RSS

Peneroka Felda mewah macam warga Brunei, Singapura?

15 Okt
http://selamatkanpahang.blogspot.com

Nampaknya tajuk depan akhbar Suara Keadilan bertajuk “Felda Bangkrap” terus menjadi bahan kempen Umno untuk menutup isu sebenar, iaitu wang tunai Felda telah terlalu banyak dihabiskan. Bukan untuk peneroka, tetapi untuk kepentingan pihak tertentu, kroni dan demi kepentingan pilitik Umno.

Tidak cukup sekadar itu, anak-anak peneroka yang tidak tahu hulu hilir duduk perkara pun, bukan main lagi melompat-lompat marah, walaupun sebenarnya mereka yang menegur ‘Felda Bankrap’ itu adalah demi menyelamatkan sebuah institusi orang Melayu.

Lebih melucukan lagi, ada anak-anak peneroka berteriak kononnya Felda telah memberi kemewahan, aman bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah kepada warganya, sehingga pemaju tanah kepada bapa-bapa mereka (Felda) itu tidak perlu dilihat dan dikaji lagi ke mana mereka menggunakan wang peneroka.

Bagi mereka, Felda adalah segala-galanya dan kebal tanpa boleh ditegur!

Konon-kononnya warga Felda digambarkan sudah hidup senang lenang, macamlah warga Brunei dan warga Singapura.

Kebetulan, ada seorang sahabat menghantar emel, bagaimana kehidupan warga peneroka. Ini baru sedikit saja yang dijumpai dan dilaporkan di akhbar.

5 TAHUN PENEROKA FELDA GUNA AIR HUJAN

Utusan Malaysia 23 Jun 2010 – Penduduk Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu. Pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

LULUS SEGERA PROJEK TANAM SEMULA

Sinar Harian 4 Jun 2010 – Anak peneroka Felda Bukit Jalur meluahkan rasa kecewa mereka apabila proses tanam semula bagi tanah seluas kira-kira 3.2 hektar yang dimohon sejak tanaman mereka ditebang, Ogos 2008 masih belum mendapat kelulusan pihak berkaitan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7770478.asp

DERITA 28 TAHUN AIR TERPUTUS DI FELDA

Kosmo 15 Mac 2010 – Ketika kebanyakan rakyat di negara ini menikmati kemudahan asas yang sempurna, lain pula ceritanya bagi 1,200 penduduk di Felda Palong 7 dan Palong 8 di sini yang terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air terputus hampir setiap hari.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

28 TAHUN WARGA FELDA HADAPI MASALAH TEKANAN AIR RENDAH

Utusan Malaysia 15 Mac 2010 – Itulah ‘derita’ yang dihadapi oleh lebih 1,200 penduduk di kawasan Felda Palong 7 dan 8 berikutan masalah tekanan air rendah sejak menduduki kawasan itu 28 tahun lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

KOS UKUR TANAH TIDAK MASUK AKAL

Sinar Harian 17 Feb 2010 – Peneroka di Felda Raja Alias 4, di sini, melahirkan rasa tidak puas hati dengan kos dikenakan Felda bagi mengukur lot tanah peneroka untuk tujuan penebangan pokok dan pembangunan. Menurut mereka, kadar sebanyak RM1,145 bagi setiap peneroka untuk keluasan 1.2 hektar setiap peneroka adalah tidak masuk akal dan meragukan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824551.asp

MASALAH BEKALAN AIR TIADA KESUDAHAN

Sinar Harian 17 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias, di sini, masih menaruh harapan agar masalah air yang berlaku di kawasan rumah mereka sejak seminggu lalu, dapat diselesaikan segera supaya mereka boleh menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6824950.asp

PENDUDUK FELDA BERANG TIADA BEKALAN AIR

Sinar Harian 13 Feb 2010 – Penduduk Felda Raja Alias Dua, di sini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) berikutan masalah ketiadaan air di kawasan mereka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6789488.asp

ORANG FELDA PALONG DIANAKTIRIKAN

Sinar Harian 19 Jan 2010 – Ketiadaan lampu jalan terutama di persimpangan masuk ke Palong 2 memang mengecewakan penduduk yang mendakwa kawasan mereka seperti ‘dianaktirikan’ apabila kemudahan yang sudah lama dipohon itu tidak mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkenaan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6385438.asp

