MANSUH ISA – PAS AMBIL PENDIRIAN ‘TUNGGU DAN LIHAT’
“PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.
“Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan bagi menggantikan ISA,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu.
Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.
Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.
“Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan,” katanya. – harakahdaily
Abu Idris
17 September 2011 at 1:12 AM
arrayah.info – Hari Malaysia : Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam