RSS

PAS Kedah yakin catat majoriti 2/3

21 Feb

ALOR SETAR, 21 Feb: PAS Kedah berkeyakinan parti itu mampu mencatatkan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kekal memerintah dengan majoriti 2/3.

Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercakap pada media selepas merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, kelmarin.

“Sasaran kita pada PRU 13 nanti adalah untuk tambah kerusi DUN, sekurang-kurangnya kita dapat tambah hingga memperoleh majoriti 2/3 untuk terus kekal mentadbir Kedah.

“Kita telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang mampu memberi kemenangan pada PAS apabila diadakan PRU 13 melalui maklum balas positif dari cawangan-cawangan di seluruh negeri.

“Jentera-jentera parti kita di semua peringkat juga sentiasa berusaha bagi memantapkan kekuatan dan menarik sokongan pengundi kepada PAS dari pelbagai aspek,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan kerusi-kerusi terbabit kerana menurutnya ia adalah strategi parti yang tidak perlu didedahkan kepada musuh.

Menurut Azizan yang juga Menteri Besar Kedah, keyakinan beliau itu adalah bersandarkan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu dengan lancar tanpa sebarang isu yang mampu menggoyahkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan dan ketelusan pentadbirannya.

“Keyakinan saya amat tinggi sebab tidak timbul isu dalam negeri yang membolehkan rakyat menolak PR dan kita juga telus dalam pentadbiran, ekonomi semakin stabil, tiada gejala rasuah dan perancangan pembangunan sedang berjalan.

“Rakyat mampu menilai apa yang kita lakukan dan kita yakin rakyat juga akan memilih kita pada pilihan raya akan datang,” katanya.

 
1 Komen

Posted by di 21 Februari 2011 in 5 NEGERI PR

 

1 responses to “PAS Kedah yakin catat majoriti 2/3

  1. Habib Ahmad

    21 Februari 2011 at 12:29 PM

    Maulid al rasul bersama Syeikh Fahmi Zam Zam, Baba Aziz dan Habib Ali Zainal Abidin : http://facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

     

Tinggalkan komen