FELDA PALONG DAIF

Berita Harian 21 Dis 2009 – Palong 4, 5 dan 6 adalah pusat bandar bagi gugusan Felda Palong, kawasan dikenali sebagai skim tanah rancangan terbesar di negeri ini membabitkan Felda Palong Satu hingga 16, yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 100,000 orang. Namun, gelaran pusat bandar itu hanya indah dari segi nama tetapi dari aspek prasarana, jauh ketinggalan berbanding pusat bandar lain yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk penduduknya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091221075521/Article/index_html

GANGGUAN BEKALAN AIR DI FELDA JEJAS PERAYAAN

Sinar Harian 2 Dis 09 – Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120646.asp

PENEROKA PROTES DAKWA FELDA TIDAK TUNAI JANJI

Sinar Harian 14 Okt 2009 – Seramai 300 peneroka Felda Raja Alias 4 mengadakan perhimpunan sebagai tanda menunjukkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan Felda yang tidak menunaikan janji sewajarnya kepada pihak peneroka Felda berkenaan. Penduduk Felda Raja Alias 4 ingin menuntut hak pembayaran daripada hasil jualan kayu getah yang sudah ditebang beberapa bulan lalu hingga tahun depan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5255067.asp

PENDUDUK FELDA 52 TAHUN MERDEKA TIADA AIR

21 Feb 2009 – Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009.
http://adimul.blogspot.com http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_22.html#links

BONUS PENEROKA FELDA GETAH GIGIT JARI

Sinar Harian 24 Dis 08 – Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2279446.asp

MASALAH KELAPA SAWIT TIDAK DITUAI BELUM SELESAI

Sinar Harian 8 Jul 2009 – Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak. “Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1815578.asp

BURUH BANGLA CEROBOH TANAH

Harian Metro 25 Julai 2007 -Perbuatan segelintir buruh asing warga Bangladesh yang dibawa masuk ke tanah rancangan felda di Jempol untuk bekerja di ladang kelapa sawit menceroboh kawasan halaman kediaman peneroka menyebabkan penduduk tempatan dalam kebimbangan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20070725095014/Article/index_html

Jadi, jika keadaan terus-terusan begini dan warga peneroka masih beranggapan Felda baik segala-galanya sehingga tidak boleh ditegur, patutlah peneroka Felda boleh ditipu Umno dulu kini dan selamanya..

 
2 Komen

Posted by di 15 Oktober 2010 in ISU FELDA

 

2 responses to “Peneroka Felda mewah macam warga Brunei, Singapura?

  1. latifahkareem

    21 Oktober 2010 at 2:24 PM

    MasyaAllah, begitu banyak kelemahan FELDA. That’s why jgn banyak politiking. Selesaikan di meja rundingan. Jika ada pihak yang salah guna kuasa, rasuah dsb bawa ke muka pengadilan.

    Saya setuju dengan pendekatan GWGF yang semakin aktif menggerakkan generasi kedua dan ketiga FELDA. Harap mereka dapat bangunkan generasi FELDA dengan baik.

    Mereka perlu selesaikan masalah lama seperti ini iaitu basmi kemiskinan dan barikan hak sewajarnya kepada warga peneroka FELDA.

     
  2. ramachandran2010

    21 Oktober 2010 at 2:37 PM

    FELDA existed since decades ago..I felt sad, if they’re lived in proverty meanwhile some of them are very rich today.

    Why it happened?

    I thought we can’t blame govt 100%. Maybe some of the reasons caused by ‘peneroka’ themselves. Yes, I agreed if govt unable to provide basic infra to them, but at the same time, they’ve to struggle in order to exit from poverty trapped.

    I believe they’re many of people out there succeeded to live comfortly because they’re put extra efforts in their life. They know, in Malaysia we can’t rely 100% to govt although there are subsidies, special rights and some provisions because anything can happen.

    So, they stand with their own and to maneuver hardly in challenges days.

    All the best!

     

Tinggalkan komen