar Malaysia!

Foto

Perdana Menteri JEPUN Umum Pendidikan Percuma Kepada Semua Pelajar Malaysia!

Perdana menteri MALAYSIA dan Barisan Kabinetnya mengatakan bahawa jika pendidikan percuma di berikan pada rakyat malaysia, negara akan bangkrup.

Perdana menteri jepun Sinzo Abe hari ini telah mengetuai kabinet jepun bagi meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari malaysia untuk belajar di jepun.

Bercakap kepada agensi berita fakap EP di tokyo hari ini, sinzo abe berkata,pendidikan atau biasiswa percuma ini di berikan kepada rakyat malaysia kerana negara jepun adalah negara yang berkebajikan.

Jepun kelihatan sangat mengasihani rakyat malaysia yang tertindas dan yang kena tindas. Tinjauan Dr @tiewnama di tokyo hari ini mendapati pelajar pelajar malaysia yang belajar di sana kelihatan sangat gembira, dan mereka juga telah berikrar untuk berbakti kepada kerajaan jepun atas inisiatif membalas jasa jasa baik kerajaan jepun, ketika di tanya kepada salah seorang pelajar malaysia yang belajar di jepun mengenai biasiswa percuma dari kerajaan jepun ini, mereka berkata,”sedangkan kerajaan jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada kami, tetapi kerajaan malaysia mengatakan negara akan bangkrup dan rakyat akan malas jika semuanya di berikan percuma.

Sumber twitter : Dr @tiewnama

Oleh: Halimislam On

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2013 in BERITA DUNIA

 

18 FAKTA PRU 13 YANG PERLU DIKETAHUI

  1. Parlimen:
    PRU12 BN 140, PR 82
    PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
  2. DUN:
    PRU12: BN 344, PR 161
    PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
  3. UNDI Keseluruhan (Popular votes):
    PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
    PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)
  4. Peratus keluar mengundi:
    PRU12: 8.0 Juta (76%)
    PRU13: 10.4 Juta (80%) – Tertinggi dalam sejarah PRU
  5. Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
    Selangor – Pakatan 44, BN 12
    Penang – Pakatan 30, BN 10
    Kelantan – Pakatan 33, BN 12
  6. MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
  7. DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
    DAP – 38
    PKR – 30
    PAS – 21
  8. Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi). Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2013 in PRU 13

 

Cerita warga kerja Bangla, ada lebih 5 ribu Bangla mengundi!

Oleh: senik

“Assalamualaikum,,
Petang tadi sempat berbual dengan seorang warga kerja Bangla, katanya dia menerima panggilan talipon dari kawannya mengatakan lebih 5 ribu Bangla sudah mengundi semalam.

Kesemua yang mengundi dibayar dan katanya lagi BN berjanji akan menambah RM1000.00 kalau menang.Lumayan bagi seorang Bangla yang sanggup bersubahat memenangkan BN dan duit yang dibayar itu sebenarnya  duit rakyat.

Itu info terpencil dari seorang Bangla yang  menyuarakan kebimbangannnya mengenai kemungkinan seluruh warga kerja Bangla yang ada di Malaysia akan dihantar pulang kalau PR menang.Serta kemungkinan mereka yang tidak terlibat akan jadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia.

Kita menyatakan ini sebagai bukti tambahan kepada wujudnya warga asing yang mengundi di mana jumlahnya jauh melebihi apa yang dinyatakan oleh warga kerja Bangla tadi.Walaupun orang UMNO apatah lagi pemimpinnya tidak akan percaya dengan bukti bukti jenis ini dan tidak sesekali mengaku adanya warga asing yang diberikan IC dengan tujuan membanyakkan jumlah undi kepada BN.Membanyakkan undi BN bukan terhad pergi ke tempat mengundi sahaja, ia juga termasuk memberi undi dalam karung karung simpanan yang akan digunakan apabila berlakunya black out di pusat penjumlahan undi.Hantu bukan setakat yang zahir nampak di tempat mengundi tetapi turut terdapat dalam karung karung kuning yang tidak kelihatan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2013 in PRU 13

 

PAS Layak Dilantik MB Selangor. Siapa?

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

ALHAMDULILLAH selesai sudah PRU 13. PAKATAN (PR) terus mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) majoriti 2/3.

  • Selangor – Pakatan 44, BN 12
  • Pulau Pinang – Pakatan 30, BN 10
  • Kelantan – Pakatan 33, BN 12

Di SELANGOR pula, BN 12, dan  PR 44.
PR terdiri dari:

  • PAS 15, 
  • DAP 15, 
  • PKR 14. 

Ertinya PAS sudah layak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. Kalau  DAP tidak mungkin direstui Sultan Selangor kerana bukan Melayu. Sedangkan PKR kerusi yang didapatinya kurang dari PAS. Jadi, PAS sudah layak dan wajar dilantik sebgai MB Selangor.

Kalau ya, Siapa? Sedangkan seorang Tok Guru boleh pimpin dan makmurkan negara miskin seperti Kelantan?  Masalah kilang arak di Shah Alam perlu ditangani, dan banyak lagi yang perlukan pemimpin yang hebat dan berani. Itu hanya suatu cadangan, yang boleh difikirkan dan dipertimbangkan dengan saksama.

