RSS

Category Archives: PRK GALAS

Mengapa PAS Kalah Di Galas -SU Politik MB K’tan

PILIHAN raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu.

Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah ‘kerajaan kecil’ di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?

Punca PAS kalah

Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 November 2010 in PRK GALAS

 

Penarikbeca menajam pena, hentak PAS: PAS, please dont tag along idiotically

http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Penarik Beca menulis agak menusuk juga dalam postingnya. Mengulas tentang kekalahan PAS di galas >> Dalam postingnya bertajuk “Setelah Galas, jangan malas,” Dato’ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan: Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak Umno sanggup mengulangi cara kempen di Galas? Apakah cara kempennya? Cara yang lebih subdued dan muted.

Bernama pula melaporkan, strategi kempen oleh Tengku Razaleigh berjaya mengelak bandar Gua Musang dilanda kesesakan lalu lintas atau “jerit pekik” penceramah pada waktu malam (lihat mStar 29/10/11 “Penduduk suka kempen bersemuka di Galas”). Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 November 2010 in PRK GALAS, PRK SIBU

 

Bukan 2 – 0, BN kalah 5 – 8

http://selamatkanpahang.blogspot.com/
BN dan majlis Sukan rakyat

Akhbar lidah rasmi Umno bergendang bersorak sakan meraikan kemenangan BN di dua pilihan raya kecil (PRK)  iaitu Galas dan Batu Sapi lalu dengan segera membesarkan tulisan 2 – 0. Seolah-olah Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengecap kemenangan PRK sebelum ini.

Jika dinisbahkan hanya dua PRK itu, memang BN menang 2 – 0. Tetapi jangan lupa ada 13 PRK selepas PRU 2008 iaitu Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Batang Ai, Manek Urai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas dan Batu Sapi.

Daripada 13 PRK tersebut, BN hanya menang lima iaitu Batang Ai, Bagan Pinang, Hulu Selangor serta dua yang terbaru semalam iaitu Galas dan Batu Sapi. Sementara 8 lagi dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Untuk rekod, kemenangan BN di lima tempat itu semuanya di kawasan pinggir bandar, ulu dan jauh daripada maklumat terkini. Ertinya, kemenangan BN adalah masih dalam linkungan seperti keputusan PRU 2008. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2010 in PRK GALAS

 

Analisis Penuh PRK GALAS…Syukurlah

Oleh: antihadhari92

“Teka-teki Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri N45 Galas Kelantan akhirnya terungkai juga.Setelah hampir tiga tahun ianya dipegang oleh Pas,UMNO telah berjaya mengambil kembali kerusi yang menjadi salah satu kerusi quo mereka dalam DUN Kelantan.Itulah Galas.Pas tidak pernah memenangi kerusi tersebut sejak daripada pilihanraya umum pertama lagi,

malah kerusi tersebut hanya mampu dimenangi pembangkang ketika diwakili oleh calon Semangat 46.Akhirnya,barang ditakdirkan Allah,Pas berjaya juga menang di Galas dalam PRU12.Persoalannya sekarang,adakah Pas telah ditolak oleh pengundi di Galas?Mari kita fikir bersama-sama.

DATA ANGKA PRK GALAS 2010

Keputusan Penuh Galas

Secara umumnya,berikut adalah keputusan pengundian bagi kerusi N45 Galas semalam:

Berikut pula adalah perbezaan undi Pas dalam PRU 12 dan PRK 2010:

PILIHANRAYA UNDI PAS UNDI UMNO
MAC 2008 4399 3753
NOVEMBER 2010 4134 5324
PERBEZAAN UNDI -265 +1571

Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 November 2010 in PRK GALAS

 

Undi Pas berkurang 265 undi di Galas- Undi BN Bertambah

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in PRK GALAS

 

Kenapa PAS Kalah – Ilham Centre

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Ilham Centre, firma penyelidik bebas merumuskan, kegagalan PAS menggunakan pendekatan agama sebagai strategi menghadapi Umno-BN, antara lain telah mengakibatkan parti itu hilang keistimewaan dan momentum di Galas.

Menurut pengarah eksekutifnya Muhamad Hisommudin Bakar, tinjauan Selasa lalu mendapati Umno lebih agresif memenangi hati majoriti pengundi yang masih belum membuat pendirian sama ada mengundi PAS atau Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas yang berakhir semalam. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in PRK GALAS

 

Kemenangan BN di Galas sudah dijangka

Oleh Shaharul Shafie

Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS.

Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik.

Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in PRK GALAS

 

Dun Galas: Satu Muhasabah.. Teruskan Jihad!

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Mencari kesalahan dan mengkambing-hitamkannya cukup mudah. Bolehlah disenarai kekurangan yang dicatat. Tetapi bincanglah dalam program dalaman untuk muhasabah. Bagi diambil manfaat bersama.
Nak disalahkan UMNO-BN, itu memang kerja mereka. Kalau tidak taklah namanya UMNO-BN. Itu dah sedia maklum. Mereka akan mengambil segenap peluang dan kesempatan demi mengekalkan survival politik mereka. 

