RSS

Komunisme & Nasionalisme Kedua-Duanya Bertentangan Dengan Islam

17 Sep

Kuala Lumpur – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib menegaskan bahawa bukan sahaja ideologi Komunis yang bertentangan dengan Islam bahkan ideologi Nasionalisme juga turut bertentangan dengan Islam.

“Perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang berlainan sama sekali dengan perjuangan komunis dan juga berlainan sama sekali dengan perjuangan nasionalisme yang juga turut tidak selari dengan Islam”, kata beliau ketika diminta mengulas tentang histeria politik tanahair sekarang yang seolah-olah menggambarkan hanya komunis yang bertentangan dengan Islam tetapi lupa bahawa ideologi nasionalisme juga turut bercanggahan dengan Islam sepertimana yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w tentang larangan berjuang di atas nama asobiyyah yang menyeru ke arah memperkukuhkan kezaliman di atas muka bumi.

“Dalam Sunan Abi Daud, Nabi kita Rasulullah s.a.w menegaskan secara sangat jelas tentang bahana bahaya dan haramnya asobiyyah iaitu semangat Nasionalisme yang membantu golongan yang zalim yang menganiaya mereka yang tidak bersalah dengan meninggalkan ajaran Islam”, ujar beliau lagi.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada satu hadis di dalam Sunan Abi Daud yang berbunyi seperti berikut:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ليس منا من دعا إلى عصبية وليس منا من قاتل على عصبية وليس منا من مات على عصبية

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukan daripada kalangan kami mereka yang menyeru kepada asobiyyah, dan bukan di kalangan kami  mereka yang berjuang di atas asobiyyah dan bukan di kalangan kami, mereka yang mati di atas perjuangan asobiyyah”. [Riwayat Abu Daud]

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan komen