RSS

Category Archives: BERSIH 0.2

Imej

apa nak jadi umno ni – KL112

 

23765_460466504016399_1170650747_n

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in BERSIH 0.3

 

Rampasan baju Bersih 2.0 tidak sah – mahkamah

KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam masa 14 hari.

Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (gambar) dalam satu kenyataan, hari ini.

 Berikut adalah kenyataan beliau.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.

Plaintif di dalam kes ini iaitu Musafri bin Abdullah Azmi memfailkan saman terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan 3 yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan. Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 14 November 2012 in BERSIH 0.2

 

Restoran ‘penari punggung’ Umno kena lelong

Ketua penghala buntut di depan rumah Dato’ S Ambiga rupa-rupanya menghadapi masalah kewangan yang teruk atau hutang bertambun sehingga terpaksa dilelong restorannya.

Dato’ (beli) Jamal iaitu pemilik Sekinchan Ikan Bakar, telah kehilangan restorannya di Segambut itu kerana akan dilelong pada hari lusa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Telah heboh di laman facebook ada pihak menggesa diboikot di semua caangan restorannya berikutan sikap samsengnya.

Sebelum ini beliau bersama kumpulannya beberapa kali menuntut daripada Pengerusi Bersih 3.0 ganti rugi kononnya kerana tidak laku berniaga akibat himpunan tersebut.

Apakah ada kaitan kedainya terpaksa dilelong kerana 300,000 peserta himpunan Bersih tidak berbelanja di kedai suruhan Umno ini?

Cara Jamal mengganggu di kediaman orang itu turut diikuti oleh anak buahnya yang lain termasuk membuka tapak gerai olok-olok di situ. Iaitu budaya baru yang diterapkan Umno sebagai cara bagi mengatasi lawan politiknya.

Patutlah puak-puak ini berniaga boleh bankrap. Sudahlah samseng dan kurang ajar, mencari tapak niaga pun tak pandai!

http://selamatkanpahang.blogspot.com/

 
Tinggalkan komen

Posted by di 30 Mei 2012 in BERSIH 0.3, ISU SEMASA

 

Nik Aziz: Selagi Tuntutan Tidak Dipenuhi, Akan Tetap Ada BERSIH 4.0

Gombak – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.“Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.

“Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul,” katanya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Kenangan 428, Mampukah anda?

Malaysian police drag away a protestor during an anti-government rally in Kuala Lumpur on April 28, 2012. Thousands of protesters gathered in the Malaysian capital to demand electoral reforms, defying a lockdown of central Kuala Lumpur that left it a maze of razor wire and barricades.

Read the rest of this entry »

 
1 Komen

Posted by di 11 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu…….Pulak, ada muka kita tak?

Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu

25 individu yang dicari (Set 1) Read the rest of this entry »
 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Haram “Bersih 3.0”, Nik Aziz Dakwa Fatwa Yang Di Keluarkan Adalah Bersifat Berat Sebelah

KOTA BAHARU, 7 Mei – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) hari ini mendakwa fatwa pengharaman mengenai perhimpunan haram yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah bersifat berat sebelah.

Dalam kenyataan melalui laman sosial facebooknya, Nik Abdul Aziz berkata fatwa berkenaan dikeluarkan dengan hanya menggunakan ‘sebelah mata’ sahaja. “Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?” katanya dalam kenyataan tersebut.

Semalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara. Nik Abdul Aziz sebelum ini keluarkan kenyataan yang benarkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Ulangan Peringatan Presiden PAS Kepada Najib: Kesabaran PAS Ada Batasnya!

Tunaikan 8 tuntutan atau berdepan Bersih 4.0

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.

Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.

“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Ulama’ SOKONG Bersih – bukan KOMUNIS!

Ulama’ SOKONG Bersih – bukan KOMUNIS!

