RSS

10 Soalan Panas Buat Dato’ Setiausaha Politik MB Pahang !!

07 Dis

Susulan daripada isu pertemuan khas Krew Pahang Daily Online dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang, Dato’ Shamsuddin Nawawi mutakhir ini, maka kami menerima berbagai pandangan dan komen daripada para pembaca semua. Ada yang mahukan pertemuan diadakan segera dan tidak kurang juga yang mahu ia dibatalkan. Maka itu kami ingin membuat ketetapan disini, ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan kepada rakyat tentang isu penting yang boleh menjejaskan kreadibiliti YAB Menteri Besar Pahang. Sebagai Setiausaha Politik MB, DSN harus menyakinkan rakyat akan 10 soalan panas ini, iaitu :-

  • Kenapa MB Pahang masih berdiam diri dan masih enggan menguruskan atau membayar hutang saman RM60 juta yang dikemukakan oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) selama ini?
  • Sebagai Pengerusi PKNP dan berkuasa melantik Pengurus Astana Golf & Country Club, kenapa dilantik “individu yang ada hubungan keluarga dengannya” walhal individu tersebut telah “melingkupkan” Kelab Golf Bera sebelum itu. Kenapa PKNP tidak profesional dan gagal memantau pengurusan kelab terbabit, walhal letaknya di Kuantan yang menempatkan ibu pejabat PKNP itu.
  • Kenapa MB Pahang luluskan sebuah syarikat yang berbahaya dan menyebabkan rakyat bakal diancam “sisa toksik” di Gebeng. Walhal kerajaan negeri Trengganu dan lain-lain negeri menolak hasrat syarikat terbabit mendirikan kilang itu di negeri mereka.
  • Kenapa MB tidak membuat laporan polis berhubung dengan “kecurian wang” dirumahnya selepas raya baru-baru ini. Dia mencabar krew kami “bersumpah di masjid” padahal beliau sendiri yang membuka cerita “rompak” itu dalam Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Sri Pahang. Kenapa MB mahu berdolak-dalih hal ini?.
  • Kenapa isu dan masalah AIR di kawasan Felda masih gagal diatasi biaprpun sudah lebih 30 tahun berlarutan. Alasan yang diberi kos tinggi, bajet tiada dan sebagainya. Apakah alasan seperti ini boleh dibuat oleh kerajaan UMNO dan BN, sedangkan Pahang bukan negeri yang ditadbir oleh parti Pembangkang?
  • Kenapa MB masih belum melantik Timbalan Menteri Besar Pahang sejak diberi mandat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Apakah beliau takut dengan Dato’ Tan Aminuddin yang pernah menampar beliau dulu?.
  • Benarkah MB Pahang telah bertindak meluluskan penjualan tanah “Rezab Masjid” di Bandar Indera Mahkota Kuantan kepada orang bukan Islam baru-baru ini?
  • Apakah Adnan Yaakob, masih layak menerajui Kerajaan Negeri Pahang selepas ini, walhal beliau ternyata gagal membangunkan serta menyakinkan pelabur untuk datang ke sini. Pembentangan belanjawan “defisit” selama 11 tahun menjadi bukti kukuh hal ini.
  • Kenapa MB tidak mengambil tindakan terhadap seorang Exco Kerajaan Pahang yang sudah 3 kali ditangkap “Basah” oleh pihak jabatan agama. Dimana beliau merasuah pegawai agama terbabit sebanyak RM3,000 untuk membebaskan dirinya. (akan didedah)
  • Kami mencabar Setiausaha Politik MB itu untuk mengadakan “Debat Terbuka” dengan “Ahli Biasa PKR” iaitu Dato’ Fauzi Abd Rahman tentang isu semasa dan politik Pahang. Sila tetapkan tempat dan lokasi untuk diwar-warkan. Kami juga akan menghantar wakil kami sebagai Ahli Panel debat itu nanti dan mestilah disiarkan secara langsung menerusi radio Pahang FM.
[Justeru itu, kami mempelawa Dato’ Shamsuddin Nawawi menjawab persoalan yang ditimbulkan bagi menyakinkan rakyat tentang ketua kerajaan negeri Pahang ini. Jika tidak meyakinkan, maka rakyat akan menolak kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob dalam pilihanraya umum akan datang. Maka itu sebagai SU Politik MB, DSN bertanggungjawab untuk menjawab segala isu yang diketengahkan ini demi kepentingan rakyat Pahang khasnya].
Pahang Daily
 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Disember 2008 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan komen