RSS

DATO’ TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

21 Jul

Untuk makluman kepada semua, Dato’ Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan.

Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya.

Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini, terpaksa ditangguhkan kepada satu masa yang akan dimaklumkan semula.

Sama-samalah kita memanjatkan doa agar beliau diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Julai 2011 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan komen