Antara ulama’ yang hadir memberikan sokongan dan dokongan padu kepada perjuangan Ambiga dan Bersih adalah seperti berikut:-

Nombot 1 : Tok Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat (tidak hadir)
Nombot 2 : Tok Guru Hj Abd Hadi Awang
Nombot 3 : Tok Guru Hj Salleh Musa Pondok Sik,Kedah
(antara ulama’ pondok yg cukop alim)
Nombot 4 : Ustaz Hj Sidek Noor (antaqa lepasan Pondok Tg Bedil,Aloq Setaq,Kedah [Pondok Tok Guru Hj Hitam])
Nombot 5 : Tok Guru Hj Izzuddin (Pak Njang Izzuddin) (Anak kpd Tok Guru Pak Chu Him Gajah Mati,Pendang,Kedah)
Nombot 6 : Tok Guru Hj Ismail (Pondok Matla’ al-Badrain,Besut,Terengganu)
Nombot 7 : Ustaz Hj Zainul Asri Ramli (Mudir Darul Hadis,Kedah)
Nombot 8 : Ustaz Subri Arshad [Mudir Ma’had Da’wah Islamiyyah Pdg Menora,P. Pinang]

Ini semua ulama’ handalan belaka. Bukannya ulama’ kelas C macam yang ada dalam ulama’ muda UMNO. Itu kelas C. Baru hafal ayat sikit dah declare diri sebagai ulama’. Payah. Level ulama’ kita yang sokong Bersih ni jenis yang urus sekolah sendiri. Cukup semua, nahu Arab lengkap. Pernah belajar sampai nun jauh di Makkan dan Madinah.

Itupun ada lagi yang kata Bersih ini disokong oleh Komunis. Apa lah punya ‘ngang’?

Kenapalah puak UMNO tak mahu buka minda dan menerima perjuangan Ambiga dan Bersih ni. Apakah mereka ini sudah buta, tuli daripada melihat kebenaran. Takkanlah para ulama’ dan daie yang menyokong Bersih ini silap? Tak mungkin.

Mereka ini menjadi ulama’ yang faham dengan realiti semasa. Mereka dah tak boleh menerima penipuan dalam pilihanraya. Itu sahaja.

Ingat apa ulama’ pernah buat fatwa tentang Basyar.

Egypt’s prominent Muslim cleric Safwat Hejazi has said that the killing of Syrian President Bashar Al Assad is a duty for every Muslim.

“He who has the chance to kill Al Assad and does not do this is a sinner,” Hejazi told a rally held in Cairo in support of a popular revolt against Al Assad’s rule.

“Hadn’t I been a known face, I would have gone myself and killed him,” added Hejazi, who had a high profile during an uprising that forced long-serving Egyptian president Hosni Mubarak to step down last year.

Hejazi added that his anti-Al-Assad fatwa (a religious edict) has been echoed by many Muslim clerics.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Tindakan “Ganas” Di Bersih 3.0, Benarkah Mereka Anggota Polis Atau Pun “Samseng Upahan” UMNO!

Pahang Daily

Orang ramai yang hadir ke Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini terkejut dan masih trauma dengan tindakan drastik anggota polis yang menyerang mereka umpama penjenayah pada hari tersebut. Senario yang berlaku menggambarkan kepada kita kejadian yang sama berlaku kepada rakyat Palestin ketika berhadapan dengan tentera Israel di Tel Aviv sejak sekian lama. Mereka kini tertanya-tanya, apakah benar yang bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 itu adalah anggota polis atau pun pihak lain yang diupah oleh puak UMNO BN agaknya?.

 Ini kerana terdapat laporan sulit mengatakan, majoriti polis yang bertindak ganas terhadap peserta itu adalah “polis part time” yang telah diupah dan dilatih untuk bertindak serupa itu ketika berhadapan dengan peserta Bersih 3.0. Umum masih ingat sebelum kejadian ini dulu, sememangnya insiden keganasan “ala samseng” telah berlaku dalam banyak ceramah umum dan program pembangkang di negara ini. Ceramah pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah dikacau ganggu dengan dasyat oleh pihak mereka yang dikenali sebagai kumpulan “berbaju hitam”.

