RSS

Masyarakat India di Kelantan disisih MIC, India Galas sokong PAS

26 Oct
KEHADIRAN begitu ramai penduduk bukan Islam pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS dan pengumuman calon mengejutkan banyak pihak. Mereka kelihatan begitu berminat mengikuti ceramah dan tidak berganjak sehingga program berakhir.
Situasi itu secara tidak langsung menggambarkan sokongan mereka tidak berbelah bagi terhadap calon PAS, Dr Zulkefli Muhamed yang akan meneruskan legasi ditinggalkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima. Timbalan Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP), Balasubramaniam A/L Nachiappan berkata, masyarakat India di Kelantan dan negeri lain tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada MIC.
“Sebaliknya mereka tidak merungut berada di bawah pemerintahan PAS yang diketuai Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di Galas orang India tidak menghadapi banyak masalah. Ini kerana kebanyakan permasalahan yang timbul berjaya diselesaikan kerajaan negeri terutamanya dari aspek kebajikan,” katanya ketika ditemui.
Beliau bersama DHPP Pahang datang ke Galas bagi membantu kempen PAS terutamanya membabitkan di kalangan pengundi masyarakat India. Turut serta Ketua Penerangan DHPP Pahang, P Kanagarajah dan ahli jawatankuasa, S Vadivelu.
Katanya, beliau akan menggunakan pengalaman menyertai kempen pilihan raya sebanyak 11 kali bagi mendekati masyarakat India di Galas. Terdapat seramai 185 pengundi India di Galas. Mereka bekerja di ladang, kilang dan bekas pekerja Kereta Api Tanah Melayu (KTMB).
“Saya sudah banyak kali datang ke Kelantan dan saya lihat rakyat di kalangan kaum India tidak pernah merungut mengatakan Menteri Besar tidak membuat apa-apa. Tok Guru sudah 20 tahun memerintah negeri ini dan beliau melayan rakyat dengan adil tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik,” katanya.
Bala juga menyifatkan Pilihan Raya Kecil Galas pada 4 November ini sebagai petanda baik bagi calon PAS kerana rakyat senang dengan khidmat diberi Chek Hashim sebelum ini.

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Oktober 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: