RSS

Jenazah “Allahyarham Baharuddin Ahmad” Yang Meninggal Dunia Ketika Perhimpunan Bersih 2.0 Semalam Selamat Di Kebumuikan

11 Jul

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Allahyarham Baharuddin Ahmad (foto), yang meninggal dunia di Perhimpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan di Tanah perkuburan AU4 Ampang jam 12.50 tengahari ini. Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam. Orang ramai bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir terhadap jenazahnya. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang awal tiba menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar. Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam. Difahamkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa anjuran parti PAS.


Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad selamat dikebumikan kira-kira
jam 12.50 tengahari tadi di Tanah Perkuburan AU4, Keramat, Ampang

[Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tn.Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya. Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam. Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham. Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan mendapat rahmatNya].

 
1 Komen

Posted by di 11 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

1 responses to “Jenazah “Allahyarham Baharuddin Ahmad” Yang Meninggal Dunia Ketika Perhimpunan Bersih 2.0 Semalam Selamat Di Kebumuikan

  1. Amin Uddin

    14 Julai 2011 at 9:48 AM

    bukan gambaq diatas jenazah arwah tp yang ni yg sebenaq ..jgn silap ..http://www.perisik-rakyat.com/2011/07/bersih-20-sumbangan-ikhlas-untuk.html

     

Tinggalkan komen