 

Setiap apa yang baik itu datang daripda Allah dan kelemahan dan kekurangan itu datang daripada kita sendiri. Dalam pilihanraya, rakyat yang membuang undi. Mereka yang membuat keputusan. Dan setiap kaum itu tidak diubah oleh Allah Swt melainkan ia mengubah nasib mereka sendiri.

Maka disana banyak lagi kelemahan an kekurangan kita semua sebagai pejuang untuk menegakkan agama Allah Swt yang perlu dibaiki serta perlu dimuhasabahkan sesama kita. Mesej kita belum mendasari ke akar umbi. Kepada setiap rakyat yang menjadi pengundi. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in MINDA PEMIMPIN, PRK GALAS

 

Galas dan Batu Sapi : Petanda atau petaka ?

Oleh : Chegu Zul

Kemenangan berganda BN, Bn PR 2-0, Kemenangan Bn Petanda Sokongan Rakyat Kembali adalah antara beberapa tajuk berita yang terpampang di dada-dada akhbar berbahasa Melayu.

1001 hamburan pujian diberikan oleh para pengulas dan penganalisis bilik berita media perdana berbahasa Melayu kepada kempimpinan Najib 1Malaysia.

Apa pun kemenangan Bn ini memberi petanda stamina kepada Najib 1Malaysia untuk mengerakkan jentera Umno Bn bagi mengagenda PRU13 dalam waktu terdekat berdasarkan petunjuk ini.

Berkebetulan Allah macam memberi tanda satu prk di Semenanjung Malaysia dan 1 lagi di sebelah Malaysia Timur dalam masa yang sama Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 November 2010 in PRK GALAS

 

PAS ucap terima kasih pada petugas Pakatan

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada para petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang membantu di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerima kekalahan calon PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi.

“Kita akui ada kelemahan dan kita sedia baiki kelemahan dan kesilapan,” ujarnya di laman twitter.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada BN yang memenangi kedua-dua PRK itu.

“Bolehlah buat pilihan raya awal untuk dapat mandat baru,” ujarnya.

Mahfuz seterusnya menggesa para petugas Pakatan Rakyat supaya meneruskan perjuangan.

“Jadikan kekalahan Batu Sapi dan Galas seperti di Ijok dan bangkit semula pada pilihan raya 2008 dengan syarat perbaiki kelemahan dan perbetul kesilapan kita,” ujarnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR di dalam kedua-dua PRK tersebut.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK BATU SAPI, PRK GALAS

 

BN Menang bergaya

Calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi,

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.

BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar? Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS

 

PAS optimis menang – Dato’ Halim

GUA MUSANG, 4 Nov – PAS optimis bakal berjaya mempertahankan kerusi Dun Galas pada Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.

Hal tersebut ujarnya adalah berdasarkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar untuk membuang undi.

“PAS optimis berjaya mengekalkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, pada kali ini; berdasarkan peratus pengundi luar yang pulang mengundi meningkat lebih daripada 95 peratus,” katanya kepada pemberita.

Malah tambahnya, antara yang turut sama pulang adalah pengundi daripada Singapura.

Katanya terdapat beberapa faktor lain yang boleh membantu kemenangan PAS pada kali ini termasuk peningkatan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Masa untuk proses pengundian kini tinggal hanya kurang daripada 30 minit sebelum ianya berakhir.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS

 

GALAS : SOGOK PENGUNDI MANA SPR

https://dupahang.files.wordpress.com/2010/11/100.jpg?w=300https://dupahang.files.wordpress.com/2010/11/100.jpg?w=300 

Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS

 

BN diramal menang 2,300 undi – Bekas (Adun) Pahang

GUA MUSANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas kembali Galas dari PAS dengan majoriti 2,300 undi.

Dalam ramalannya, Mohd Ariff Sabri Aziz berkata biar sesiapa pun yang menang di Galas, ia merupakan “kemenangan bagi PAS”.

“Dengan menyamar diri, saya mendengar perbualan di kalangan orang-orang PAS di sini dan agak menyakinkan. Mereka kata jika Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) menang, ia juga dilihat sebagai kemenangan buat PAS,” kata bekas Adun Pulau Manis itu.

Beliau berkata, para penyokong PAS melihat Ku Li sebagai seorang yang bersimpati dengan aspirasi rakyat Kelantan. Mereka percaya Ku Li tidak berkira sangat dengan orang PAS. Beliau dilihat sebagai salah seorang daripada mereka.

Ini bermakna PAS akan kehilangan sebahagian daripada para penyokongnya kepada BN pada hari pengundian yang dijadualkan berlangsung esok. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS

 

49.61 peratus keluar mengundi

GALAS, 4 Nov – Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi sejak jam 8.00 pagi tadi. Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas.

Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi sejak awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar.

Biarpun cuaca mula panas menjelang tengahari, sebahagian besar penyokong masih tidak berganjak dari tempat pembuangan undi. Pengundi juga masih bertali arus menjelang tengahari.

Menurut laporan wartawan di pusat pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai, seorang anggota polis memaklumkan suasana di pusat pengundian itu sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sana. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 November 2010 in PRK GALAS