RSS

Bajet 2011: Bajet Menipu Rakyat Lagi ?

15 Okt
Oleh : Chegu ZUL

Sempurna sudah pembentangan Bajet 2011 oleh PM sebentar tadi. Lazimnya kerajaan terlebih dahulu akan berpuashati dengan Bajet yang mahu ditawarkan kepada rakyat. Soal kepuasan rakyat adalah persoalan terkemudian dan soal kedua.

Secara am, Bajet ini adalah Bajet PRU 13, Bajet umpan bagi mengekalkan legasi hayat dan kenazakan Umno Bn di bumi Malaysia.

Orang Melayu terutamanya para pengundi tegar Umno Bn yang tegar akan tersenyum disebalik kenaikkan harga barang tanda berpuashati dengan tawaranb Bajet ini.

Politik orang melayu bagi Umno adalah soal saguhati elaun Tok Empat atau Ketua Kampung serta JKKK, elaun saguhati imam, bilal dan siak serta ‘insntif’ saguhati, kenaikan gaji kakitangan kerajaan. inilah gula-gula umno yang usang dan umpan sepanjang Umno memerintah Malaysia awal merdeka dan pasca merdeka serta selepas merdeka.

Pemikiran dan lintasan kepala menteri umno. inilah taraf dan mentaliti melayu yang dibangsatkan oleh mereka ditanahair mereka sendiri.

apalah malangnya nasib bangsa ku. harga barang terus menerus tanpa henti naik dan terusn naik. Harga getah diuar-uarkan akan mencecah RM11.90 sekilo, harga sawit akan naik ke RM560 se tan. Inilah buaian lama dan jahat mereka.

 

Nama Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut…” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet ‘istImewa’.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

“Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi… hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

“Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor),” jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

[Baca berita penuh]

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Oktober 2010 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan komen