RSS

Syabas kepada peserta BERSIH dan Takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin

11 Jul

Kenyataan  Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib

Saya mewakili Dewan Ulamak PAS  Pusat ingin merakamkan ucapan syabas yang tidak terhingga kepada  seluruh peserta BERSIH yang hadir di Kuala Lumpur pada hari semalam. Mereka berhak untuk dikalungkan sebagai  wira  negara kerana sanggup menghadirkan diri ke Himpunan tersebut walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan .

Kepada mereka yang bersabar dan ikhlas kepada Allah s.w.t  terhadap segala rintangan yang dihadapi , ganjaran pahala anda InsyaAllah akan tersimpan rapi di sisi Allah s.w.t. Segalanya pasti akan terbalas di hari akhirat kelak.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga yakin bahawa seluruh pendokong PAS  dan BERSIH tidak akan serik sama sekali untuk meneruskan perjuangan yang mulia ini. Mereka pasti akan terus dahagakan ganjaran dan keredhaan Allah s.w.t.

Dewan Ulamak PAS Pusat juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin  yang telah dikebumikan baru sebentar tadi. Dewan Ulamak PAS senantiasa mendoakan agar Allahyarham Baharuddin dihimpun dan ditempatkan dengan golongan para syuhada’.  Kepada keluarga Allahyarham, kami  ingin memberitahu bahawa Allah s.w.t pasti akan menganugerahkan ganjaran yang besar kepada hambaNya yang beriman apatah lagi telah membuktikannya melalui perbuatan, perkataan dan pendirian.

Al- Fatehah …

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Tinggalkan komen