RSS

Umno konon menjadi wira kepada Ust Nasa

05 Feb
Umno kembali lemah, kini sesudah semua kerja tembelangnya ditelanjangkan serta dibongkarkan. Umno masih lagi mahu menyatakan bahawa dia betul, dialah yang paling sayang rakyat, dialah yang paling banyak berjasa (kerana tiada parti lain sejak 56 tahun berjaya rapas daripadanya). Semuanya didakwa adalah kerananya.
Modal dikira terakhir dan besar selepas isu kalimah ALLah adalah soal Ust Nasa Timbalan Presiden PAS yang hanya digugurkan daripada majlis syura PAS.
Umno cukup bersimpati, kerana ada alasannya. Kenapa jika Umno cukup bersimpati tidak membantu dan angkatkan pak Mat Zin di Hulu Tembeling yang teraniya, terpaksa berulang alik tinggal kan kampung halaman mudik menaiki ‘kolek’ perahu dan bot sejak 60 tahun usianya.
Apa yang Umno buat dengan rakyat di Kg Bantal, Kg Mat Daling Ulu Tembeling. Kerajaan hanya berbangga ia sebagai ‘simpanan hutan tertua dan menjadi Taman Negara tersohor untuk dilawati, ditatapi pelancong asing ke negara dan negeri ini, tidak lebih daripada itu. Bagaimana nasib Pak Mat Zin dengan Janji Ditepati.
Justeru Umno lakukan kerana sesuatu, tidak masa kan mahu membela ‘musuh’ nya satu ketika dahulu, sekarang dapat tidur sebantal dan memuja serta membela sungguh seorang indidvidu kepadanya.
Apa beda sumbangan ust nasa dengan pak mat zin hulu tembeling ?
Umno percaya Pas lucut Nasha kerana kerap bersama PM
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Januari 2013
Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
PUTRAJAYA – Keputusan Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada menganggotai Majlis Syura adalah disebabkan beliau dilihat kerap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau percaya Nasharudin disingkirkan ekoran Ahli Parlimen Bachok berkenaan mengikuti rombongan bersama Perdana Menteri melawat Gaza baru–baru ini.

“Beginilah cara mereka, perkara macam ini pun terus buat keputusan pecat. Ini cara politik mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Jelajah Anak Malaysia di Putrajaya, semalam.

Ahli Parlimen Putrajaya itu merasmikan siri jelajah tersebut yang bermula semalam dan akan berakhir sehingga 16 Februari depan.

Dalam ucapan pada majlis tersebut Tengku Adnan berkata, bantuan generasi muda sangat diperlukan dalam usaha kerajaan mempertahankan Putrajaya daripada jatuh ke tangan pembangkang.

Caranya ialah mengelakkan diri daripada termakan politik dan fitnah daripada pembangkang.

“Pada masa sama generasi muda perlu berusaha mencari fakta sebenar terhadap kerajaan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah, fitnah dan politik putar belit mereka.

“Contohnya kalau persepsi mereka (pembangkang) kerajaan hari ini korup. Katakanlah saya ini korup. Persilakan lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Berhubung keengganan pihak pembangkang menghantar nama calon untuk tapisan SPRM Tengku Adnan berkata, beliau menganggapnya sebagai salah satu komplot pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Februari 2013 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: