RSS

JAMIL KHIR…..Bil Bermazahabkan UMNO

24 Jan

 

Apa kata Ulmak Muda UMNO ......boleh nasihat CSL yang hina hukum Islam

JAMIL Khir semenjak `bermazhab’ Umno sekarang nampaknya sudah pandai membuat fitnah dan cerita bohong. Di dalam Buletin Utama TV 3 suku, Jamil Khir menuduh PAS dahulunya mengharamkan wanita jadi calon, kini mengambil calon wanita di PRK Dun Tenang.

Jamil Khir bukan orang politik pada asalnya, mungkin beliau tidak tahu apa pun tentang politik. Sebab itu beliau tidak tahu sejarah bahawa PAS berpuluh tahun dahulu pernah mencalonkan wanita sebagai calon di Terengganu.

Mengapa Jamil Khir tidak ulas tentang kenyataan Chua Soi Lek yang mempersendakan hukum wanita Islam menyentuh kulit lelaki yang bukan Muhrimnya? Chua Soi Lek telah mempersendakan hukum ini apabila calon wanita dari PAS tidak bersalam dengan kaum lelaki yang bukan dari muhrimnya. Beliau juga mempersendakan DS Wan Azizah yang menggunakan sarung tangan bila bersalam dengan kauim lelaki.

Inilah akibatnya apabila bermazhab Umno. Mata menjadi `buta’ dan mulut menjadi `bisu’. Jamil Khir juga sudsah pandai `merasuah’ apabila menyampaikan sumbangan kepada rakyat di Labis. Mengapa sekarang? Apa tujuannya?/wfauzdin.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Januari 2011 in PR Kecil Tenang

 

Tinggalkan komen