RSS

Pak mufti, ulamak muda dan tua, Isma, Jati , perkasa dll, dengar ni!!!!!!!

07 Jan

Oleh: senik

“Assalamualaikum,,
Bukan amanat Hadi yang jadi pencetus perpecahan, bukan DSAI yang jadi negara musnah dan bukan DAP yang menyebabkan Islam mundur, tetapi beberapa kerakusan yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO yang menjadi punca segala kekalutan.Satu demi satu pendedahan kepada penyelewengan yang telah dibongkar oleh rakyat dan segala pembongkaran ini amat amat memerlukan respon segera dari kalangan umat Islam yang berilmu, takutkan ALLAH seperti para mufti, ulamak muda dan tua,

jemaah Islam dan seterusnya individu Islam yang patuh.Oleh itu, para mufti, Ulamak muda dan tua, ustaz, ISMA, JATI, PERKASA DLL seharusnya lebih peka dengan kebejatan yang berlaku dalam negara berbanding menghabiskan masa menuding jari kepada amanat Hadi yang tidak ada cacat celanya.

Pendedahan terbaru berhubung lesapnya wang pampasan berjumlah RM207 billion kepada mangsa buruh paksa zaman Jepun amat menyayatkan hati setelah pendedahan penjual karpet Deepak  masih berjalan.Di mana Mufti? Di mana Ulamak muda dan tua? di mana ISMA? Di mana JATI? Di mana PERKASA? Dan di mana yang lain lain yang kononnya menjadi pembela ugama, bangsa dan negara?

Wang sebanyak RM207 billion itu bukan sedikit, malah boleh banjir seluruh negara dengan note RM50.00 kalau ditebarkan.Tak habis makan untuk rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta sahaja.Wang tersebut untuk waris buruh paksa zaman Jepun dulu dan sepatutnya sudah dirasai oleh waris waris terlibat(penulis juga berhak kerana arwah ayah juga merupakan salah seorang buruh paksa yang dibawa ke Burma)

Wahai mufti, ulama muda dan tua, ISMA, JATi, PERKASA DLL,  apa ugama kata mengenai tanggungjawab melaksanakan amanah? Adakah peruntukan dalam mana mana panduan ugama yang membolehkan orang yang diberi amanah itu mengambil semua hak yang bukan haknya?Kenapa mufti, ulamak muda dan tua, ISMA, JATI, PERKASA DLL boleh diam membisu dalam persoalan yang boleh mendatangkan bala kepada negara? Dan bersikap macam orang mabuk dalam isu amanat Hadi?

 
Tinggalkan komen

Posted by di 7 Januari 2013 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan komen