RSS

Kuala Kangsar lahirkan pelapis muda

08 Feb

demo1

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.

Di sana juga lahirnya pelapis perjuangan muda… walaupun masih muda mereka menyebabkan kebanyakkan beberapa pemuda yang berdiri di atas bukit (masjid) tercabar lalu turun bersama-sama membuat benteng manusia bagi menyekat arus ‘anjing FRU’ yang tidak berperikemanusian.

Pelapis pemuda yang dimaksudkan ialah Pelajar Sekolah yang berhadapan dengan Masjid Ubaidiyah. Walaupun ramai larang mereka dari terlibat & pulang ke Asrama…. Tetapi salah seorang dari mereka menjawab..’MATI SYAHID BUKAN SAHAJA UNTUK ORANG DEWASA SAJE BANG….’. Aku terdiam….

Walaupun ada yang terkena gas pemedih mata, mereka tak gentar… malah terus ke hadapan…

TAHNIAH DIK… anda telah lihat & rasai sendiri kekejaman yang dibuat oleh UMNO/BEnd kepada orang awam.

Tahniah juga kepada Sembilan orang yang ditahan. Antaranya ialah:

Yusuf Jaafar,

Muhammad Faiz Muhammad Arshad,

Muhammad Ismail SM A. Kadir,

Pat Latif Mansur,

Isha Riduan Ishak,

Idris Muhammad Amin,

Adi Helmy Muhammad Nasir,

Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan

Zulhaizam Zulkifli.

Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang.

pemudabesut

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Februari 2009 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan komen