Wallahu’aklam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2013 in 5 NEGERI PR

 

Kputusan Selangor pru13

Kputusan Selangor pru13
.44 PR 12 BN
44 = 14 pkr , 15 pas & 15 dap

…….15 Dun PAS Menang
#01 Sabak – Ustaz Solehin (baru)
#02 Meru – Dr Abdul Rani
#03 Selat Klang – Dr Halimah
#04 Paya Jaras -Khairudin (baru)
#05 Taman Templer – Zaidy (baru)
#06 Gombak Setia – Ustz Hasbullah (baru)
#07 Hulu Klang – Shaari Sungip
#08 Lembah Jaya – Kassim
#09 Chempaka -Ir Iskandar
#10 Sri Serdang – Norhanim (baru )
#11 Sijngkang -Dr Ahmad Yunus
#12 Morib – Hasnulbaharudin (baru)
#13 Tg Sepat – Ir. Haslin (baru)
#14 Bangi – Shafie Ngah (baru)
#15 Dusun Tua – Hj Razali (baru)

———————– Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Mei 2013 in PRU 13

 

Muktamad BN 133, PR 89 (DAP 38, PKR 28, PAS 21) dan BEBAS 0

Oleh TKOOffline

Barisan Nasional (BN) berjaya pemerintahan semula setelah memperoleh 133 kerusi Parlimen pada jam 3.20 pagi tadi manakala Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan Pas) pula mengumpulkan hanya 89 kerusi Parlimen. PR sebelum ini pada PRU12 hanya mendapat 80.

PR menambah 21 kerusi baru dan kalah pada 7 kerusi yang pernah dimenangi pada PRU-12 iaitu :

Kerusi dirampas BN
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2013 in PRU 13

 

Keputusan DEWAN UNDANGAN NEGERI

DEWAN UNDANGAN NEGERI
BN PR LAIN-LAIN
Johor (56) 38 18 0
Kedah (36) 21 15 0
Kelantan (45) 12 33 0
Melaka (28) 21 7 0
N. Sembilan (36) 22 14 0
Pahang (42) 30 12 0
Penang (40) 10 30 0
Perak (59) 31 28 0
Perlis (15) 13 2 0
Sabah (60) 42 12 0
Selangor (56) 12 44 0
Terengganu (32) 17 15 0
Nombor dalam kurungan menunjukkan jumlah keseluruhan kerusi
 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2013 in PRU 13

 

Pas gagal mempertahankan 7 Kerusi dimenangi PRU 12

Kesemua 3 negeri yang dipertahankan Pakatan – Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan – mendapat majoriti 2/3.

Selangor – Pakatan 44, BN 12
Pulau Pinang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12

 SELANGOR BN 12, PAS 15, DAP 15, PKR 14.

Pakatan berjaya rampas 21 kerusi dari BN tetapi hilang 15 kerusi.

Kerusi dirampas Pakatan

1) Stampin (DAP)
2) Sarikei (DAP)
3) Lanang (DAP)
4) Kluang (DAP)
5) Kampar (DAP)
6) Miri (PKR)
7) Lumut (PKR)
8 Gelang Patah (DAP)
9) Sandakan (DAP)
10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam piliahn raya kecil 2010)
11) Tuaran (PKR)
12) Penampang (PKR)
13) Bukit Katil (PKR)
14) Temerloh (PAS)
15) Alor Setar (PKR)
16) Pandan (PKR)
17) Kuala Terengganu (PAS)
18) Dungun (PAS)
19) Batu Pahat (PKR)
20) Kuala Nerus (PAS)
21) Sepang (PAS)

Kerusi dirampas BN

1) Titiwangsa (PAS)
2) Kuala Selangor (PAS)
3) Pendang (PAS)
4) Balik Pulau (PKR)
5) Bagan Serai (PKR)
6) Kulim-Bandar Baru (PKR)
7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010)
8) Padang Terap (PAS)
9) Jerai (PAS)
10) Sik (PAS)
11) Merbok (PKR)
12) Baling (PAS)
13) Machang (PKR)
14) Ketereh (PKR)
15) Tanah Merah (PKR)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2013 in PRU 13

 

KHUTBAH JUMAAT

Khutbah Jumaat DUPNP PRU13

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2013 in BERITA DEWAN ULAMAK

 

Rumah Calun P.088 Temerluh Ust . Nasrudin dibaling darah babi

TEMERLOH: Kediaman calon PAS di Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di sini disimbah dengan darah dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu.

Kejadian disedari seorang petugas yang juga pembantu calon apabila melihat kesan darah berserakan di atas lantai bahagian hadapan rumah ketika keluar rumah awal pagi ini.

Kelihatan juga satu palstik darah dipercayai dibaling dari luar pagar.

Turut ditinggalkan sekeping nota bertulis ‘Terimalah darah babi ini’.

Satu sidang media akan diadakan pagi ini di kediamannya serta laporan polis akan dibuat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2013 in PRU 13