 Malah sebelum Bersih 3.0 juga, tindakan yang sama telah dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Tindakan samseng tersebut dibiarkan saja oleh pihak polis, walau pun para mahasiswa menjerit-jerit meminta pertolongan dari mereka. Senario ini membuktikan, polis seolah-olah akur dan memberi lesen kepada kumpulan samseng berkenaan untuk membuat tindakan tanpa ada sebarang halangan. Justeru, ada laporan mengatakan sebahagian besar anggota polis yang mengganas pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah terdiri daripada kumpulan terbabit itu agaknya.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Awas!!Muka 49 Orang Ni Dicari Polis.Cek Muka Korang Tersenarai Tak?

Phak polis harini mengeluarkan gambar-gambar 49 muka wanted dalam program bersih 3.0 baru-baru nih.Muka-muka wanted ni dituduh melakukan keganasan dan provokasi terhadap anggota polis.(Berita Penuh Disini)

Dan senarai 49 orang ni katanya bukan ini saja tapi akan ada lagi senarai lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kalau ikut FreemalaysiaToday depa-depa ni adalah suspek kepada berbagai jenayah di bawah panel code termasuk melanggar arahan polis dan riot.

Polis nak muka-muka wanted ni supaya serah diri ke balai polis yang berhampiran dan sapa-sapa yang ada maklumat pasai muka-muka wanted tu supaya juga bagi maklumat tu di balai polis berhampiran.

Cumanya kalau tengokkan ke gambar macam kat bawah ni, gambar tu pada aku tak cukup jelas untuk betul-betul boleh dikenalpasti kecuali beberapa gambar yang agak sikit jelas. Taktau la pulak kalau polis ada alat yang cukup canggih yang boleh padankan gambar yang kabur tu dengan rupa sebenar.
Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Puak Jahiliyah putar cerita Kereta Pois Diterbalik

Kereta Pois Diterbalik, Untuk Selamatkan Seorang  Gadis Cina tersepit diBawah Kereta Polis

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Puak Asabiah Jahiliyyah tentu tidak mengerti gambar ini

Bagi mereka yang berfahaman asabiah menebal tidak akan mengerti gambar di bawah.


Bila terjumpa manusia dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak asabiah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan kerana fahaman sempit perkauman mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman asabiah ini ditegah dan dicemuh.

Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Semuanya adalah milik Allah, dan ciptaan Allah. Manusia memang dilahirkan bangsa lain-lain, kulit lain-lain, wajah lain-lain – mencari hidayah dalam kehidupan.

Islam menyarankan kita adil kepada semua – menolong mereka yang tertindas akibat ketidakadilan.

Seperti kata firman di atas, “sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa” — berapakah yang sudah menjauhi taqwa kerana sanggup menyokong ketidakadilan, kezaliman dan penindasan?

Tanyalah sendiri, mengapa fahaman asabiah menebal di Malaysia?

Tanyalah sendiri, mengapa data pengundi yang dikeluarkan SPR berbentuk asabiah? Mengapa dibahagikan sebegitu rupa?

Tanyalah sendiri, perlukah dihabiskan berjuta-juta wang rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia, walhal perkara asas menjurus kepada asabiah tetap dikekalkan?

Tanyalah sendiri, siapa yang boleh membawa rakyat Malaysia ke arah seperti gambar di bawah, dan siapa yang membawa rakyat Malaysia jauh daripada situasi gambar di bawah?

Dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia, tanyalah mengapa gambar di bawah menyentuh hati dan menyayukan hati?

Kerana kita tahu, kita boleh hidup sebagai rakyat Malaysia yang diinginkan dalam hati terpendam, tetapi sudah diperbodohkan dan diperlagakan selama ini demi survival politik pihak-pihak berkepentingan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Peserta Demo Mengganas – Siapakah Mereka Ini??

Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 April 2012 in BERSIH 0.3

 

Menilai Siapa Yang Kejam

Bersih 3.0 ini tidak memberi peluang banyak untuk saya menyaksi dan merakam aksi sadis kedua-dua pihak kerana keuzuran tidak dapat bergerak lincah. Di sini saya cuplik beberapa foto menarik menunjukkan keganasan dan kekejaman polis terhadap para himpunan. Gambar-gambar ini dapat menjadi bukti dan saksi kejadian sebenarnya. Mungkin caption saya tidak tepat tetapi inilah tafsiran saya.  Terima kasih kepadsa blog Pinkturtle.

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 29 April 2012 in BERSIH 0.3