RSS

Santa Claus kena ‘Chicken Pox’! Tiada wang besar di PRK

01 Nov
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/
 

Sudah Nasib Galas & Batu Sapi. Tidak sebagaimana pilihanraya di Sibu, Sarawak yang mencatatkan beratus juta peruntukkan dihamburkan buat pengundi di situ. Najib sendiri beberapa kali turun ke Sibu membahagikan ‘mee segera’. Semacam Santa claus menggalas guni membahagikan projek apabila berlakunya setiap kali PRK. Tetapi mungkin tidak berlaku di Batu Sapi dan Galas. 

Kenapa??

PM dinasihatkan berehat selepas terdapat tanda-tanda Cacar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Bernama melaporkan Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.
“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik,” katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.
Sebelum ini, kenyataan telah diumumkan bahawa setiap projek yang diumumkan selain PM & TPM tidak dikira. Apa yang dijanjikan oleh pengarah pilihanraya BN di kedua PRK itu tak boleh dipakai. Khususnya Ku Li yang menjadi Pengarah BN PRK Galas. Cakapnya hanyalah air liur sahaja. Yang laku hanya PM dan TPM sahaja.
PM pulak kena penyakit cacar. Terpaksa dok dalam istananya di Putrajaya, tak boleh bertemu dengan orang ramai… kot berjangkit. Ye lah… cacar Hanoi Vietnam lebih merbahaya. Dulu ramai mana askar Amerika mati akibat sengaja dijangkitkan penyakit oleh agen-agen Vietnam termasuk pelacur wanitanya. Samada penyakit kelamin maupun penyakit berbahaya. Itu cerita zaman perang Amerika-Vietnam dahulu. Sekarang mungkin dah tiada kot!. 

Jadi kalau diikutkan nasihat doktor, tak merasalah kedua PRK itu untuk menyambut kedatangan PM. Takde PM takdelah santa Claus. Mungkin duit pundah takde sekarang. Krismas pun jauh lagi. Deepavalli yang dekat. Tapi nak harapkan Samy vellu… fuh!! Musang sudah kuncikan Samy dalam gua. Tunggu masa aje.

Tapi PM tak pergi ke PRK tu bagus juga. Boleh test tengok sejauh mana kesetiaan pemimpin dan rakyat BN di Sabah setelah diperuntukkan banyak peruntukan dan setelah dilantik banyak jawatan untuk orang Sabah. Ugutan ‘fix deposit’ BN mungkin dapat dilihat dalam pilihanraya Batu sapi. Tetapi mungkin juga bagi PM bahawa suasana Batu Sapi yang lebih selesa bagi BN berbanding dengan Sibu. Kalau tak pergi pun takpe. Mungkin lapuran kemenangan BN dalam tangan kot. 

Sebab itu pengalaman mengajar kita, dimana-mana tempat yang kuat UMNO atau BN, peruntukan dan projek taklah setara mana. Kerana bagi mereka , ia tak kisah sebab mereka pasti menyokong kerajaan UMNO-BN. Tetapi bagi kawasan yang ramai pembangkang atau kawasan 50-50 nescaya banyaklah pembangunan diperuntukkan demi menunjukkan cakna BN untuk meraih undi.

Bagi negeri yang diperintah oleh pembangkang, sebenarnya rakyat lebih beruntung sebab peruntukan akan mencurah-curah datang dari kedua-dua belah pihak. Di Terangganu sendiri pun, rakyat kenal wang ehsan inipun semenjak Pas memerintah Terengganu. Kalau tidak UMNO menunjukkan wajah pemimpin mereka hanya pada musim pilihanraya sahaja. 

Kalau pengundi di Batu Sapi menunjukkan pergerakan mula untuk menyokong pembangkang, barulah pemimpin BN resah dan mungkin PM sendiri turun meskipun dalam keadaan demam maupun bertongkat. Jangan ‘demam leng’ sudah le!!! (tua-tua baru kena chicken pox pe???.. berjangkit Putrajaya kang! )

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 November 2010 in PRK GALAS

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: